Awan bergulung ialah awan yang rendah, mengufuk, berbentuk tiub dan merupakan jenis awan arkus yang agak jarang dilihat. Mereka berbeza daripada awan-awan lain. Awan gulung biasanya kelihatan seperti 'menggulung' pada satu paksi mengufuk. Awan bergulung boleh diibaratkan seperti satu gelombang tunggal atau satu soliton, yang merupakan suatu gelombang yang mempunyai satu rabung dan bergerak tanpa mengubah kelajuan atau bentuk. Satu daripada awan bergulung yang terkenal adalah Awan Morning Glory yang ditemui di Queensland, Australia. Satu daripada sebab-sebab utama Morning Glory terbentuk adalah pengedaran mesoskala yang berkaitan bayu laut yang terbentuk di Semenanjung Cape York dan Teluk Carpentaria. Bagaimanapun ciri-ciri yang serupa dapat diwujudkan oleh alir turun udara daripada ribut petir dan tidak terhad kepada daerah-daerah pantai.

Awan bergulung di Maldonado, Uruguay
Awan Morning Glory di Queensland, Australia

Awan arkus adalah formasi awan rendah mendatar yang dikaitkan dengan bahagian pinggir aliran keluar ribut petir, atau aliran keluar udara dingin dari bayu laut atau perenggan sejuk tanpa kehadiran ribut. Awan bergulung dan awan para merupakan dua jenis awan arkus, tetapi dengan perbezaan besar dalam penghasilan dan rupa mereka.

Nota dan rujukanSunting