Awan Nano (lagu)

(Dilencongkan dari Awan Nano)

"Awan Nano" ialah sebuah lagu yang digubah oleh M. Nasir, dengan seni katanya oleh Buddhi Hekayat dan dinyanyikan oleh Hafiz. Ia diterbitkan pada tahun 2011 dan dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-26 di Anugerah Juara Lagu 2011.

ErtiSunting

Lagu "Awan Nano" dikatakan mempunyai makna tersirat. Menurut kupasan yang dilaporkan oleh wartawan Gua.com.my, seni kata lagu tersebut kuat dipengaruhi oleh kisah zaman kanak-kanak Nabi Muhammad s.a.w. yang dilindungi oleh awan ketika mengikuti sebuah rombongan kafilah Arab ke kota Syam berdasarkan pengamatan Pendeta Buhaira.[1] Lagu ini bertemakan perihal kasih sayang sejati dan bagaimana ia mengatasi segala ancaman yang melanda insan walaupun tanpa disangka atau disedari.

CartaSunting

Carta Kedudukan
tertinggi
Tarikh
Muzik Muzik (TV3) 1 14 Mei – 11 Jun 2011
(5 minggu)[2]

RujukanSunting

  1. ^ Merungkai Makna Tersirat Awan Nano, Gua.com.my, 1 Feb 2012. Dicapai pada 2 Feb 2012.
  2. ^ Minggu ke-13 hingga Minggu ke-17