Astro Shaw
Astro Shaw Sdn Bhd adalah salah satu syarikat perfileman yang merupakan peneraju utama industri perfileman Malaysia. Terkenal dengan pendekatan yang bersifat inovatif serta merupakan pelopor trend filem tempatan, Astro Shaw telah banyak menghasilkan filem yang berjaya menyentuh hati para penonton.
![]() | |
Industri | Perfileman |
---|---|
Ditubuhkan | 2005 |
Ibu pejabat | Bukit Jalil, Kuala Lumpur |
Tokoh penting | Raja Jastina Arshad Norsalvina Alwee |
Perkhidmatan | Penghasilan, Pemasaran & Pengedaran Filem |
Induk | Astro All Asia Networks plc |
Pembahagian | Tayangan Unggul |
Laman sesawang rasmi | www.astroshaw.com.my |
Kebanyakan filem yang dihasilkan oleh Astro Shaw sesuai untuk pasaran tempatan dan serantau. Ia juga terus berkembang kukuh dengan melibatkan diri dalam pelaburan filem antarabangsa. Astro Shaw juga menyediakan servis pemasaran serta pengedaran filem secara menyeluruh untuk tayangan pawagam serta platform lain di Malaysia mahupun luar negara.
Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 7 daripada 10 carta filem blockbuster tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Filem Hantu Kak Limah telah berjaya memecahkan rekod kutipan box office tempatan apabila berjaya mengutip sebanyak lebih daripada RM 30 Juta. Pada tahun 2018 sahaja, Astro Shaw mencapai kutipan box office melebihi RM 100 Juta melalui filem-filem terkenal seperti Dukun, Paskal, Hantu Kak Limah dan Polis Evo 2.
Selaku rakan kongsi utama pengedar dan pemasaran filem, Astro Shaw telah mengedar serta memasarkan salah satu filem animasi terbesar pada tahun 2019, BoBoiBoy Movie 2 dengan jayanya. Astro Shaw juga mengedar dan memasarkan filem ayahnya, Mechamato Movie pada tahun 2022 dan memecahkan rekod kutipan tertinggi filem animasi Malaysia sepanjang masa.
Sebagai pendahulu dan pemimpin barisan hadapan industri filem tempatan, Astro Shaw sentiasa dalam pencarian bakat tempatan serta bakat penceritaan. Melalui program writers' room yang diketuai oleh Anwari Ashraf, pihak Astro Shaw sentiasa dalam usahanya untuk membangunkan serta menggabungkan idea beserta naratif untuk lakon layar yang komersial dan menghiburkan. Filem keluaran tahun 2019, Pusaka, filem pertama seumpanya yang pernah dihasilkan yang menggabungkan genre penyiasatan serta seram, merupakan filem hasil program writers' room oleh Astro Shaw.
SejarahSunting
Astro ShawSunting
Ditubuhkan pada tahun 1996 di bawah jenama Astro Shaw, tumpuan awalnya adalah untuk menggiatkan industri filem tempatan melalui pengeluaran filem yang berkualiti tinggi serta penceritaan yang cemerlang. Astro Shaw menghasilkan filem pertamanya pada tahun 1999 bertajuk Nafas Cinta. Filem yang dibintangi oleh Awie itu menerima sambutan hangat semasa ditayangkan di pawagam. Nafas Cinta telah membuka peluang bagi Astro Shaw untuk mengembangkan usaha pengeluaran filem dan sejak tahun 2001, Astro Shaw telah mengeluarkan lebih 80 filem. Pada tahun 2010, Astro Shaw memperluaskan lagi jangkauannya dengan menghasilkan filem Bahasa Cina yang pertama bertajuk Woohoo. Semenjak itu, Astro Shaw telah menghasilkan 5 lagi filem bahasa Cina termasuk filem The Journey yang berjaya menggondol beberapa anugerah dalam festival filem tempatan.
