Datuk S. Augustine Paul (12 Oktober 1944 – 2 Januari 2010) adalah hakim kanan Mahkamah Persekutuan Malaysia. Augustine dilahirkan pada 1944 di Batu Gajah, Perak.

Pendidikan sunting

Augustine belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yusuf, Batu Gajah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, negeri Perak. Beliau lulusan Barrister-at-Law dari Inner Temple, England.

Kerjaya sunting

1971 menjadi Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan kemudian majistret di Ipoh, negeri Perak. Seterusnya menjadi Hakim Mahkamah Sesyen di Temerloh, Pahang, Melaka dan Pulau Pinang.

Beliau dilantik menjadi pengerusi jawatankuasa khas mengenai percukaian sebelum dilantik Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mei, 1998.

Pada 1996, Augustine dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada November 1998, beliau menjadi hakim perbicaraan kes Anwar Ibrahim berhubung kes rasuah dan liwat.[1]

Perbicaraan Anwar Ibrahim sunting

Augustine terkenal kerana menghakimi perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Penghakiman Augustine setebal 320 halaman untuk kes tersebut, dianggap sebagai yang terpanjang dalam sejarah penghakiman di Malaysia.

Pada 14 April 1999, Hakim Augustine mendapati Anwar Ibrahim bersalah selepas satu perbicaraan berhubung tuduhan Anwar menyalahguna kuasanya untuk mengganggu siasatan polis dalam kes liwatnya. Anwar kemudiannya dijatuhkan hukuman enam tahun penjara.

Pelbagai bukti dan saksi dikemukakan oleh kedua-dua pihak. Ini termasuklah sebuah tilam yang dikatakan terdapat air mani Anwar, telah dibawa ke mahkamah dan dikemukakan sebagai bukti DNA. Tilah itu tidak bercadar. Pakar DNA menyatakan 10 daripada 13 kesan air mani menyamai DNA Anwar. Peguambela pula berhujah bahawa contoh DNA Anwar telah diletak pada tilam tersebut. Bagaimanapun Augustine menerima keterangan DNA tersebut.

Naik pangkat sunting

Pada 1998, beliau dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Tinggi. Tahun 2003 menjadi hakim Mahkamah Rayuan. Tahun 2005 menjadi hakim Mahkamah Persekutuan.

Hasil tulisan sunting

Buku tulisan beliau ialah :

  1. Cautioned Statements (1990)
  2. Impeachment Proceedings (1990)
  3. Trial within a Trial (1994)
  4. Evidence-Practice and Procedure (1994) -menjadi buku teks bagi subjek berkenaan di Malaysia.

Meninggal dunia sunting

Pada 2 Januari 2010, beliau meninggal dunia pada jam 3.15 petang di Hospital Selayang kerana penyakit barah dalam usia 65 tahun. Penyakit kronik itu dideritainya sejak beberapa lama.

Jenazah dikebumikan di Lorong Taman Pantai 7, Bangsar pada jam 2.30 petang 3 Januari 2010.[2] Keranda dibawa ke Parish of St Peter di No. 441, Seksyen 96A, Jalan Changkat Riong untuk pengkebumian.

Keluarga sunting

Isterinya Datin Seri Dr Mary Paul.Dua anaknya iaitu Dr Juliana Sharmini, 29, dan Alan John, 27.

Rujukan sunting