Autumn in Wales

Autumn in Wales ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2022 arahan Rahila Ali. Dibintangi oleh Wanna Ali, Jaa Suzuran, Eyka Farhana, Keith Foo dan Sissy Imann, filem ini ditayangkan pada 24 Mac 2022 di Astro First.[1][2][3]

Autumn in Wales
PengarahRahila Ali
PenulisAmerul Haswendy Ashari
Dihasilkan olehNormashayu Puteh
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Pencil Pictures & Records
Tarikh tayangan
24 Mac 2022 (Malaysia)
Durasi tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

PremisSunting

Mengisahkan Aira yang sanggup ke Wales untuk membawa tunangnya, Darwish kembali ke Malaysia. Aira menyangka yang Darwish memutuskan pertunangan mereka kerana ada masalah di Wales namun semuanya terungkap yang Darwish memutuskan hubungan kerana perempuan lain, Marissa. Aira bertemu Mat Kelantan, Jaka yang bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah kafe. Jaka setuju untuk membantu Aira mendapatkan cinta Aira kembali.

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Ditanya mengenai pemilihan Wales, United Kingdom sebagai lokasi penggambaran, penerbit filem ini, Normashayu Puteh berkata: "Kami percaya, jarang filem tempatan mengetengahkan keindahan negara tersebut dan sedikit sebanyak mampu menyuntik keterujaan penonton yang rindukan aktiviti melancong ke negara luar dalam norma baharu sekarang ini".[4]

Kru penerbitan dan barisan pelakon menghabiskan masa lebih dari sebulan untuk menjalani penggambaran di Wales.[1][5] Filem ini merupakan lakonan pertama bekas penyampai ERA, Jaa Suzuran.[6]

Keluaran dan sambutanSunting

Autumn in Wales dikeluarkan pada 24 Mac 2022 di Astro First.[1]

Phic Arman, menulis untuk Murai.my menghuraikan bahawa filem ini ialah "sebuah kisah cinta komedi yang agak ringan dan tidak meleret" dan "sesuai untuk tontonan keluarga malah sangat sarat dengan pengajaran berkaitan dengan kisah kekeluargaan dan pengalaman bercinta".[1] Syafil Syazwan Jefri dari Harian Metro menulis: "Dari sudut mesej yang disampaikan, jelas sekali penulis skrip dan pengarah menggarap satu jalan cerita yang mengajak penonton untuk tidak berlaku curang kepada pasangan masing-masing. Mesej lain adalah mengenai cinta yang tidak memerlukan persamaan status mahupun kekayaan, namun boleh dipupuk andai kata ada rasa sayang. Yang pasti, filem ini akan menjadi satu lagi filem ringan, yang tersaji buat peminat-peminat filem yang inginkan filem dengan corak sebegini".[7]

RujukanSunting

  1. ^ a b c d Phic Arman (23 Mac 2022). "[REVIEW] Filem Romantik Komedi 'Autumn In Wales' Pertaruhkan Bakat Baru, Jaa Suzuran Sebagai Watak Utama". Murai.my. Dicapai pada 4 April 2022.
  2. ^ Syafiqah Jalal (23 Mac 2022). "Pemandangan Cantik & Mempesona, Autumn In Wales Bawa Penonton Seperti Honeymoon Ke Luar Negara!". Astro Gempak. Dicapai pada 4 April 2022.
  3. ^ "Autumn in Wales Bawa Penonton 'Jalan-Jalan' Ke Luar Negara! Filem Pertama Jaa Suzuran". Syok.my. 19 Mac 2022. Dicapai pada 4 April 2022.
  4. ^ "Autumn In Wales Paparan Kisah Romantik Berlatarbelakangkan Keindahan Negara Wales". Kopiplanet. 25 Mac 2022. Dicapai pada 4 April 2022.
  5. ^ "Watch: How many Welsh locations can you recognise in this new Malaysian film?" (dalam bahasa Inggeris). CYMRU. 18 Mac 2022. Dicapai pada 5 April 2022.
  6. ^ Syafiqah Jalal (21 Mac 2022). ""Dia Mudah 'Dibentuk'…"- Pengarah Autumn In Wales Ada Sebab Pertaruh Jaa Suzuran Sebagai Watak Utama". Astro Gempak. Dicapai pada 4 April 2022.
  7. ^ Syafil Syazwan Jefri (22 Mac 2022). "Ajak penonton usah curang". Harian Metro. Dicapai pada 4 April 2022.

Pautan luarSunting