Asyraf Aley (lahir Ashraf Ali bin Sharifuddin Ali; 16 Jun 1994) merupakan seorang pelakon baharu lelaki di Malaysia dan mula dikenali melalui drama Jejak Karmila yang ditayangkan di slot Zehra TV3. Memegang watak sebagai Syed Haikal gandingan bersama Ruhainies dan Mia Ahmad. Beliau kemudian muncul sekali lagi dalam drama Meh Sandar Pada Aku pada Febuari 2017 sebagai Syed Emir, sepupu kepada Dr. Syed Nadzhan lakonan Aliff Aziz. Beliau juga kini muncul dalam drama Rindu Yang Terlarang di Astro Ria bersama Fikry Ibrahim dan Zahirah MacWilson.

Asyraf Aley
Kelahiran
Ashraf Ali bin Sharifuddin Ali

(1994-06-16) 16 Jun 1994 (umur 29)
WarganegaraMalaysia Malaysia
PekerjaanPelakon, Model
Tahun aktif2017-kini
PasanganWardina Anuar (k.2020)

Kehidupan peribadi sunting

Pada Jun 2020, Asyraf selamat bernikah dengan gadis pilihan hatinya, iaitu seorang model hijab bernama Wardina Anuar. Mereka bertemu dalam suatu konsert dan dua hari kemudian Asyraf melamar Wardina. Meskipun majlis mereka berlangsung semasa PKPB, namun mereka tetap mematuhi SOP bagi menggelakkan penularan Covid-19.[1]

Kontroversi sunting

Beliau pernah digosipkan bercinta bersama Ruhainies lantaran kerap dilihat bersama dan memuat naik foto di laman instagram masing-masing. Bagaimanapun isu tersebut dinafikan oleh Ruhainies yang menganggap hubungan mereka hanya sekadar rakan sekerja.[2]

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2017 Jejak Karmila Syed Haikal TV3
Meh Sandar Pada Aku Syed Emir TV3
2019 Rindu Yang Terlarang Raja Azali Astro Ria

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2017 Syukur Syawal

Pencapaian sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Zaidi Mohammad [1] Berita Harian.
  2. ^ Kemalia Othman [2] mStar.