Audit kewangan
Audit kewangan, atau lebih tepat dinamakan audit pada penyata kewangan, adalah pemeriksaan penyata kewangan sesebuah syarikat atau organisasi lain oleh parti ketiga yang berpendirian tidak berat sebelah, lalu menghasilkan pendapat bebas mengenai sama ada penyata kewangan adalah relevan, tepat dan lengkap.
Audit kewangan biasanya diamalkan oleh firma-firma akauntan, kerana pengetahuan laporan kewangan khusus yang diperlukannya. Audit kewangan merupakan salah satu daripada pelbagai fungsi jaminan atau perbahasan yang disumbangkan oleh firma perakaunan, yang mana firma tersebut menyumbangkan pendapat bebas mengenai maklumat yang diterbitkan kepada umum.
Kebanyakan organisasi mengupah juruaudit dalaman secara berasingan, yang tidak bertujuan berbahas mengenai laporan kewangan, sebaliknya menumpu kepada kawalan dalaman organisasi berkenaan. Juruaudit luar boleh memilih untuk meletakkan kebolehpercayaan yang terhad pada kerja-kerja auditor dalaman.
Tujuan
suntingAudit kewangan bertujuan memastikan bahawa segala penyata kewangan yang dilaporkan secara adilnya mewakili kedudukan dan prestasi organisasi kepada pemegang kepentingan (pihak yang terlibat) bagi firma tersebut. Pemegang kepentingan utama sesebuah syarikat lazimnya ialah pemegang sahamnya, tetapi pihak-pihak lain seperti pihak berkuasa yang memungut cukai, bank, regulator, pembekal, pembeli dan tenaga kerjanya mungkin juga melibatkan diri dalam kegiatan perniagaan agar memastikan bahawa maklumat dalam penyata kewangannya tepat.
Audit direkabentuk untuk mengurangkan kemungkinan silap nyata yang material (material misstatement), iaitu maklumat yang palsu atau tertinggal, sama ada disebabkan penipuan (termasuk silap nyata secara sengaja) atau kesilapan. Material didefinisikan secara amat meluas sebagai cukup besar atau penting untuk mempengaruhi keputusan para pemegang kepentingan.