Astora Jabat merupakan seorang penulis kontroversi dalam surat khabar Mingguan Malaysia. Namanya ialah Hassan Abdul Rahman . Nama Siamnya ialah “Asae Toramae”.[1] Beliau dilahirkan di pekan Jabat (Resak/Rueso) , Narathiwat, Selatan Thailand.

Pendidikan sunting

Beliau pernah belajar di sekolah menengah agama, Institut Pendidikan Islam di Wakaf Baru, Kelantan dan Kolej Wa'z Wa Al-Irshad, Kairawan, Tunisia. Mendapat sijil khusus dari Syria dan Ijazah Syariah dari Kuliah Syariah, Universiti Karaouiyine, Fez, Maghribi. Sepanjang berada di Timur Tengah, selain tinggal di beberapa negara seperti Tunisia , Maghribi dan Mesir, beliau juga pernah melawat banyak negara seperti Algeria, [Arab Saudi]], Jordan, Turki, Palestin, Kuweit, Emariah Arab Bersatu, Bahrain, Dubai, Malta dan Israel. Beliau boleh berbahasa Melayu, Siam, Inggeris, Arab dan Perancis.

Astora Jabat belajar peringkat lanjutan di Jabatan Ulum Al-Quran dan Hadis di Dar El-Hadis El-Hassania di ibu kota Maghribi, Rabat.Beliau juga pernah mengajar agama di Sekolah Manal El-Thaqafia selama tiga tahun dan mengajar bahasa Arab kepada para diplomat selama satu tahun di bandar yang sama.

Tulisan dan polemik sunting

Rencana tulisan beliau dalam bahasa Melayu disiarkan dalam Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia. Karya dalam Bahasa Thai dan Bahasa Arab untuk disiarkan dalam akhbar dan majalah Thailand dan akhbar dan majalah Arab.

Beliau telah menulis tentang hal ehwal Islam dan situasi selatan Thailand sejak 1980-an lagi. Nasib umat Islam di selatan Thai mendapat perhatian beliau kerana dilahirkan di sana. Pemerhatian beliau terhadap nasib penduduk Islam di Selatan Thailand menyedarkan masyarakat ramai.

Astora Jabat menimbulkan pelbagai polemik dan kontroversi sehingga ditentang oleh ramai orang termasuk golongan pemimpin PAS. Tulisannya cenderung kepada tajdid (pembaharuan) dalam masyarakat Islam. Beliau pernah dijemput oleh RTM membincangkan tentang isu - isu semasa sebagai pengacara dan tetamu dalam Selamat Pagi Malaysia (SPM).

Beliau juga menjadi panelis dalam Forum 'Tajdid dalam Masyarakat Islam' di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur bersama Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Debat tersebut dianjurkan oleh Majalah Agama terbitan Karangkraf. Beliau juga hadir di Markaz al-Imam Ibnu Qayyim , Bukit Mertajam bersama Dr mohd Asri dalam beberapa isu lain.

Beliau juga menjadi ahli panel dalam Kongres Professional Muda Melayu bulan Februari lalu di PWTC, 8 April.

Politik Thailand sunting

Astora Jabat dilaporkan akan menyertai pilihan raya Thailand akan datang. Beliau akan bertanding atas tiket Parti Puea Thai yang dijangka akan meraih kemenangan besar dalam pilihan raya yang akan diadakan tahun depan. Pengalaman bersama pemimpin luar negara seperti Tun Dr Mahathir Mohamad akan digunakan untuk memperjuangkan nasib rakyat Muslim selatan Thailand. Tumpuan utama beliau ialah bidang pendidikan iaitu penubuhan universiti selatan Thailand. Hanya melalui pendidikan yang ampuh dan utuh dapat membangunkan masyarakat.[2]

Tulisan kontroversi sunting

Rencana beliau diulas dan dihentam balik , terutama oleh mereka yang memihak kepada PAS. Antaranya ialah :

Rujukan sunting

  1. ^ Astora Jabat mengundi atau menjadi pengundi hantu?
  2. ^ "Astora Jabat sertai politik Thailand". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-22. Dicapai pada 2010-01-21.
  3. ^ PETA PEMIKIRAN ASTORA JABAT DALAM ISU 'AURAT