Astrologi (bahasa Greek: αστήρ, αστρός (astér, astrós), "bintang", λόγου (lógos, lógou), "kajian": maknanya kajian bintang) atau ilmu nujum (Jawi: علمو نجوم) merupakan beberapa sistem, tradisi dan kepercayaan yang mangaplikasikan kedudukan relatif badan di angkasa lepas untuk memahami, mentaksir, dan mengaturkan maklumat tentang keperibadian, hal ehwal manusia dan perkara lain di bumi. Astrologi mula diamalkan sejak 2000 S.M.[1] Astrologi adalah ilmu pseudosains atau bercanggah dengan kaedah saintifik yang mendakwa maklumat ghaib mengenai hal ehwal manusia dan kejadian daratan boleh didapati dengan mengkaji pergerakan dan kedudukan relatif objek samawi.[2][3][4][5] Astrologi boleh dijejak kembali ke sekurang-kurangnya alaf ke-2 SM, dan berakar pada sistem kalendar yang digunakan untuk meramalkan peralihan musim dan menafsirkan kitaran cakerawala sebagai tanda komunikasi ilahi.[6] Banyak budaya mementingkan peristiwa astronomi, dan beberapa kebudayaan—seperti Hindu, Cina, dan Maya—mengembangkan sistem yang rumit untuk meramalkan peristiwa di bumi dengan pengamatan cakerawala. Astrologi Barat, salah satu sistem astrologi tertua yang masih digunakan, dapat menelusuri akarnya hingga Mesopotamia abad ke-19 hingga abad ke-17 SM, yang kemudian itu tersebar ke Yunani Kuno, Rom, dunia Arab dan akhirnya Eropah Tengah dan Barat. Astrologi Barat kontemporari sering dikaitkan dengan sistem horoskop yang bertujuan untuk menjelaskan aspek keperibadian seseorang dan meramalkan peristiwa penting dalam kehidupannya berdasarkan kedudukan objek cakerawala; majoriti ahli astrologi profesional bergantung pada sistem sedemikian.[7]

Pengamal astrologi juga dipanggil ahli nujum atau astrologis. Astronomi telah didefinisikan sebagai bahasa perlambangan,[8][9] sebentuk seni,[10] sejenis sains,[10] serta satu kaedah pemujaan.[11][12] Masyarakat sains sering menganggap astrologi sebagai pseudosains atau pantang larang.[13][14] Walaupun prinsip astrologi tidak mempunyai sebarang bukti sains, ia masih dipercayai oleh ramai orang.[15][16][17][18]

Rujukan

sunting
  1. ^ Robert Hand. "The History of Astrology — Another View". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-10. Dicapai pada 2007-06-19.
  2. ^ "astrology". Oxford Dictionary of English. Oxford University Press. Dicapai pada 11 December 2015.
  3. ^ "astrology". Merriam-Webster Dictionary. Merriam-Webster Inc. Dicapai pada 11 December 2015.
  4. ^ Bunnin, Nicholas; Yu, Jiyuan (2008). The Blackwell Dictionary of Western Philosophy. John Wiley & Sons. m/s. 57. ISBN 9780470997215.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Thagard
  6. ^ Koch-Westenholz, Ulla (1995). Mesopotamian astrology: an introduction to Babylonian and Assyrian celestial divination. Copenhagen: Museum Tusculanum Press. m/s. Foreword, 11. ISBN 978-87-7289-287-0.
  7. ^ Astroloji. "Astroloji, Astrology Natal Chart, Doğum Haritasi". Dicapai pada 2022-03-17.
  8. ^ Michael Star. "Astrology FAQ, Basics for Beginners and Students of Astrology". Dicapai pada 2006-07-17.
  9. ^ Alain Nègre. "A Transdisciplinary Approach to Science and Astrology". Dicapai pada 2006-07-17.
  10. ^ a b Nick Campion. "Nick Campion's Online Astrology Resource: Science & Astrology". Dicapai pada 2006-07-17.
  11. ^ "Merriam-Webster Online Dictionary". Meriam-Webster. Dicapai pada 2006-07-19.
  12. ^ ""astrology." Encyclopædia Britannica. 2006". Britannica Concise Encyclopedia. Dicapai pada 2006-07-17.
  13. ^ "WordNet 2.1". Princeton. Dicapai pada 2006-07-05.[pautan mati kekal]
  14. ^ "Activities With Astrology". Astronomical society of the Pacific.
  15. ^ "Objections to Astrology: A Statement by 186 Leading Scientists". The Humanist, September/October 1975. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-18. Dicapai pada 2007-11-16.
  16. ^ Humphrey Taylor. "The Religious and Other Beliefs of Americans 2003". Dicapai pada 2007-01-05.
  17. ^ "Science and Technology: Public Attitudes and Understanding". National Science Foundation. Dicapai pada 2007-01-05.
  18. ^ "Astrology". Encarta. Microsoft. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-01. Dicapai pada 2007-08-28. Scientists have long rejected the principles of astrology, but millions of people continue to believe in or practice it.

Pautan luar

sunting