Atari XE Video Game System (dikenali juga dengan nama Atari XEGS) merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Atari Corporation pada tahun 1987. Konsol ini direka berdasarkan kepada produk komputer 8-bit Atari dan ia merupakan konsol yang dikeluarkan dalam 8-bit. Atari XEGS juga berupaya memainkan permainan video yang dikeluarkan untuk konsol-konsol Atari sebelum ini.

Atari XE Video Game System
PengilangAtari Corporation
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi ketiga
Ketersediaan runcitAmerika Syarikat November 1987[1]
MediaKatrij ROM
CPUAtari 6502c berkelajuan 1.79 MHz

Pengguna yang membeli set konsol Atari XEGS akan menerima sebuah konsol dan alat pengawal kayu ria, manakala set lengkap pula dilengkapi dengan sebuah konsol, alat pengawal kayu ria, papan kekunci dan pistol penembak[2]. Konsol ini tidak bertahan lama dalam pasaran kerana pada ketika itu, ramai pengguna telah memilik konsol NES dan Sega Master System dan telah berjaya mengaut keuntungan yang banyak[3].


Spesifikasi sunting

Walaupun Atari XEGS direka dalam produk konsol permainan video, ia juga boleh digunakan sebagai komputer peribadi 8-bit kerana mempunyai papan kekunci yang boleh dicabut serta mempunyai memori sebanyak 64 KB[4].

Sistem teras
Cip mikropemproses Atari 6502c berkelajuan 1.79 MHz
RAM 64 KB
RAM video 16 KB
Grafik dan suara
Palet warna 256 warna
Resolusi skrin 320 px x 192 px
Saluran audio 4 saluran


Rujukan sunting

  1. ^ "Atari XEGS". The Verge. Dicapai pada 17 Oktober 2015.
  2. ^ Patterson, Patrick Scott (19 April 2012). "'Atari's XE Game System is part of gaming's forgotten history". Screw Attack. Dicapai pada 17 Oktober 2015.
  3. ^ Langshaw, Mark (27 Januari 2013). "Atari retrospective: The rise and fall of a gaming giant". Digital Spy. Dicapai pada 17 Oktober 2015.
  4. ^ "Atari XE Game System (XEGS)". Video Console Library. Dicapai pada 17 Oktober 2015.