Astana Raja (sebutan dalam loghat tempatan: Astano Ghajo; Jawi: استن راج) merupakan sebuah perkampungan di Daerah Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia. Menurut sejarah, perkampungan ini merupakan tempat persemayaman pertama Raja Melewar, Yamtuan Besar pertama Negeri Sembilan, sejurus ditabalkan di Kampung Penajis yang terletak tidak jauh dari sini. Tambahan pula, di Astana Raja juga baginda disemadikan.

Muzium Rembau, replika istana Raja Melewar di Astana Raja
Makam Raja Melewar, Astana Raja

Pada masa kini, Muzium Rembau, iaitu replika istana Raja Melewar telah dibina sebagai tarikan pelancong yang bertandang.