Avatar: The Last Airbender

Avatar The Last Airbender (Bahasa Melayu: Avatar, Pengendali Angin Terakhir; Jawi: أۏاتر، ڤڠندالي أڠين ترأخير ) atau dikenali Avatar, the legend of Aang (Avatar: Lagenda Aang) di beberapa buah negara adalah salah satu animasi di sebuah rangkaian television Nickelodeon. Cerita ini mengisahkan tentang karakter, Aang, Katara, Sokka, dan Toph dalam perjalanan mereka untuk menyelamatkan dunia dari Negara api. Kisah ini bermula apabila Aang yang teperangkap dalam bongkahan ais dan dijumpai oleh 2 orang dari puak Suku Air Selatan, Katara and Sokka. Selepas Aang bebas dari bongkahan ais, Katara and Sokka menyertai Aang dalam perjalanan mereka menjelajahi dunia untuk membantu Aang memperolehi kemahiran memanipulasi unsur alam (bending) untuk mengalahkan Fire Lord, dan menghentikan peperangan. Dalam siri ini, musim dianggap sebagai book (buku) dan episod sebagai chapter (bab).

Avatar: The Last Airbender
FormatAnimasi, Pengembaraan, Fantasi
PenciptaMichael Dante DiMartino
Bryan Konietzko
Dibintangi oleh
Zach Tyler Eisen
Mae Whitman
Jack DeSena
Jessie Flower
Dante Basco
Mako
Greg Baldwin
Dee Bradley Baker
Grey DeLisle
Crawford Wilson
Olivia Hack
Cricket Leigh
Clancy Brown
Mark Hamill
Jason Isaacs
Negara asal Amerika Syarikat
Bilangan episod51 (Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siaran24 minit
Penyiaran
Saluran asalNickelodeon
Siaran asal21 Februari 200619 Julai 2009
Pautan luar
Laman sesawang

Latar belakang

sunting
 
Peta empat bangsa

Avatar:The Last Airbender berlatar belakang sebuah dunia fantasi, tempat tinggal manusia, pelbagai binatang fantastik, dan roh-roh. Peradaban manusia terbahagi kepada empat bangsa, Suku Air (Water Tribe), Kerajaan Tanah (Earth Kingdom), Pengembara Udara (Air Nomads), dan Negara Api (Fire Nation). Dalam setiap bangsa ada orang-orang yang dipanggil "Bender" (Pembengkok, atau dalam hal ini pengendali) yang memiliki kemampuan mengendalikan unsur alam sesuai bangsa mereka. Seni mengendalikan unsur alam ini merupakan perpaduan gaya seni bela diri dan sihir unsur alam.

Dalam setiap generasi, ada seseorang yang mampu mengendalikan semua unsur yang dipanggil sebagai Avatar, roh dari planet yang menitis dalam bentuk manusia. Ketika seorang Avatar meninggal dunia, dia akan terlahir kembali dan gilirannya selalu berganti-ganti sesuai dengan kitaran Avatar (Avatar Cycle), yang seiring dengan musim: musim sejuk untuk air, musim bunga untuk tanah, musim panas untuk api, dan musim luruh untuk udara. Legenda mengatakan bahawa seorang Avatar harus mempelajari seni mengendalikan unsur sesuai dengan urutannya, dimulai dengan unsur asli bangsa Avatar, namun terkadang urutan ini boleh dilewat jika keadaan memaksa. Mempelajari pengendalian unsur yang berlawanan dengan unsur asli bangsa seseorang adalah hal yang teramat sulit kerana perbezaan gaya seni bela diri dan doktrin-doktrinnya.

Pengaruh

sunting

Pengaruh dari budaya

sunting

Animasi Avatar banyak mengambil seni dan mitologi dari benua Asia untuk menciptakan sebuah dunia fantasi. Avatar juga mencampur falsafah, bahasa, agama, seni bela diri, pakaian, dan budaya dari negara-negara Asia seperti contohnya China, Jepun, Mongolia, Korea, India, dan Tibet. Penampilan Suku Air kelihatannya dipengaruhi oleh budaya Eskimo. Secara terang-terangan dapat ditemukan pengaruh dari seni dan sejarah China, anime Jepun, Hindu, Taois, Buddha, dan Yoga. Staf produksi mendapatkan khidmat konsultan budaya, Edwin Zane, untuk meninjau naskah cerita.