Pada tahun 2014 pula, Maindhan menjadi filem Bahasa Tamil pertama yang dihasilkan oleh Astro Shaw. Bukan sahaja di Malaysia, malahan filem ini ditayangkan di pawagam negara Singapura dan Tamil Nadu. Ia mendapat pujian dari para pengkritik dan muncul sebagai filem Tamil tempatan yang mendapat kutipan box office tertinggi di Malaysia sebelum gelaran itu diambil alih oleh filem Vedigundu Pasangge pada tahun 2018 yang turut dihasilkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Veedu Productions Sdn Bhd.
Box OfficeSunting
Sekitar tahun 2010 hingga 2013, filem yang menduduki carta sebagai filem tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi di Malaysia hanya berkisar sekitar RM8 juta. Walaubagaimanapun, pada tahun 2014, Astro Shaw berjaya mencipta sejarah dan telah menaikkan tanda aras untuk filem-filem tempatan dengan melepasi aras kutipan RM15 juta melalui filem The Journey (RM17.28 juta). The Journey merupakan filem pertama dan satu-satunya filem tempatan berbahasa Cina yang berjaya mengungguli carta box office tempatan pada tahun ia ditayangkan. Ini merupakan satu prestasi yang masih belum dicapai oleh syarikat penghasilan filem lain di Malaysia.
Manakala pada tahun 2018, terdapat kenaikan besar dalam kutipan box office tempatan kepada sejumlah RM 170 Juta melalui kutipan daripada 49 buah filem yang ditayangkan. Astro Shaw menjadi peneraju utama yang menyumbang kepada peningkatan luar biasa ini dengan memegang sebanyak 60% saham pasaran filem tempatan. Astro Shaw sahaja mempunyai kumulatif kutipan box office yang mengagumkan melebihi RM 103 juta yang diperoleh melalui 4 filem blockbuster, antaranya Hantu Kak Limah (RM 38 Juta), Dukun (RM 12 Juta), Paskal (RM 30 Juta) dan Polis Evo 2 (RM 23 Juta).
Berikutan tahun yang bersejarah itu, Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 7 daripada 10 carta filem blockbuster yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Dengan kutipan sebanyak RM38 juta melalui Hantu Kak Limah, ia menjadi filem tempatan pertama yang mengatasi kutipan boxoffice di tanda aras RM30 juta sekaligus memecahkan rekod filem box office negara.
PengiktirafanSunting
KL Menjerit merupakan filem pertama dihasilkan oleh Astro Shaw yang memenangi anugerah pada tahun 2003. Filem ini memenangi 8 kategori untuk Festival Filem Malaysia ke-16 termasuk Filem Terbaik dan 2 lagi kategori di Anugerah Skrin TV3.
Berikutan kejayaan KL Menjerit, Astro Shaw telah memenangi lebih daripada 170 anugerah dari festival filem tempatan dan antarabangsa. Filem keluaran Astro Shaw, The Journey dan Ola Bola dipilih untuk bertanding dalam Festival Filem Far East.
Perlaburan Filem AntarabangsaSunting
Pelaburan Astro Shaw dalam penghasilan filem antarabangsa telah mendapat pujian pelbagai pihak. Sebagai contoh, filem arahan pengarah daripada Thailand, Apichatpong Weerasethakul, Cemetery of Splendor, yang ditayangkan di Un Certain Regard, salah satu seksyen Festival Film Cannes 2015 telah berjaya memenangi Filem Terbaik di Pameran Filem Asia Pasifik ke-9. Selain itu, filem arahan Mouly Surya, pengarah daripada Indonesia yang bertajuk Marlina Si Pembunuh Dalam 4 Babak membuat debutnya di Director’s Fortnight Section di Cannes. Manakala, The White Girl, filem Hong Kong yang diarahkan oleh Christopher Doyle dan Jenny Suen merupakan percubaan pertama Astro Shaw untuk menapak di dalam industri perfileman Asia Utara, dan filem tersebut dipertandingkan dalam Festival Filem London pada tahun 2017.
Paling terbaru, filem Astro Shaw yang akan ditayangkan pada Januari 2020, The Garden of Evening Mists telah dicalonkan dalam 9 kategori untuk Anugerah Golden Horse ke-56.
