Awak Nak Kahwin Dengan Saya?
Awak Nak Kahwin Dengan Saya? (digayakan dalam poster sebagai Awak nak KAHWIN dengan Saya?) merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2014 arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures.[1] Filem lakonan Fezrul Khan dan Erin Malek ini ditayangkan pada 22 Mei 2014.[2][3]
Awak Nak Kahwin Dengan Saya? | |
---|---|
Pengarah | Eyra Rahman |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | MIG Pictures |
Tarikh tayangan | 22 Mei 2014 (Malaysia) |
Masa tayangan | 89 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis
suntingMengisahkan tentang Andika (Fezrul Khan) yang merupakan seorang bos kepada Puteri (Erin Malek) telah memaksanya menyamar menjadi kekasih. Ia bertujuan untuk membuktikan kepada bekas kekasihnya, Sara (Shima Anuar) yang bakal berkahwin tidak lama lagi bahawa dia sudah mempunyai kekasih. Mereka berdua mempunyai karakter yang jauh berbeza, Andika, seorang yang mementingkan kesempurnaan manakala Putri seorang yang kelam-kabut. Andika telah membawa Putri pulang ke kampung halamannya setelah 3 tahun tidak menjejakkan kaki di sana kerana menjauhkan diri dari bapanya, Dato' Osman (Mustapha Kamal). Ketika di kampung, Putri dikenalkan dengan keluarga besar Andika dan menyebabkan Putri yang hidup sendiri sejak kematian ayah dan ibunya merasa sangat terharu dengan layanan yang diberikan. Pelbagai perkara terjadi sepanjang mereka di sana sehingga Putri memilih untuk membawa diri.
Pelakon
sunting- Fezrul Khan sebagai Andika
- Erin Malek sebagai Puteri
- Shima Anuar sebagai Sara
- Zalif Sidek sebagai Arasy
- Emily Chan sebagai Amber
- Ruminah Sidek sebagai Nanny
- Mustapha Kamal sebagai Dato' Osman
- Lydiawati sebagai Datin Aini
- Delimawati sebagai CEO
- Bobo sebagai pekerja pejabat
- Mikail Andre sebagai Hairi
Rujukan
sunting- ^ Feride Hikmet Atak (21 Mei 2014). Adegan peluk dalam filem terbaharu MIG diharap tidak jadi isu - Pengarah mStar Online. Dicapai pada 29 April 2015.
- ^ Awak Nak Kahwin Dengan Saya Bro Framestone (28 Mei 2014). Dicapai pada 29 April 2015.
- ^ Hanan Mansor (24 Mei 2014). Lamaran 'kekasih paksa' Sinar Harian Dicapai pada 29 April 2015.