Atur cara teks kepada pertuturan

Apa itu aturcara teks kepada pertuturan atau Text to Speech Programs. sunting

Aturcara teks kepada pertuturan adalah merujuk kepada aturcara yang membolehkan komputer menukarkan tulisan teks kepada pertuturan yang akan dibunyikan melalui pembesar suara melalui pertuturan buatan. Selain daripada membunyikan teks secara langsung, aturcara teks kepada pertuturan juga bolehkan menghasilkan fail bunyi dalam beberapa fail format bunyi, bergantung kepada jenis aturcara yang digunakan. Antara jenis-jenis fail format bunyi yang ada adalah :-

  • MIDI
  • MP3
  • WAV

Kegunaan aturcara teks kepada pertuturan sunting

Aturcara teks kepada pertuturan merupakan satu applikasi tambahan yang mempunyai pelbagai kegunaan. Salah satu dari kegunaan awal aturcara teks kepada pertuturan adalah sebagai applikasi membantu orang kurang upaya. Sebagai contoh, aturcara teks kepada pertuturan digunakan bagi membacakan laman web, bahan teks, dan bahan bercetak yang diimbas ke dalam komputer. Ini membolehkan mereka yang mempunyai masalah kurang upaya penglihatan seperti mereka yang buta atau rabun teruk mendapatkan maklumat seperti orang lain.

Aturcara teks kepada pertuturan juga digunakan untuk membenarkan orang memeriksa e-mail mereka melalui telefon tangan. Aturcara teks kepada pertuturan akan membacakan e-mail kepada pelanggan perkhidmatan tersebut, sama seperti mel suara, apabila pelanggan menalipon kepada akaun mereka dengan syarikat yang dilanggan.

Aturcara teks kepada pertuturan juga membenarkan latihan berinteraksi ketika membuat sesuatu latihan seperti latihan sebutan, bahasa asing, dan latihan pemulihan pertuturan bagi mereka yang menghadapi masalah pertuturan.

Aturcara teks kepada pertuturan juga membenarkan pengguna mendapatkan maklum balas apabila membuat carian atau pertanyaan dalam situasi yang memerlukan bebas tangan seperti ketika memandu. Pemandu boleh membuat pertanyaan melalui aturcara pengecaman pertuturan "voice recognation" dan mendapat jawapan balas melalui aturcara teks kepada pertuturan.

Pautan luar sunting