Lokasi

Mukim Asun berada di dalam lingkungan Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Mukim Asun terletak di utara Negeri Kedah.[1]


Bagaimana Asun mendapat nama?

Cerita bermula pada sekitar tahun 1943 semasa Kedah masih berstatus Tanah Jajahan Siam. Komuniti Siam banyak datang ke Kedah sebagai imigran, pelancong dan pedagang. Di Jajahan Daerah Kubang Pasu (kini daerah) telah menerima sekumpulan imigran Siam hadir mengasaskan petempatan baru di situ. Semasa tempoh pemugaran tanah, mereka telah menemui sepohon pokok ru yang tua, rending, tinggi dan besar. Masyarakat Siam mengenali pokok ru sebagai pokok sun. Pokok tersebut ketika ditemui telah dianggap keramat dan dijadikan sembahan ritual oleh komuniti Siam itu. Populariti pokok tersebut akhirnya menjadikan ramai orang mengenali petempatan tersebut sebagai Sun. Lama-kelamaan sebutan itu disesuaikan hingga menjadi Asun.

Rujukan sunting

  1. ^ "Masjid Daerah Kubang Pasu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-11-26.

Pautan luar sunting