Attica
Attika (bahasa Greek: Αττική, Attike) ialah salah satu subbahagian pentadbiran (periferi, periphery) di Greece, yang meliputi Athens, ibu negara Greece. Attika dibahagikan kepada beberapa wilayah: Athens, Piraeus, Attika Timur dan Attika Barat.
Attika terletak di selatan Greece. Wilayahnya seluas 3,800 km² dan penduduknya berjumlah 3,841,000 orang (2005), di mana 95% di antaranya tinggal di kawasan metropolitan Athens.