AutoLISP merupakan loghat bahasa pengaturcaraan Lisp dibina khas bagi kegunaan bersama versi penuh AutoCAD dan yang terhasil darinya, termasuk Autodesk Map 3D dan Autodesk Architectural Desktop. Applikasi pengaturcaraan antara muka dan penterjemah bagi melaksanakan tidak disertakan dengan baris keluaran AutoCAD LT, kecuali sebagai tambahan seperti "LT-Extender".

Features sunting

AutoLISP adalah pengaturcaraan skop dinamik LIPS yang kecil. Ia kekurangan ciri-ciri moden LISP seperti sistem makro atau pengikat let (let bindings). Selain dari bahasa teras, kebanyakan fungsi primitif adalah bagi geometri atau manipulasi entiti grafik dalam AutoCAD. Ciri-ciri entiti grafik didedahkan kepada AutoLISP sebagai senarai sejawat dalam nana "kod kumpulan" AutoCAD dipasangkan dengan nilai yang menunjukkan ciri seperti titik, radii, warna, lapisan, jenisgaris, dll. Kod AutoLISP boleh berinteraksi dengan pengguna melalui fungsi primitif yang membenarkan pengguna untuk masukkan titik, set pilihan, nombor dan data lain. AutoLisp turut memiliki bahasa mini GUI dalaman, Dialog Control Language, bagi mencipta borang interaksi kecil dalam AutoCAD.

; example of macro without command-line interface exposed

(defun hello_world ()
  (alert "Hello World!"))


; example of macro with command-line interface exposed

(defun c:hello_world ()
  (alert "Hello World!")
  (princ))

; example of LISP's flexible condition handling

(cond
  ((= a b) (princ "\n(a) and (b) are equal"))
  ((and (= (type a) 'INT) (= (type b) 'INT)) 
    (princ (strcat "\n(a)+(b)=" (itoa (+ a b)))))
  ((and (= (type a) 'STR) (= (type b) 'STR))
    (princ (strcat "\n(a)+(b)=" a b)))
  ((and (listp a) (= (type b) 'SUBR))
    (mapcar '(lambda (x) (princ (b x))) a)))
  

Sejarah sunting

AutoLISP terhasil dari versi awal XLISP, yang dicipta oleh David Betz. Bahasa ini ditambah kepada AutoCAD dalam Version 2.18 pada Januari 1986, dan terus dikemaskini dalam keluaran berikutnya sehingga Keluaran 13 pada Februari 1995. Selepas itu, pembangunannya diabaikan oleh Autodesk bagi persekitaran pembangunan yang lebih baik. Bagaimanapun, ia kekal sebagai bahasa Pengkhususan pengguna AutoCAD utama.

Pautan luar sunting