Aura merupakan album studio ke-11 penyanyi Noraniza Idris yang diterbitkan pada tahun 29 Julai 2002. Menerusi album ini, Noraniza tidak lagi menggunakan khidmat Pak Ngah sebagai komposer dan penerbit. Kali ini Noraniza mengambil suaminya sendiri selaku penerbit untuk album ini iaitu Fareez Haji Tajudin.

Ringkasan AlbumSunting

Album Aura menjadi titik permulaan untuk peminat seni tanah air menilai kemampuannya berdiri kukuh di landasan tersendiri dalam dunia seni tanah air. Noraniza mahu menjadi dirinya sendiri dan kerana itu dia rela menghabiskan masa berbulan-bulan di studio untuk memastikan rakaman album Aura berjalan lancar. Kata Noraniza, dia melibatkan diri secara total untuk pembikinan album itu bermula daripada mencari lagu dan membuat kajian mengenai muzik etnik yang diketengahkan. Menurutnya, apabila dia membuat keputusan untuk terlibat secara 100 peratus dalam pembikinan album itu, dia perlu menunjukkan komitmen yang tinggi. Noraniza tidak mahu ada pihak yang menganggapnya sebagai hangat-hangat tahi ayam. Oleh kerana terlalu teliti, Noraniza dan suami berhadapan dengan pelbagai dugaan dan ujian,

Perasaannya ibarat seperti orang yang mahu beranak sulung. Noraniza begitu berdebar-debar menanti respons peminat terhadap album ini. Dalam Aura, peminat tidak dapat lagi mendengar Noraniza menyampaikan lagu ciptaan Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain). Sebaliknya, kali ini peminat berpeluang menilai sejauh mana kemampuan komposer tersohor Adnan Abu Hassan yang selama ini terkenal dengan lagu-lagu berentak pop mainstream. Dalam album Aura, Adnan menghasilkan lagu masri berjudul Layar Batutta. Noraniza juga memberanikan diri mempertaruhkan komposer Eddie Hamid yang mengilhamkan lagu berirama muzik Timur berjudul Hala Timur. Beberapa buah lagu lain yang dimuatkan dalam album itu turut menerima sentuhan lirik daripada penulis lirik muda berbakat besar, Hairul Anuar Harun. Kata Noraniza, album Aura yang berkonsepkan fusion ethnic merupakan album yang amat istimewa. Noraniza yakin, ia tidak akan menghampakan para peminatnya.

Senarai laguSunting

  1. "Hala Timur" (Addy Hamid / ND Lala)
  2. "Tandang Bermadah" (Noraniza Idris, Narawi CD / YM Raja Kobat, Noraniza Idris)
  3. "Serampang Bugis" (YM Raja Kobat / YM Raja Kobat)
  4. "Layar Battuta" (Adnan Abu Hassan / Hairul Anuar Harun)
  5. "Berendoi" (Rosli Selasih / Noraniza Idris, Rosli Selasih)
  6. "Putera Lantai Emas" (Indra / Nane Surya)
  7. "Syakuntala" (Anak Johor / Hairul Anuar Harun)
  8. "Hijrah Kencana" (Indra / Adika)
  9. "Melereng" (Rosli Selasih / Sulastri Siri)
  10. "Raja Alang" (Rosiah Chik / Rosiah Chik)

InfoSunting

Album Aura berjaya menembusi pencalonan untuk kategori Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10. Tetapi Noraniza gagal merangkul anugerah tersebut walau bagaimanapun Noraniza tidak pernah merasa putus asa untuk terus memartabatkan irama budaya dengan melahirkan lebih banyak lagi karya-karya pada masa akan datang.

RujukanSunting