Astra Daihatsu Motor

PT Astra Daihatsu Motor atau biasa disebut dengan ADM adalah Agen Tunggal Pemegang Jenama kereta Daihatsu di Indonesia. Sebagai ATPM, ADM merupakan satu-satunya syarikat yang berhak mengimport, memasang dan membuat kenderaan berjenama Daihatsu di Indonesia. ADM merupakan syarikat joint venture antara Daihatsu Motor Company dengan Astra International yang ada sejak tahun 1978. Kenderaan berjenama Daihatsu yang dijual di Indonesia dan dipasarkan oleh Astra adalah Daihatsu Zebra, Ceria, Charade, Taft, Feroza, Taruna, Xenia, Terios, Sirion, Gran Max, Luxio dan Ayla. Kenderaan Daihatsu sepenuhnya diedarkan oleh Astra melalui Divisyen Daihatsu Sales Operation yang mempunyai 137 rangkaian jualan di seluruh Indonesia, di mana 71 cawangan jualan merupakan cabang langsung dari Astra.

Sejarah sunting

PT Astra Daihatsu Motor (ADM) mengawali sejarahnya pada tahun 1973. Pada tahun 1973, Astra mendapatkan hak untuk mengimport kenderaan Daihatsu ke Indonesia. Pada tahun 1976, PT Astra International dilantik menjadi agen tunggal, pengimport dan pengedar tunggal kenderaan Daihatsu di Indonesia.

PT Astra International, Daihatsu Motor Co., Ltd. dan Nichimen Corporation bersama-sama mendirikan kilang pengepresan plat baja, PT Daihatsu Indonesia pada tahun 1978. Kemudian pada tahun 1983, kilang mesin PT Daihatsu Engine Manufacturing Indonesia (DEMI) ditubuhkan. Pada tahun 1987, PT Nasional Astra Motor ditubuhkan sebagai agen tunggal dan pengimport kenderaan Daihatsu menggantikan kedudukan PT Astra International. Kemudian pada tahun 1992, PT Astra Daihatsu Motor ditubuhkan melalui penggabungan 3 syarikat iaitu PT Daihatsu Indonesia, PT Daihatsu Engine Manufacturing Indonesia dan PT Bank Astra Motor.

Milestone sunting

  • 1973: Astra mendapat hak untuk mengimport produk Daihatsu ke Indonesia.
  • 1976: PT Astra International dilantik sebagai agen tunggal, pengimport, dan pengedar tunggal kenderaan Daihatsu di Indonesia.
  • 1978: Ditubuhkan kilang pengepresan plat baja, PT Daihatsu Indonesia sebagai syarikat usahasama PT Astra International, Daihatsu Motor Co., Ltd. dan * Nichimen.
  • 1983: Ditubuhkan Kilang Mesin, PT Daihatsu Engine Manufacturing.
  • 1987: PT Nasional Astra Motor ditubuhkan sebagai agen tunggal dan pengimport kenderaan Daihatsu di Indonesia menggantikan PT Astra International.
  • 1992: PT Astra Daihatsu Motor ditubuhkan melalui penggabungan 3 syarikat, iaitu PT Daihatsu Indonesia, PT Daihatsu Engine Manufacturing Indonesia, dan PT Bank Astra Motor.
  • 1996: Ditubuhkan kilang tuangan aluminium di KIIC, karawang, Jawa Barat.
  • 1998: Pembelian Kilang pemasangan dari PT Gaya Motor. Sejak saat itu ADM mempunyai 4 kilang iaitu, kilang pengepresan plat baja, mesin, tuangan, dan pemasangan
  • 1999: Pelancaran Daihatsu Taruna
  • 2004: Dilancarkan Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza yang merupakan produk kerjasama antara Toyota Astra Motor dan Astra Daihatsu Motor.
  • 2005: Pengeluaran Astra Daihatsu Motor yang ke 1 juta kenderaan.
  • 2006: Pelancaran Toyota Rush dan Daihatsu Terios yang merupakan produk kerjasama kedua antara Toyota dan Daihatsu, Dan merupakan Kelanjutan dari Daihatsu Taruna
  • 2007: Peningkatan kapasiti pengeluaran menjadi 211,000 unit bagi setiap tahun sekaligus memperingati ulang tahun Daihatsu ke 100 tahun.
  • 2008: Eksport perdana Daihatsu Gran Max ke Jepun.
  • 2013: Pengeluaran Astra Daihatsu Motor Yang ke 3 juta kenderaan, dimana 1.518.726 kenderaan adalah Avanza dan Xenia. Pelancaran Kenderaan LCGC Ayla dan Agya bentuk Kerjasama ketiga Daihatsu dan Toyota

Senarai Kenderaan Daihatsu yang Dijual di Indonesia sunting

  • Daihatsu Zebra (Diskontinyu)
  • Daihatsu Gran Max
  • Daihatsu Luxio
  • Daihatsu Ayla
  • Daihatsu Sirion
  • Daihatsu Charade (Diskontinyu)
  • Daihatsu YRV (Diskontinyu)
  • Daihatsu Ceria (Diskontinyu)
  • Daihatsu Taft (Diskontinyu)
  • Daihatsu Rocky (Diskontinyu)
  • Daihatsu Hiline (Diskontinyu)
  • Daihatsu Taruna (Diskontinyu)
  • Daihatsu Xenia
  • Daihatsu Terios