Maksud istilah Avatar

sunting

Istilah Avatar berasal dari Bahasa Sanskrit: "Avatara", yang membawa maksud "turun". Dalam Mitologi Hindu, para Dewa memanifestasikan dirinya dengan turun menjelma ke dunia untuk mengembalikan keseimbangan di muka bumi setelah mengalami zaman kejahatan (lihat: Avatar). Aksara China yang muncul di atas kata "Avatar" pada pembukaan cerita berarti "Perantara Tuhan yang turun ke dunia fana".

Ketika Aang masih kecil, ia tahu bahwa dirinya adalah seorang Avatar saat memilih empat mainan di antara ribuan mainan yang lain. Empat mainan tersebut adalah mainan yang sama dengan yang dipilih oleh para Avatar dari generasi sebelumnya ketika masih kecil, dan membuktikan bahwa Aang adalah reinkarnasi dari Avatar. Ini merupakan ujian yang sama dengan yang dilakukan oleh anak-anak Buddha di Tibet untuk menguji apakah ia merupakan reinkarnasi Tulku Lama. Menurut buku "Keajaiban dan Misteri di Tibet" karya Alexandra David-Néel, “beberapa benda seperti misalnya azimat, peralatan upacara, buku, cangkir teh, dan lain-lain ditaruh bersama-sama, dan sang anak akan mengambil benda-benda, yang mana merupakan kepunyaan Tulku terdahulu, dan hal tersebut menunjukkan bahawa ia mengenali ingatannya pada kehidupannya yang terdahulu”.

Watak-watak

sunting

Watak-watak utama

sunting

Watak-watak Sampingan

sunting

Tempat-tempat dalam cerita

sunting

Media lain

sunting

Spin-off

sunting

Siri didasarkan Avatar: he Legend of Aang saat ini sedang didalam pembangunan di Nickelodeon dan akan dikeluarkan pada tahun 2012. Ia melibatkan Michael Dante DiMartino dan Bryan Konietzko, pencipta dan penerbit dari siri asal. Siri ini secara tentatif berjudul Avatar: The Legend of Korra, menjadi dua belas episod siri mini yang berlaku di alam semesta yang sama, 70 tahun selepas kekalahan Fire Lord Ozai. Perkembangan masa dan tarikh keluaran diumumkan di Comic Con-tahunan di San Diego pada tarikh 22 Julai 2011.

Siri ini memberi fokus kspada Korra, seorang protagonis perempuan remaja dan inkarnasi Avatar, yang menurut presiden dari Nickelodeon, akan menjadi "pemarah, berdikari, dan bersedia untuk menghadapi dunia". Dia sudah menguasai unsur-unsur Air, Bumi, dan Api, tetapi perlu untuk menguasai Angin. Watak ini sebahagiannya terinspirasi oleh Avatar Kyoshi daripada siri asal, di mana pencipta berkata ia sangat popular dalam kalangan peminat. Untuk mengelakkan pengulangan petualangan Aang, pencipta ingin membuatnya di satu tempat, disebut Republic City. Sebuah konsep gambar bandar, dilancarkan dengan pengumuman siri, menunjukkan kota ini diilhami oleh Shanghai pada tahun 1921, dan 1931-an Hong Kong, Manhattan, dan Vancouver. Dalam cerita itu, Korra perlu belajar cara menguasai unsur Angin dari master Tenzin anak kepada Avatar Aang dan Katara, dan bersaing dengan revolusi anti-Bender yang mengambil tempat di bandar.

Meskipun tidak menyasarkan demografik yang berbeza dari The Legend of Aang, Michael dan Bryan telah menyatakan bahawa cerita tersebut tidak akan merangkumi bahan subjek lebih matang cuma bahan matang yang berbeza, "Ini tidak akan ada peperangan lagi, tapi semacam konflik yang berbeza." Para pencipta juga menjelaskan bahawa akan ada beberapa "cheesy teen romance" untuk watak utama, Korra. Pada Comic-Con 2011, terungkap bahawa pencipta akan terus bekerja dengan Joaquim dos Santos dan Ryuki Hung di animasi dan rekaan cerita. Para pencipta juga menegaskan bahawa mereka secara langsung akan menulis semua dua belas episod, menjelaskan bahawa sebagai sebuah siri-mini, bahan suapan episod akan dihilangkan, memungkinkan untuk "benar-benar ketat" dan cerita "hebat". Pada akhir Julai, Jeremy Zuckerman, komposer dari siri asal, telah disahkan kembali ke skor Legenda Korra.

Teknologi/ Peralatan lain

sunting

Pautan Luar

sunting