Aure (Inggeris: aureola atau aureole, diminutif dari perkataan Latin aurea, "emas") ialah teja cahaya awan yang, dalam lukisan tokoh suci, mengelilingi seluruh individu tersebut.

Tanka Tibet Tengah menggambarkan Guhyasamaja Akshobhyavajra, Muzium Kesenian Rubin dari abad ke-17
Imej Mary, ibu Jesus, sering dikelilingi oleh aure, seperti dalam imej Our Lady of Guadalupe.
Christ and His Resurrection, fresco in Chora Church, Istanbul.

Dalam bahasa-bahasa Romawi (seperti bahasa Itali, Sepanyol, Portugis dan Perancis) kata nama Aureola biasanya lebih berkaitan dengan lingkaran cahaya yang mengelilingi kepala tokoh suci dan dalam bahasa Inggeris disebut Halo atau Nimbus.

Dalam bidang seni sunting

Pada zaman awal kesenian Kristian, ia hanya terbatas pada tokoh-tokoh dari Ketuhanan Kristian, tetapi kemudiannya diperluaskan kepada Virgin Mary dan kepada beberapa orang santo (Saint).

Aure, apabila menyelubungi seluruh badan, secara umumnya kelihatan bentuk bujur atau eliptik, tetapi kadang-kadang digambarkan berbentuk membulat, vesica piscis (pundi renang ikan), atau quatrefoil (seperti bunga lawang kelopak empat). Apabila ia muncul semata-mata sebagai cakera bercahaya keliling kepala, ia khusus dipanggil halo atau nimbus, manakala gabungan antara nimbus dan aure dipanggil glory. Perbezaan antara nimbus dan aure tidak biasa dikekalkan, dan istilah aure ini paling kerap digunakan untuk menunjukkan cahaya di sekeliling bahagian kepala orang-orang suci, malaikat atau salah seorang daripada Tritunggal.

Ini tidak patut dikelirukan dengan sejenis motif dalam kesenian Jesus Bayi yang muncul sebagai sumber cahaya dalam gambaran Nativity. Gambaran ini diperoleh terus dari keterangan yang diberikan oleh Santa Bridget dari Sweden akan visinya, di mana dia mengatakan bahawa dia terlihatnya.[1]

Perkembangan sunting

Nimbus dalam seni Kristian pertama kalinya muncul pada abad ke-5, tetapi motif yang sama ini telah pun diketahui dari beberapa abad sebelumnya, dalam seni Yunani kuno sebelum Kristian. Ia ditemui dalam beberapa gambaran raja-raja dan tuhan-tuhan Parsi, dan muncul di syiling Empayar Kushan, pada raja KanishkaHuvishka dan Vasudeva, serta pada kebanyakan representasi Buddha dalam seni Greco-Buddha dari abad ke-1 AD. Penggunaannya juga telah dikenal pasti ke orang Mesir purba ke Yunani purba dan Rom kuno, gambaran Trajan (gerbang Constantine) dan Antoninus Pius (di sebalik pingat) ditemui padanya. Maharaja Rom kadang-kadang digambarkan memakai mahkota berseri, dengan sinar yang ditujukan untuk mewakili sinar matahari. Menurut tradisi Islam, Nabi Muhammad tidak boleh digambarkan dalam imej, lukisan tidakpun sebagainya; bagaimanapun sesetengah pelukis agama telah menunjukkan kehadirannya dalam babak sejarah dengan menggunakan aure yang kosong dan menyala sebagai gantian.

Dalam bentuk membulat, nimbus merupakan penggunaan semula jadi dan primitif akan mahkota, yang diubahsuai dengan cahaya dari kepala makhluk atau sesuatu yang unggul, atau dengan halo. Kemungkinan semua kaitan selepasnya merujuk kembali kepada astrologi (bandingkan Mithras), orang yang amat dimuliakan yang dikaitkan dengan matahari dan mewakili imej matahari; jadi aure adalah Khvarenah (kemuliaan) kepada Majusi.[2][3] Dari penggunaan awal ini, rupa bentuk "glory" atau "nimbus" mungkin telah diubahsuaikan atau diturunkan pada kepercayaan-kepercayaan lain.[perlu rujukan]

Mandorla sunting

Sebuah mandorla adalah sebuah aure yang berbentuk vesica piscis yang mengelilingi gambaran Christ dan Virgin Mary dalam karya Kristian tradisional.[4] Ia biasanya digunakan untuk membingkai Christ di Takhta pada seni zaman pertengahan dan seni Romanesque, serta seni Byzantine pada abad yang sama. Perkataan ini merujuk kepada bentuk badam iaitu "mandorla" bermaksud kacang badam dalam bahasa Itali. Dalam ikon (imej suci) Gereja Ortodoks Timur, mandorla digunakan untuk menggambarkan detik-detik suci yang melampaui masa dan ruang, seperti Kebangkitan Jesus, Transfigurasi Jesus, dan Kenaikan Jesus. Mandorla-madorla ini sering akan dicat dalam beberapa warna sepusat yang menjadi lebih gelap apabila mereka hampir ke pusat. Ini mengikut penggunaan teologi Apofatik gereja, seperti yang dijelaskan oleh Dionysius si Areopagite dan yang lain. Apabila kesucian meningkat, tidak ada cara untuk menggambarkan kecerahannya, kecuali oleh kegelapan.