Perkembangan PerniagaanSunting
Astro Shaw telah terlibat dalam industri perfileman bukan sekadar melalui penghasilan filem, malah ia juga merupakan rakan kongsi yang kukuh dalam pemasaran dan pengedaran filem di Malaysia mahupun antarabangsa. Sebagai contoh, filem animasi terbesar pada tahun 2019, BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem yang dipasarkan serta diedarkan oleh Astro Shaw.
Dengan memanfaatkan perhubungan rakan kongsi serantau dan antarabangsa sedia ada, Astro Shaw sentiasa meneruskan usahanya untuk mencari pasaran baharu yang berpotensi untuk mengedarkan filem-filem tempatan selain membuka jalan buat filem antarabangsa untuk memasuki pasaran Malaysia.
Program Writers' RoomSunting
Astro Shaw memimpin barisan hadapan dalam mendandan penceritaan oleh bakat tempatan melalui formasi oleh pihak penulisnya sendiri yang diketuai oleh Anwari Ashraf. Matlamat ahli pasukan ini bertumpu kepada pembangunan cerita serta idea daripada kreativiti bakat tempatan dan pencarian untuk menghasilkan cerita yang menarik bukan sahaja sesuai untuk tontonan tempatan, malahan antarbangsa.
FilemSunting
MelayuSunting
Tahun | Tajuk | Pengarah | Genre | Pulangan Kasar | Penerbit |
---|---|---|---|---|---|
1999 | Nafas Cinta | Jailani Abd Ghani | Romantik, Drama | RM 255,102.00 | |
2007 | Diva[1] | Sharad Sharan | Muzikal | RM 213,245 | Dengan kerjasama Tarantella Pictures |
2008 | Tipu Kanan Tipu Kiri | Sharad Sharan | Romantik, Komedi, Drama | RM 623,546.25 | Dengan kerjasama Tarantella Pictures |
2010 | Lagenda Budak Setan | Sharad Sharan | Drama | RM 4,382,008 | Dengan kerjasama Tarantella Pictures |
2011 | Sini Ada Hantu | James Lee | Seram, Komedi | RM 1,602,654 | Dengan kerjasama Double Vision |
Ombak Rindu | Osman Ali | Drama | RM 1,1042,009 | Dengan kerjasama Tarantella Pictures | |
2012 | Hoore! Hoore! | Saw Teong Hin | Muzikal, Drama | RM 353,837.50 | Dengan kerjasama Real Pictures |
Untuk Tiga Hari | Dato Afdlin Shauki | Romantik, Drama | RM 785,805.25 | Dengan kerjasama Tarantella Pictures | |
Lagenda Budak Setan 2: Katerina | Sharad Sharan | Romantik, Drama | RM 2,106,378 | Dengan kerjasama Tarantella Pictures | |
2013 | Bikers Kental | Helmi Yusof | Komedi, Drama | RM 2,727,880 | Dengan kerjasama Tayangan Unggul & Calif Works Sdn Bhd |
Penanggal | Ellie Suriati | Seram | RM 2,731,732 | Dengan kerjasama Grand Brilliance | |
Papadom 2 | Dato Afdlin Shauki | Komedi | RM 623,612 | Dengan kerjasama Ismali Holding & Vision Works | |
2014 | Kami Histeria | Shamyl Othman | Seram, Komedi | RM 874,152.50 | Dengan kerjasama Redfilms & Marna Films |
Apokalips X | Allahyarham Mamat Khalid | Aksi, Drama | RM 260,197 | Dengan kerjasama Tayangan Unggul & Naga VXS | |
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah | Sharad Sharan | Romantik, Drama | RM 1,320,327.00 | Dengan kerjasama Tarantella Pictures | |
Amir dan Loqman Pergi ke Laut | Allahyarham Mamat Khalid | Komedi, Drama | RM 310,850 | Dengan kerjasama Greenlight Productions | |
