Salak (bunyi)

(Dilencongkan dari Auk)

Salak,[1] salakan[2] atau auk[3] ialah bunyi yang paling kerap dihasilkan oleh anjing. Haiwan lain yang membuat bunyi ini termasuk serigala, anjing laut, rubah dan kucing harimau. Kung-kung, kongkong atau gonggong ialah gambaran paling umum dalam bahasa Melayu untuk bunyi ini (terutamanya untuk anjing besar). "Menyalak", "mengonkong" dan "menggonggong" juga merupakan kata kerja yang menggambarkan teriakan letupan tajam haiwan tertentu.

Salak anjing sunting

Salak anjing berlainan daripada salak serigala. Salak serigala terdiri hanya 2.3% daripada seluruh penyuaraan serigala[4] dan digambarkan sebagai keterjadian “jarang”.[5] Menurut Schassburger, serigala menyalakn hanya untuk amaran, pertahanan, dan bantahan. Sebaliknya, anjing menyalak dalam keragaman luas keadaan sosial, dengan komunikasi akustik pada anjing digambarkan sebagai hipertrofik.[6] Sebagai tambahan, sementara salak serigala berkecenderungan berkeadaan pendek dan singkat, anjing dewasa menyalak dalam bait panjang dan berentak. Anjing diketahui menyalakan selama berjam-jam di hujung.[7]

Sementara sebab tersendiri untuk perbezaan tidak diketahui, satu hipotesis kuat ialah komunikasi suara anjing berkembang kerana pembelajinakannya.[7] Seperti terbukti oleh uji kaji rubah ladang, proses pembelajinakan mengubah baka dengan banyak cara daripada hanya kejinakan.[8] Baka yang dibelajinakkan menujukkan perbezaan fizikal luas daripada padanan serigalanya, dengan ketara evolusi yang mencadangkan neoteni, atau pengekalan ciri juvenil pada dewasa.[9] Anjing dewasa mempunyai, contohnya kepala besar, telinga terkelepai, dan muncung memendek – semua ciri yang dilihat pada anak serigala.[10] Tingkah laku anjing dewasa juga menunjukkan ciri seperti anak anjing: anjing merupakan peserah, melolong, dan kerap menyalak. Uji kaji menjelaskan cara pemilihan salah ciri (dalam kes ini, kejinakan) boleh mewujudkan kesan mendalam, kedua-dua fizikal dan tingkah laku.

Kekerapan salak pada anjing berkaitan dengan serigala boleh juga merupakan hasil persekitaran sosial sangat berlainan anjing. Anjing hidup dalam julat yang sangat dekat dan hampir dengan manusia, dalam banyak masyarakat disimpan hanya sebagai haiwan teman. Dari umur sangat muda, manusia cenderung merupakan hubungan sosial utama anjing. Persekitaran kurungan ini mempersembahkan rangsangan sangat berlainan daripada yang dijumpai oleh serigala di alam liar. Sementara serigala mempunyai wilayah luas, anjing tidak. Sempadan wilayah anjing terkurung akan kerap dilawati oleh penceroboh, lalu mencetuskan tindak balas salak sebagai amaran. Tambahan pula, anjing padat menduduki kawasan bandar, membolehkan lebih peluang untuk bertemu dengan anjing baharu dan bersosial. Contohnya, anjing yang ditempatkan di dalam kenel mungkin mempunyai salak meningkat kerana keinginan untuk memudahkan tingkah laku sosial. Hubungan rapat anjing dengan manusia juga membuat anjing bergantung pada manusia, juga kerana keperluan asasi. Salak ialah satu cara untuk menarik perhatian, dan tingkah laku diteruskan dengan tindak balas postiif ditunjukkan oleh pemilik (contohnya, sekiranya anjing menyalak untuk mendapatkan makanan dan pemilik memberinya makanan, anjing itu disesuaikan untuk meneruskan tingkah laku tersebut.)[11]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "salak". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ "salakan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ "auk". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Schassburger, R.M. (1987). "Wolf vocalization: An integrated model of structure, motivation, and ontogeny". Dalam Frank, H. (penyunting). Man and Wolf. Dordrecht, Belanda: Dr. W. Junk.
  5. ^ Coscia, E.M. "Ontogeny of timber wolf vocalizations: Acoustic properties and behavioral contexts". Ph.D. Dissertation. Halifax, Nova Scotia, Kanada: Universiti Dalhousie.
  6. ^ Fedderson-Peterson, D.U. (2000). "Vocalization of European wolves (Canus lupus lupus L.) and various dog breeds (Canus lupus f., fam.)". Arch. Tierz. Kiel, Jerman: Institut für Haustierkunde, Christian-Albrechts-University. 4: 387–397.
  7. ^ a b Coppinger, R.; Feinstein, M. (1991). "'Hark! Hark! The dogs do bark...' and bark and hark". Smithsonian. 21: 119–128.
  8. ^ Belyaev, D.K.; Plyusnina, I.Z.; Trut, L.N. (1984). "Domestication in the silver fox (Vulpus fulvus desm.) - changes in physiological boundaries of the sensitive period of primary socialization". Applied Animal Behaviour Science. 13 (4): 359–370.
  9. ^ Fox, M.W. (1986). Saunders, W.B. (penyunting). "The influence of domestication upon behavior of animals". Abnormal Behaviour in Animals. Philadelphia, Amerika Syarikat: 179–187.
  10. ^ Dechambre, E. (1949). "La theorie de la foetalisation et la formation des races de chiens et de porcs". Mammalia (dalam bahasa Perancis). 13: 129–137.
  11. ^ Fox, M. W. (1971). "Behavior of wolves and related canids". Malabar, Florida. Cite journal requires |journal= (bantuan)

Pautan luar sunting

(relationship building)