Dalam lukisan fresco Romanesque 'Christ di Takhta' di Sant Climent de Taüll, tulisan "Ego Sum Lux Mundi" ("Akulah Cahaya Dunia") diletakkan dalam imej mandorla tersebut.[1]

Timpanum (arca di atas bingkai pintu) di Conques mempunyai ukiran Christ, yang diukir di arca romanesque, menunjukkan malaikat di kakinya yang membawa lilin. Enam bintang sekitarnya, menyerupai bunga mekar, menunjukkan planet yang diketahui termasuk Bulan. Di sini simbolisme membayangkan Jesus Christ sebagai dewa matahari. [2]

Di Cervon (Nièvre), Christ duduk dikelilingi oleh lapan bintang, menyerupai bunga mekar.[3][pautan mati] Di Conques, bunga-bunga ini mempunyai enam kelopak. Di Cervon, di mana motif badam diulangi di dalam lingkaran mandorla pertama, bunganya berkelopa lima, seperti bunga badam - bunga pertama muncul pada akhir musim sejuk, bahkan sebelum muncul daun pokok badam. Di sini ada yang tergoda untuk mencari simbolisme dalam sembilan cabang kaki lilin Menorah. Pada abad ke-12, sebuah sekolah pemikiran Yahudi didatangkan dari Narbonne, bertembungan dengan asal-usul Kabbalah.[5] Tambahan pula, di Cervon lapan bintang/bunga enam kelopak: Root of David, Morningstar, yang disebut pada penutup Kitab Ilham (22:16) [4](Dalam salah satu manuskrip tertua dari Bible Ibrani yang lengkap, Leningrad Codex, orang mendapati Bintang Daud yang terletak dalam sebuah oktagon.)

Dalam simbolisme Hildegarde von Bingen, mandorla merujuk kepada Kosmos.[6]

Aure (fenomena atmosfera) sunting

Dalam bidang meteorologi, aure ialah cakera dalaman korona (lingkaran cahaya gerhana), suatu fenomena optik yang dihasilkan oleh cahaya dibelau dari Matahari atau Bulan (atau, kadang kala, dari sumber cahaya terang yang lain)[7] oleh titisan air kecil atau hablur ais kecil dari awan atau permukaan kaca berkabus.[8][9] Aure sering (terutamanya dengan Bulan) menjadi satu-satunya bahagian corona yang kelihatan dan mempunyai rupa cakera putih kebiruan yang pudar menjadi kemerahan di tepi.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ G Schiller, Iconography of Christian Art, Vol. I,1971 (English trans from German), Lund Humphries, London, pp. 76-78 & figs, ISBN 0-85331-270-2
  2. ^ Ramsden, E. H. (April 1941). "The Halo: A Further Enquiry into Its Origin". The Burlington Magazine for Connoisseurs. The Burlington Magazine Publications, Ltd. 78 (45): , p. 131. JSTOR 868232.
  3. ^ Encyclopædia Britannica, 14th Edition, Vol. 15. Encyclopædia Britannica, Inc. m/s. 620.
  4. ^ Liungman, Carl G. (1991). Dictionary of Symbols. W.W. Norton. m/s. 287. ISBN 0-393-31236-4.
  5. ^ Scholem, Gershom (1990). Origins of the Kabbalah. Princeton Paperback. ISBN 0-691-07314-7.
  6. ^ Riedel, Ingrid (1994). Hildegard von Bingen, Prophetin der kosmischen Weisheit. Kreuz Verlag, Zürich.
  7. ^ Cowley, Les (2012). "Jupiter corona from Iran". Atmospheric Optics. Dicapai pada 2016-05-02.
  8. ^ Calvert, J. B., The Corona, University of Denver, 2 August 2003. Access date 11 Feb. 2107
  9. ^ Cowley, Les, Corona, Atmospheric Optics. Access date 11 Feb. 2107

Bacaan lanjut sunting

  • Timmers J.J.M. A Handbook of Romanesque Art New York London 1969 Icon Editions, Harper and Row
  • Gérard de Champéaux, Dom Sébastièn Sterckx o.s.b. Symboles, introduction à la nuit des temps 3, Paris 1966 ed. Zodiaque (printed: Cum Permissu Superiorum)
  • Adolphe Napoléon Didron, Christian iconography or, the history of Christian art in the Middle Ages London 1886 https://archive.org/stream/christianiconogr01didruoft
  • Brian Young The Villein's Bible; stories in romanesque carving London 1990 Barry & Jenkins
  • Roger Cook The Tree of Life: Image for the Cosmos New York 1974 Avon Books
  • Parry, Ken; David Melling (editors) (1999). The Blackwell Dictionary of Eastern Christianity. Malden, MA.: Blackwell Publishing. ISBN 0-631-23203-6.CS1 maint: extra text: authors list (link)Selenggaraan CS1: Extra text: senarai pengarang (link)

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Aure di Wikimedia Commons