Aulong (kawasan negeri)

Aulong merupakan sebuah bahagian pilihan raya negeri di Perak, Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dengan kod N.18. ADUN Aulong yang terkini ialah Nga Kor Ming dari parti Pakatan Harapan (DAP).

Aulong
Kawasan pilihan raya  Perak
Bahagian pilihan raya negeri
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Perak
ADUN
 
 
 
Nga Kor Ming
PH
Kali pertama dipertandingkan1995
Kali terakhir dipertandingkan2018

Kawasan DUN Aulong telah wujud sejak pilihan raya negeri Perak tahun 1955.[1] Kawasan DUN ini memberi mandat kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri di DUN Terengganu mengikut sistem undian terbanyak.

Daerah mengundi sunting

 
Kampung Boyan merupakan salah satu daerah mengundi di Aulong.

Berdasarkan warta yang diperakui pada 29 April 2016, kawasan pilihan raya ini mempunyai 15 daerah mengundi. Setiap daerah mengundi mempunyai satu atau lebih tempat mengundi calon-calon yang bertanding semasa pilihan raya tersebut.[2] Berikut adalah senarainya:

  • 2016: Museum, Aulong, Aulong Barat, Aulong Timur, Aulong Tengah, Aulong Selatan, Batu Dua, Assam Kumbang, Station, Kampung Boyan, Taman Marisa, Kota Lama, Simpang Road, Aulong Lama dan Taman Sening.[2]
  • 2018: Simpang Baru, Pengkalan Aor, Barrack Road, Aulong, Aulong Barat, Aulong Timur, Aulong Tengah, Aulong Selatan, Batu Dua, Assam Kumbang, Station, Kampung Boyan, Taman Marisa, Kota Lama, Aulong Lama dan Taman Sening.[3]

Statistik sunting

Sejarah perwakilan sunting

ADUN Aulong
Dewan Tahun Ahli Parti
Kawasan diciptakan
Ke-9 1995 – 1999 Yap Peng Lan BN (MCA)
Ke-10 1999 – 2004 Yeong Sing Chee
Ke-11 2004 – 2008 Ng Chii Fa BN (GERAKAN)
Ke-12 2008 – 2013 Yew Tian Hoe PR (DAP)
Ke-13 2013 – 2018 Leow Thye Yih
Ke-14 2018 – Nga Kor Ming PH (DAP)

Sejarah pilihan raya sunting

Pilihan raya negeri Perak 2018
Parti Calon Undian %
PH Nga Kor Ming 18,123 73.34
BN Soo Kay Ping 6,059 24.46
Jumlah undi sah 24,765 100.0
Jumah kertas undi ditolak 583
Kertas undi tidak dikembalikan 0
Keluar mengundi 25,763 78.9
Pengundi berdaftar 32,129
Majoriti 18,123
PH kekal Peralihan

Rujukan sunting

  1. ^ Aulong tercatat dalam pilihan raya negeri Perak 1955 dengan kod N.15.
  2. ^ a b "Warta Kerajaan Persekutuan | Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 29 April 2016. m/s. 84–85. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-03-28. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  3. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan: Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu". Jabatan Peguam Negara Malaysia. 30 Mac 2018. Diperolehi pada 3 Januari 2020.
  4. ^ "Semakan Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14". Semakan Keputusan Pilihan Raya. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020.
  5. ^ "14th General Election Malaysia (GE14/PRU14) - Perak". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Julai 2021.