Avast Antivirus

(Dilencongkan dari Avast!)

avast! ialah sebuah atur cara antivirus yang dibangunkan oleh syarikat Perisian ALWIL yang berpusat di Prague, Republik Czech, dan diterbitikan buat pertama kali pada tahun 1988.

avast!
PembangunPerisian ALWIL
Versi terkini/stabil19.2.4186
Sistem pengendalianWindows 2000 dan kemudiannya,[1][2] Linux [3]
PelantarWindowsAndroid
JenisComputer security softwarePerisian antivirusaplikasi mudah alih
GenreAntivirus
LesenProprietari
Pautan berkaitan
Tapak webwww.avast.com
Pautan lainInstagram: avast Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

avast! kini digunakan di seluruh dunia dan boleh didapati dalam 27 buah bahasa yang berbeza. Ia lebih kurang berdasarkan cetak rompak stereotaip (nama "avast!", serta fakta bahawa ia mempunyai peti virus dan bukannya kekubah). Sejak dari penerbitannya, avast! 4 Rumah telah menjadi salah satu perisian bebas anti-virus yang paling popular di kalangan pengguna Microsoft Windows. Pada 12 Julai 2007, ia telah dimuat turun melebihi 8,463,104 kali dari laman web Download.com. [4]

Atur cara avast! adalah percuma untuk kegunaan rumah dan bukan komersil. Oleh itu, ia seringnya dibandingkan dengan Anti-Virus AVG yang merupakan versi syarikat Grisoft yang percuma.

Perisian ini bertujuan untuk mencegah banyak jenis ancaman komputer, termasuk ancaman-ancaman yang dari segi teknik tidak dianggap sebagai virus komputer, umpamanya perisian perisik dan perisian anti-perisik jahat. Ia juga boleh mencipta Pangkalan Data Pemulihan yang digunakan untuk memulihkan fail-fail yang dijangkiti (sebagai ganti untuk memadamkannya). Keluaran ini boleh dimuat turun dengan teks penuh dan terjemahan suara dalam melebihi 25 buah bahasa yang berbeza.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Keperluan Sistem - Edisi Rumah avast! Windows". Perisian ALWIL. Dicapai pada 2007-01-15.
  2. ^ "Keperluan Sistem - Edisi Pelayan avast! Windows". Perisian ALWIL. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-18. Dicapai pada 2007-01-15.
  3. ^ "Keperluan Sistem - Edisi Rumah avast! Linux". Perisian ALWIL. Dicapai pada 2007-01-15.
  4. ^ "Laman web Download.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-11. Dicapai pada 2008-02-17.

Pautan luar

sunting