Awak Sangat Nakal
Drama Awak Sangat Nakal merupakan siri drama terbaru yang diadaptasi daripada novel Awak Sangat Nakal karya Syamnuriezmil.
Awak Sangat Nakal | |
---|---|
Genre | Cinta Komedi |
Format | Drama |
Pengarah | Azmi Hatta |
Dibintangi oleh | Sharnaaz Ahmad Ayda Jebat Hefny Sahad Ika Nabila Datin Fadilah Mansur Tash Yong Farouk Hussain |
Lagu pembukaan | "Nakal Nakal Nakal" nyanyian Ayda Jebat. |
Lagu penutup | "Nakal Nakal Nakal" nyanyian Ayda Jebat. |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 16 Episodes |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | Isnin - Khamis, 10 malam. |
Syarikat penerbitan | (Orangetree Production) |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria (Slot Drama Ria) |
Siaran asal | 7 November 2016 |
Kronologi | |
Mengikuti | Suri Hati Mr. Pilot |
PelakonSunting
- Ayda Jebat sebagai Erine Johanna.
- Sharnaaz Ahmad sebagai Johan Rizqin.
- Ika Nabella sebagai Ain Humaira.
- Fadilah Mansor sebagai Mak Munah.
- Hefny Sahad sebagai Habib
- Tash Yong sebagai Sue
- Afiq Muiz sebagai Ustaz Hafsham
- Aleza Shadan sebagai Puan Sri Zariah
- Rahim Jailani sebagi Tan Sri Ibrahim
- Gbob Raja Lawak sebagai Bob
- Farouk Hussain sebagai Pak Mat
- Ku Fridah sebagai Mak Tok
- Erry Putra sebagai Hassan
- Syaffiq Sahli sebagai Johan Ariff
SinopsisSunting
Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.
Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.
Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.
Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh.
Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?