Manisnya Cinta Di Cappadoccia | Bernard Chauly | Romantik, Drama | RM 1,797,505.81 | Dengan kerjasama Global Station, Redfilms | |
Terbaik Dari Langit | Nik Amir Mustapha | Komedi, Drama | RM 474,660 | Dengan kerjasama Playground Productions | |
2015 | Suamiku Encik Perfect 10 | Feroz Kader | Romantik, Drama | MY: RM 3,025,971.88
Brunei: RM147,374.75 |
Dengan kerjasama Global Station |
Cicakman 3 | Datuk Yusry Abdul Halim & Ghaz Abu Bakar | Adiwira, Aksi, Komedi | MY: RM 2,555,988.77
Brunei: RM42,400.80 |
Dengan kerjasama KRU Studios & Grand Brilliance | |
Pilot Cafe | Osman Ali | Romantik, Drama | MY: RM 1,987,987.01
Brunei: RM85,369.03 |
Dengan kerjasama Tarantella Pictures | |
Polis Evo | Ghaz Abu Bakar | Aksi, Komedi | RM 17,724,178.87
Brunei: RM342,915.00 |
Dengan kerjasama Tayangan Unggul | |
2016 | Langit Cinta | Osman Ali | Romantik, Drama | MY: RM 665,768.70
Brunei: RM109,224 |
Dengan kerjasama Nuansa Sdn Bhd |
Ola Bola | Chiu Keng Guan | Drama, Patriotik | RM 16.67 Juta | Dengan kerjasama Golden Screen Cinemas & Multimedia Entertainment, Woohoo Pictures | |
Aliff Dalam 7 Dimensi | Faisal Ishak | Aksi | MY: RM 1,702,168.75
Singapura: RM 39,024.00 |
Dengan kerjasama Tayangan Unggul & ChainFX | |
Dukun Doktor Dani | Sabri Yunus | Drama | MY: RM 69,182.55
Brunei: RM 1,465.67 Singapura: RM 4,216.00 |
Dengan kerjasama Balang Rimbun | |
2017 | Kimchi Untuk Awak | Michael Ang | Romantik, Komedi | MY: RM 1,139,912.69
Brunei: 82,179.95 |
Dengan kerjasama Dark Wave Pictures |
Kau Yang Satu | Osman Ali | Drama | Dengan kerjasama Global Station & Nuansa Film | ||
Abang Long Fadil 2 | Syafiq Yusof | Aksi, Komedi | MY: RM 18,122,481.65
Brunei: RM207,095.50 Singapura: RM104,317.00 |
Dengan kerjasama Skop Production | |
Bisik Pada Langit | Kabir Bhatia | Drama | Dengan kerjasama Nusantara Seni Karya | ||
Tombiruo: Penunggu Rimba[3] | Seth Larney | Aksi, Drama | MY: RM 8.032,052.72
Brunei: RM49,556.25 Singapura: RM47,777.04 |
Dengan kerjasama Grup Buku Karangkraf, Ideate Media, Layar Sunan, Ideate Pictures | |
2018 | Busker | Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin (Kye Fariz) | Romantik, Muzikal | MY: RM 98,809.97
Brunei: RM4,458.76 Singapura: RM142.90 |
Dengan kerjasama Tayangan Unggul |
Hantu Rumah Sakit Jiwa | Michael Ang | Seram, Komedi | Keluaran Astro First : RM 422,977.5 | Dengan kerjasama Tayangan Unggul | |
Dukun[4] | Dain Said | Seram, Ngeri | MY: RM 9,933,035.76
Brunei: RM214,982.8 Singapura: RM389,067.24 |
||
Hantu Kak Limah | Allahyarham Mamat Khalid | Komedi, Seram | RM 36,626,906.59 | Dengan kerjasama Infinitus Production | |
PASKAL | Adrian Teh | Aksi, Patriotik | RM31.2 juta | Dengan kerjasama Asia Tropical Films, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment dan Granatum Ventures | |
Polis Evo 2 | Joel Soh & Andre Chiew | Aksi | RM22.45 juta | Dengan kerjasama Surya Citra Media, Blackflag | |
2019 | Misteri Dilaila | Syafiq Yusof | Misteri, Seram | RM9.4 juta | Dengan kerjasama Skop Production |
