Awak Suka Saya Tak? (drama)

Awak Suka Saya Tak ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2017 arahan Raja Ahmad Alauddin. Dibintangi oleh Alvin Chong, dan Emma Maembong. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 4 September 2017 menggantikan Duda Pujaan Dara [1]

Awak Suka Saya Tak
GenreDrama
Cinta
Komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi dari novel Awak Suka Saya Tak karya Melur Jelita
Ditulis olehRozie Rashid
Amka Ahmad
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Dibintangi oleh
Alvin Chong
Emma Maembong
Sabhi Saddi
Rabecca Nur Al Islam
Lagu pembukaanJangan - Aziz Harun
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod16 Episod
Penerbitan
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria & Ria HD (Slot MegaDrama)
Siaran asal25 September 2017 – 19 Oktober 2017
Kronologi
MengikutiDuda Pujaan Dara
Diikuti olehRed Velvet

SinopsisSunting

Kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Hilman telah jatuh cinta dengan Intan sejak pertama kali ketemu lapan tahun yang lalu di sebuah restoran. Hilman, seorang yang baru mengenali Islam berdoa agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali dan mula rapat. Hilman cuba melamar Intan tetapi ditolak kerana Intan belum bersedia.

Tiga tahun kemudian, Intan ketemu dengan Hilman ketika mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Mereka kembali rapat dan merancang untuk berkahwin. Namun tragedi berlaku, Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Munculnya Damien yang tidak ingat akan agama. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang.

PelakonSunting

RujukanSunting

  1. ^ Drama Awak Suka Saya Tak. MyInfoTaip. Dicapai 4 ogos 2021