Atikah Suhaime

Pelakon wanita Singapura

Nur Atikah Mohd Suhaime (Jawi: اتيكه سوهايم; lahir 15 Mac 1991) merupakan seorang pelakon wanita Singapura yang aktif berlakon di Malaysia. Beliau telah berlakon dalam beberapa siri drama TV termasuk Dewi Lasak (2013), Si Kolot Suamiku (2016) dan Cinta Tiada Ganti (2018) dan telah membintangi beberapa filem termasuk Lagenda Budak Hostel (2013), Muka Surat Cinta (2014), dan Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi (2016).

Atikah Suhaime
Kelahiran
Nur Atikah binti Mohd Suhaime

(1991-03-15) 15 Mac 1991 (umur 29)
PendidikanDiploma Komunikasi Media
Pusat pendidikanPoliteknik Singapura
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2010–kini

KerjayaSunting

Pada usia 19 tahun, Atikah Suhaime memulakan kerjaya televisyen pada 2010 di negara kelahirannya, Singapura menerusi siri TV Dikir Puteri dan Delicatesseen terbitan Mediacorp untuk saluran Mediacorp Suria.

Beliau berhijrah ke Malaysia pada tahun 2012 di mana beliau menyertai Metrowealth Pictures sebagai salah seorang artis naungannya. Drama pertama lakonannya di Malaysia ialah Rawan di mana Atikah berlakon bersama Faralyna Idris, Erin Malek, dan Fadzil Zahari. Setahun kemudian, Atikah membuat penampilan filem pertamanya menerusi watak Mila dalam filem komedi gelap 2013, Lagenda Budak Hostel arahan Ismail Bob Hasim. Juga pada tahun sama, beliau berlakon bersama Bella Dally dan Intan Ladyana dalam drama Dewi Lasak arahan Pierre Andre, memegang watak sebagai Dewi Qistina.[1][2]

Beliau kemudiannya berlakon dalam filem dokumentari seram Highland Towers arahan Pierre yang mendokumenkan peristiwa tragedi Highland Towers pada 1993.[3] Filem ini turut dibintangi oleh Shima Anuar, Adibah Yunus, Mikail Andre dan Niezam Zaidi. Pada tahun 2014, Atikah berlakon dalam filem Banglasia arahan Namewee[4] Beliau juga bergandingan bersama Syafiq Kyle dengan memegang watak sebagai Tania Katsura dalam drama bersiri adaptasi novel, Bila Hati Berbicara di TV3.

Pada tahun 2016, Atikah berlakon dalam drama adaptasi novel, Si Kolot Suamiku lakonan Amar Baharin dan Siti Elizad. Seterusnya beliau membintangi watak Nora Sikin dalam filem romantik Indonesia, My Stupid Boss arahan Upi Avianto lakonan Reza Rahadian dan Bunga Citra Lestari.[5]

Bermula 10 Julai 2018, beliau menjadi pelakon utama bersama Aedy Ashraf, Nelydia Senrose dan Ben Amir dalam drama Cinta Tiada Ganti adaptasi telenovela Filipina Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN; memegang watak sebagai Arianna Natasya, seorang penyanyi kelab malam. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[6]

Pada tahun 2020, Atikah akan membintangi drama dari negara kelahiran beliau iaitu Poskad Dari Alhambra yang akan ditayangkan di MediaCorp Suria [7]. Selain itu, beliau juga akan membintangi filem Kajeng Kliwon dari negara Indonesia yang diarahkan oleh Bambang Drias [8]. Filem ini akan mula ditayangkan pada 13 Februari 2020 di Indonesia.