BoBoiBoy Movie 2 | Nizam Razak | Animasi, Adiwira, Aksi | RM30 juta | Dengan kerjasama Animonsta Studios | |
Sangkar | Kabir Bhatia | Drama, Aksi | RM12 juta | Dengan kerjasama Primeworks Studios, MM2 Entertainment, & Infinitus Gold | |
Pusaka | Razaisyam Rashid | Seram | RM13.7 juta | Dengan kerjasama Director's Think Tank & Alpha 47 Films | |
WIRA | Adrian Teh | Aksi | RM7.6 juta | Dengan kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas & Primeworks Studios | |
2020 | Bulan dan Pria Terhebat | Ghaz Abu Bakar | Aksi, Komedi | Dengan kerjasama Nizra Entertainment & Skop Production | |
Manap Karaoke | Allahyarham Mamat Khalid | Komedi | Dengan kerjasama Enjit Semut Productions | ||
Mulut Masin | Razaisyam Rashid | Seram, Komedi | Dengan kerjasama Alpha 47 Films | ||
Saka Nan Sepi | Razaisyam Rashid & Azri Azman | Komedi, Seram | Dengan kerjasama Alpha 47 Films | ||
2021 | Kerana Korona | Kabir Bhatia | Drama, Keluarga | ||
Penunggang Agama | Syafiq Yusof | Seram, Ngeri | Dengan kerjasama Skop Production | ||
18 Puasa Di Kampong Pisang | Allahyarham Mamat Khalid | Komedi, Agama | Dengan kerjasama Enjit Semut Productions | ||
Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa | Allahyarham Mamat Khalid | Komedi, Muzikal | Dengan kerjasama Enjit Semut Productions | ||
Chomel | Jason Chong | Komedi, Keluarga | Dengan kerjasama Double Vision | ||
Penunggang Agama 2 | Syafiq Yusof | Seram, Ngeri | Dengan kerjasama Skop Production | ||
2022 | Kampong Pisang Berbuah Dua Kali | Amen Khalid | Komedi, Seram | Dengan kerjasama Enjit Semut Productions | |
Juang | Aziz M. Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia & Osman Ali | Drama | Dengan kerjasama Asia Tropical Films & The Film Engine | ||
Abang Long Fadil 3 | Syafiq Yusof | Aksi, Komedi | RM25 juta | Dengan kerjasama Skop Production | |
Talbis Iblis | Kabir Bhatia | Seram | Dengan kerjasama Infinitus Gold, Jazzy Pictures, A Next Star Productions, MM2 Entertainment & Chain FX | ||
Mechamato Movie | Nizam Razak | Animasi, Adiwira, Aksi | RM60 juta | Dengan kerjasama Animonsta Studios | |
2023 | Didi & Friends The Movie | Akmal Aziz Asmawi & Roshfaizal Ariffin | Animasi | MY: RM8 juta | Dengan kerjasama Warnakala Studios & Digital Durian |
Polis Evo 3 | Syafiq Yusof | Aksi, Komedi | Dengan kerjasama Skop Production, TGV Cinemas & Blackflag | ||
Baik Punya Ah Long | Dato Afdlin Shauki | Komedi | Dengan kerjasama Vision Works | ||
Malbatt: Misi Bakara | Adrian Teh | Aksi, Patriotik | Dengan kerjasama ACT 2 Pictures & Golden Screen Cinemas | ||
Rahsia | Shamyl Othman | Seram | Dengan kerjasama Kuman Pictures | ||
Adiwiraku 2 | Eric Ong & Jason Chong | Drama | Dengan kerjasama SOL Pictures | ||
The Experts | Andre Chiew | Aksi, Jenayah | Dengan kerjasama Blackflag | ||
TBA | Belang Harimau | Amanda Nell Eu | Seram | ||
Syerif | Syafiq Yusof | Aksi | Dengan kerjasama Skop Production |
InggerisSunting
Tahun | Tajuk | Genre | Pengarah | Pulangan Kasar | Penerbit |
---|---|---|---|---|---|
