Avaa Vanja

Avaa Vanja Mohamad Ramli (lahir 18 Jun 1980) ialah seorang pelakon, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia.[1] Beliau ialah salah seorang bekas ahli kumpulan Elite. Selain itu, Avaa turut menerima pengiktirafan meluas menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang (2008) arahan Mamat Khalid.[2]

Avaa Vanja
Kelahiran
Avaa Vanja binti Mohamad Ramli

(1980-06-18) 18 Jun 1980 (umur 42)
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif1998–kini
PasanganAamil Sulaiman (k. 2011–2021)
Anak1

KerjayaSunting

Mewarisi darah seni daripada ibunya yang merupakan seorang pereka dan pengusaha, begitu juga dengan arwah bapanya Ramli Malek yang merupakan Pelukis Ternama Malaysia sekitar 1960 - 1982.[3] Avaa Vanja memulakan kerjayanya sebagai salah seorang ahli kumpulan Elite untuk tempoh jangka pendek,[4] iaitu selama 3 tahun, dari 2001 hingga 2004.[5][6] Kerjayanya sebagai pengacara bermula apabila beliau ditawarkan menjadi pengacara rancangan Pop TV terbitan KRU Studios.[7][8] dengan bapa didiknya Aznil Hj Nawawi ketika itu.

Kerjaya lakonan Avaa bermula apabila beliau berlakon dalam siri drama Sembilu (2003), yang diadaptasi dari filem 1994 bertajuk sama arahan Yusof Haslam. Beliau memegang watak sebagai Elisa. Juga Gerak Khas (2006) sebagai detektif Sofia. Beliau ditawarkan membintangi filem pertamanya,[9] Dukun (2006) arahan Dain Iskandar Said yang diharamkan tayangan selama 12 tahun. Avaa seterusnya membintangi filem hitam-putih Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid yang mana beliau memegang watak sebagai Miss Rogayah.[10] Menerusi filem ini, beliau dicalonkan bagi kategori Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-21.

Beliau membuat penampilan pentas pertamanya dengan membintangi Teater Muzikal Ibu Zain dengan melakonkan watak Miss Shellebear,[11] ini kemudian diikuti oleh teater Gamat. Kedua-dua teater ini dipentaskan di Istana Budaya.

Kehidupan peribadiSunting

Avaa berdarah kacukan Melayu, Indonesia, Punjabi dan Arab.[1]

Beliau berkahwin dengan Aamil Sulaiman pada Februari 2011[12] dan dikurniakan seorang anak perempuan, Maleena. Pasangan ini memfailkan perceraian pada Disember 2021[13] dan dimuktamadkan pada Februari 2022.[14]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Dukun Sara Filem pertama
2008 Kala Malam Bulan Mengambang Miss Rogayah
2010 Hantu Kak Limah Balik Rumah Ayu
2012 Shh...Dia Datang Lia
2013 Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit Ayu
2021 Kampung Pisang Raya Muzikal Cik Nak Kezambo
2022 Padang Kertas Ila

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003–2005 Sembilu Elisa TV2 Pelakon undangan
2006 Gerak Khas (Musim 8) Detektif Sofia
2020–2021 Kampong Pisang Bersiri-siri Cik Nab Kezambo Astro Citra
2021 Keluarga Untuk Disewa Marissa TV9
Diva Popular Awesome TV Penampilan khas
Selamat Datang Cinta (13EPS) Mastura Salam HD Penampilan Khas
2022 Aira & Qaid Doktor RTM Penampilan Khas
Chinta Arjuna Nabila TV9

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Hilang Astro
2022 Adik Kakak TV3

TeaterSunting

Tahun Tajuk Watak Lokasi Tarikh
2008 Teater Muzikal Ibu Zain Miss Shellebear Istana Budaya 13–22 Mac
2009 Gamat Ikan Buntal 4–12 Oktober

Televisyen HostSunting

Tahun Tajuk Saluran TV
1999 Kamera Apo RTM
2001 Pop TV TV2
2001 Bintang RTM 2001 RTM
2006 ThumbTV ntv7

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2001 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 Pengacara TV Popular Dirinya sendiri Tercalon
2007 20 Yang Anggun 2007 Majalah EH! Terpilih
2008 Festival Filem Malaysia ke-21 Pelakon Wanita Harapan Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ a b Farhana Ab Rahman (6 Jun 2018). "Badan berisi punca kurang berlakon". Berita Harian. Dicapai pada 3 Februari 2019.
  2. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (2 Januari 2008). "Avaa pilih untuk bersinar". Kosmo!. Dicapai pada 3 Februari 2021.
  3. ^ Syed Hashim Alhabshi (15 Julai 2001). "Avaa diburu darah seni". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Februari 2016.
  4. ^ Rudy Imran Shamsudin (27 September 2006). "Avaa bina keyakinan diri". Harian Metro. Dicapai pada 3 Februari 2021.
  5. ^ Saharudin Musthafa (24 Jun 2001). "Avaa Vanja penyanyi suntingan KRU". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Februari 2016.
  6. ^ Norhadiani Baharom (4 Jun 2001). "Rezeki Avaa Vanja". Harian Metro. Dicapai pada 3 Februari 2021.
  7. ^ Khadijah Ibrahim (7 Jun 2001). "Avaa Vanja - Kerjaya pengacara jadi pilihan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Februari 2016.
  8. ^ "Avaa Vanja popularkan Pop TV". Utusan Malaysia. 12 November 2001. Dicapai pada 3 Februari 2016.
  9. ^ Nur Aqidah Azizi (19 Disember 2007). "Avaa makes film debut" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 3 Februari 2021.
  10. ^ Rudy Imran Shamsudin (23 Januari 2008). "Bangga campur bimbang". Harian Metro. Dicapai pada 3 Februari 2021.
  11. ^ Rozdan Mazalan (17 Mac 2009). "Watak kecil, kesannya besar". Berita Harian. Dicapai pada 3 Februari 2015.
  12. ^ Zaidi Mohamad (18 November 2012). "Avaa nak kuruskan badan". Berita Minggu. Dicapai pada 3 Februari 2011.
  13. ^ Ali Toupan Rajalee (2 Disember 2021). "Avaa Vanja minta cerai, usaha tolak ansur dengan suami tiada kata sepakat". mStar Online. Dicapai pada 3 Februari 2022.
  14. ^ Hanisah Selamat (8 Februari 2022). "Avaa Vanja sah bercerai, tiada dendam". Kosmo!. Dicapai pada 9 Februari 2022.

Pautan luarSunting