Atikah menjayakan watak tajuk dalam drama Memoir Karmila arahan Bahri Uma Bajuri yang bersiaran di slot Widuri TV1.[9] Ia mengisahkan pelarian seorang isteri yang terperangkap dengan dendam lama seorang suami yang begitu membencinya tanpa sedar.[10]

Kehidupan peribadiSunting

Pada 22 Mac 2018, Atikah telah bertunang dengan penyanyi Singapura, Awi Rafael,[11] dan dilaporkan akan berkahwin pada 15 Mac 2019,[12] namun perkahwinan tersebut dibatalkan.[13][14]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Lagenda Budak Hostel Mila Filem pertama
Longkai
Highland Tower Atikah
2014 Muka Surat Cinta Nurul
Banglasia Rina
2015 Gudang Kubur
2016 Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi[15] Sapura
My Stupid Boss Norah Sikin
Volkswagen Kuning Sarah
2017 Pencuri Hati Mr. Cinderella Ameera
2019 My Stupid Boss 2 Norah Sikin
2020 Kajeng Kliwon

DramaSunting

Singapura

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Dikir Putri MediaCorp Suria
Delicatessen
2017 Instageram
2020 Poskad Dari Alhambra Sara

Malaysia

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Rawan Julia TV9
2013 Ruby Anis TV3
Dewi Lasak Dewi Qistina
2014 Bila Hati Berbicara Tania Katsura
2015 Bukan Isteri Sempurna Nina
2016 Si Kolot Suamiku Lisa Astro Ria
Terlarang Sudah Rinduku Nina TV9
2017 Seharum Mawar Syirin TV1
2018 Klik! Pengantin Musim Salju Karlisha Astro Ria
Cinta Tiada Ganti Arianna Natasha Astro Prima Adaptasi drama Filipina
2019 Kerana Dia Manusia Biasa Aura TV3
Tuan Danial Nell
2020 Dendam Cinta Arissa Arissa Astro Ria
Memoir Karmila Karmila TV1
Beri Sedikit Waktu Haryani TV3

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Kampung Mangkur Sengkuang TV3
2013 Nur Hikmah Nur Hikmah Astro Oasis
2014 Doa Ibu

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV
2017 Ketuk-Ketuk Ramadan Artis Jemputan TV1

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ "Pertembungan Tiga Heroin Dalam 'Dewi Lasak'". mSTAR Online. 13 Jun 2013. Dicapai pada 2014-09-18.
  2. ^ "Dewi lasak kini di Slot aksi". Sinar Harian. 15 Jun 2013. Dicapai pada 2014-09-18.
  3. ^ Melati Pusaka (3 November 2013). "Filem 'Highlands Tower' tidak seram pun". Free Malaysia Today. Dicapai pada 17 November 2013. Ia merupakan tragedi runtuhan satu daripada tiga blok kondominium 12 tingkat yang juga pertama dan terburuk negara apabila mengorbankan 48 nyawa.
  4. ^ "Namewee's 'Banglasia' banned for insulting national security". Malaysiakini. 23 March 2016.
  5. ^ My Stupid Boss, Film Indonesia (5 Mei 2017). Diakses pada 5 Mei 2017.
  6. ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
  7. ^ Poskad Dari Alhambra uji kemampuan Atikah Suhaime. berita harian. Dicapai pada Jun 7, 2020.
  8. ^ Sinopsis Kajeng Kliwon, Film Horor dengan Setting Tradisi Sakral Bali Jelang Pernikahan. makassar.tribunnews. Dicapai pada Jun 7, 2020.
  9. ^ Budiey (21 Mei 2020) Watak Berat Atikah Suhaime Dalam Drama Memoir Kamila Sensasi Selebriti. Dicapai Pada 22 Mei 2020.
  10. ^ Ridzuan Abdul Rahman (13 Jun 2020). Karmila beri kepuasan Harian Metro. Dicapai pada 29 Jun 2020.
  11. ^ Awi Rafael, Atikah Suhaime bertunang - Hiburan Sinar Harian (17 Mac 2018). Dicapai pada 28 Mac 2018.
  12. ^ Nurfarhana Mohamed (23 Julai 2018). Awi Rafael, Atikah Suhaime nikah 17 Mac 2019 Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Ogos 2018.
  13. ^ Syanty Octavia Amry (14 Mac 2019). Awi Rafael, Atikah Suhaime tak jadi kahwin Harian Metro. Dicapai pada 12 April 2019.
  14. ^ Pernikahan dibatalkan, ini reaksi Atikah Suhaime Astro Awani (14 Mac 2019). Dicapai pada 26 Julai 2019.
  15. ^ Aqmar Mustaza (19 Mac 2016). Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi menghiburkan - Hiburan Sinar Harian. Dicapai pada 13 Mac 2017.

Pautan luarSunting