2009 | Sell Out! | Komedi | Yeo Joon Han | ||
2020 | The Garden of Evening Mists | Drama | Tom Lin Shu-Yu | Dengan Kerjamsama CJ Entertainment & HBO Asia |
TamilSunting
Tahun | Tajuk | Genre | Pengarah | Pulangan Kasar | Penerbit |
---|---|---|---|---|---|
2014 | Maindhan | Aksi, Komedi | C. Kumaresan | RM 903,550.00 | Dengan kerjasama CK Films & SS Wawasan |
2018 | Vedigundu Pasangge | Drama, Komedi | Dr. Vimala Perumal | Dengan kerjasama Veedu Production | |
TBA | Neer Mel Neruppu | Drama | Shanjhey Kumar Perumal | Dengan kerjasama Skyzen Studios |
Cina (Kantonis, Mandarin dan Hokkien)Sunting
Tahun | Tajuk | Genre | Pengarah | Pulangan Kasar | Penerbit |
---|---|---|---|---|---|
2010 | Woohoo | Komedi | Chiu Keng Guan | RM 4,205,397.50 | Dengan kerjasama Woohoo Pictures |
2011 | Great Day | Drama / Komedi | Chiu Keng Guan | Dengan kerjasama Woohoo Pictures | |
2012 | Ghost Buddies | Seram / Komedi | Simon Sek | RM 1,095,623 | Dengan Kerjasama Double Vision Pictures |
2013 | Paper Moon | Romantik / Komedi | Stanley Law | RM 171,539 | Dengan Kerjasama Double Vision Pictures & Passion Music & Entertainment |
Once Upon A Time | Komedi | Silver | RM 5,589,030 | Dengan Kerjasama The Film Engine | |
Claypot Curry Killers / Spicy Killers | Slasher / Thriller | James Lee | |||
2014 | The Journey | Drama | Chiu Keng Guan | RM 1,724,5191.50 | Dengan kerjasama Woohoo Pictures |
In The Dark | Seram | Yeo Joon Han | RM 888,004.40 | Dengan Kerjasama Amok Films | |
2017 | You Mean the World to Me | Drama | Saw Teong Hin | MY: RM 1,278,376.65
Singapore: RM7,690.50 |
Dengan Kerjasama Real Pictures |
2018 | Think Big Big | Komedi / Drama | Chiu Keng Guan | MY: RM 5,329,298.97
Brunei: RM12,405.00 |
Dengan Kerjasama Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment, MM2 Entertainment & Woohoo Pictures |
2023 | Ma, I Love You | Drama | Chiu Keng Guan | Dengan kerjasama Multimedia Entertainment & Woohoo Pictures | |
TBA | Gold | Sukan, Drama | Adrian Teh | Dengan kerjasama ACT 2 Pictures |
RujukanSunting
- ^ "Motion picture soundtrack of Diva launched Diarkibkan 2013-02-21 di archive.today" The Star. 24 April 2007. Retrieved on 18 January 2013. "Diva is a production of independent film production house Tarantella Pictures Sdn Bhd together with Nusantara Films Sdn Bhd, a subsidiary of Astro Shaw Sdn Bhd which was set up to produce films that are targeting audiences around the region."
- ^ "Abang Long Fadil 2: kisah gengster jalanan ke dunia mafia". Kosmo!. 6 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-06. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Shackleton, Liz (25 August 2016). "Malaysia rallies international team for 'Tombiruo'". ScreenDaily. Media Business Insight Limited. Dicapai pada 31 August 2016.
- ^ Alif Fadli Mohd Sori (4 April 2018). "[VIDEO] Umie menggigil, hampir 'histeria' kerana Dukun". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 April 2018.
Pautan luarSunting
- Laman web rasmi Diarkibkan 2018-04-28 di Wayback Machine