Astro Wah Lai Toi
Astro Wah Lai Toi (Cina Tradisional: 華麗台 , Cina Ringkas: 华丽台 ) (awalnya menggunakan nama Wah Lai Toi hingga 28 September 2003) ialah sebuah saluran televisyen bersiaran 24 jam yang dibawa terutamanya dalam bahasa Kantonis oleh Astro di Malaysia dan TVB di Hong Kong. Astro Wah Lai Toi disifatkan sebagai serupa gaya penampilannya dengan stesen televisyen Hong Kong terutamanya TVB dan maka itu turut menyiarkan rancangan TVB di samping bahan buatan tempatan bagi rancangan-rancangan tertentu penonton boleh memilih untuk menikmatinya sama ada dalam bahasa Kantonis. Pengaturcaraan Astro Wah Lai Toi terdiri daripada siri dan rancangan berbahasa Kantonis Hong Kong yang disediakan oleh TVB.
![]() | |
Negara | ![]() |
---|---|
Kawasan siaran | ![]() |
Ibu pejabat | ![]() |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Kantonis (1996-sekarang) Mandarin (1996-1997) Hokkien (1996-1997) |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Astro Malaysia Holdings |
Saluran kembar | Astro AEC GO Shop Chinese HD Astro Xiao Tai Yang HD Astro AEC HD Astro Shuang Xing HD Astro Quan Jia HD Astro Shuang Xing Astro Xiao Tai Yang Astro Hua Hee Dai HD Astro Hua Hee Dai Astro AOD HD Astro AOD |
Sejarah | |
Dilancarkan | ![]() ![]() ![]() |
Menggantikan | Astro Zhi Zun HD |
Ditutup | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | TVB Jade |
Nama dahulu | Wah Lai Toi |
Pautan | |
Laman web | Laman web rasmi |
Ketersediaan | |
Media penstriman | |
![]() | Astro GO / On Demand |
Astro Wah Lai Toi
| |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Cina Tradisional: | 華麗台 | ||||||||||||
Cina Ringkas: | 华丽台 | ||||||||||||
Maksud harfiah: | Platform Anggun | ||||||||||||
|
SejarahSunting
Latar belakangSunting
Astro Wah Lai Toi melancarkan siaran pertamanya pada 1 Jun 1996 serta beberapa saluran televisyen dalaman yang lain seperti Vaanavil dan RIA setelah sukses mendapatkan jumlah 22 saluran. Pada mulanya, Astro Wah Lai Toi menggunakan nama panggilan Wah Lai Toi hanya digunakan semasa dalam siaran di Astro disifatkan sebagai serupa gaya penampilannya dengan stesen televisyen Hong Kong terutamanya TVB dan maka itu turut menyiarkan rancangan TVB di samping bahan buatan tempatan bagi rancangan-rancangan tertentu penonton boleh memilih untuk menikmatinya sama ada dalam bahasa Kantonis, Mandarin dan Hokkien. Pengaturcaraan Astro Wah Lai Toi terdiri daripada siri dan rancangan berbahasa Mandarin, Hokkien dan berKantonis Hong Kong yang disediakan oleh TVB.
Pada 1 Jun 1996, AEC telah rasmi dilancarkan dan saluran bahasa Mandarin dan Hokkien sepenuhnya di Wah Lai Toi telah rasmi dipindah ke AEC dan menjadi saluran bahasa Kantonis.
Pada 29 September 2003, perkataan Wah Lai Toi secara rasminya telah bertukar nama dan logo baharu kepada Astro Wah Lai Toi telah digunakan sempena ulang tahun ke-7 Astro, dilengkapi dengan dua segi empat tepat dan garisan melengkung di tengah. Perkataan "astro" (tanda perkhidmatan televisyen satelit) dalam huruf kecil di atas dan "Wah Lai Toi" dalam huruf besar masih digunakan di bawah dalam gabungan dua segi empat tepat.
Saluran ini mula tayangan serentak bersama Astro Zhi Zun HD pada 16 Jun 2010.
Pada 6 Oktober 2014, saluran ini serentak bersama Astro Zhi Zun HD bertukar nama sebagai Astro Wah Lai Toi HD.
Perubahan nomborSunting
Pada 1 April 2020, Astro mengumumkan bahawa Astro Wah Lai Toi telah rasmi sepenuhnya beralih kepada Astro GO dan beberapa kandungan Astro Wah Lai Toi telah rasmi sepenuhnya bergabung dengan TVB Jade.
Pada 1 Mei 2020, Astro Wah Lai Toi HD telah sepenuhnya beralih ke Video On Demand dan Astro Go.
Pada 1 Jun 1996, Astro Wah Lai Toi di Saluran 5 (SD) sehingga 30 September 2007. Pada 1 Oktober 2007, Astro Wah Lai Toi bertukar nombor saluran ke saluran 311 (SD) | 310 (HD) (16 Jun 2010).
Kini, Astro Wah Lai Toi telah rasmi sepenuhnya ditukarkan kepada TVB Jade dengan segelintir rancangannya diberi kepada saluran itu.
Semasa bersiaran, program Hong Kong Astro Wah Lai Toi terdapat sarikata Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.