Awang Adek Hussin
Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin (Lahir 18 Mei 1955) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia.
Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin SPMP (Perlis); PhD | |
---|---|
Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia[1] | |
Dalam jawatan 8 Jun 2020 – 7 Jun 2025 | |
Menteri | Noraini Ahmad (2020-2022) Mohamed Khaled Nordin (2022-2023) Zambry Abdul Kadir (2023-kini) |
Timbalan Menteri Kewangan | |
Dalam jawatan 2009–2013 | |
Menteri | Najib Razak Ahmad Husni Hanadzlah |
Didahului oleh | Ahmad Husni Hanadzlah Kong Cho Ha |
Digantikan oleh | Ahmad Maslan |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Menteri | Abdullah Ahmad Badawi Nor Mohamed Yakcop |
Didahului oleh | Tengku Putera Tengku Awang |
Digantikan oleh | Ahmad Husni Hanadzlah Ko Chong Ha |
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah | |
Dalam jawatan 2004–2006 Berkhidmat with Tekhee @ Tiki Anak Lafe | |
Menteri | Abdul Aziz Shamsuddin |
Didahului oleh | Palanivel Govindasamy |
Digantikan oleh | Zainal Abidin Osman |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bachok | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Wan Nik Wan Yusoff |
Digantikan oleh | Nasharudin Mat Isa |
Majoriti | 1,567 (PRU-11) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 18 Mei 1959 (68 tahun) |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Bidang pengkhususan | Ahli Akademik & Ahli Ekonomi |
Kehidupan awal
suntingDilahirkan di Bachok, Kelantan, latar belakang pendidikan Awang Adek bermula di Sekolah Kebangsaan Perupok, Bachok Kelantan sebelum ke peringkat menengah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak.
Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Drew University, New Jersey, Amerika Syarikat dan bagi peringkat sarjana dan doktor falsafah di Wharton School, University of Pennsylvania Philadelphia.
Kerjaya
suntingAwang Adek mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan dan korporat termasuk sebagai Penolong Gabenor Bank Negara dari 1996 sehingga 2001.
Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) selain dipinjamkan ke Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Persisir Labuan sebagai Ketua Pengarah yang pertama selama dua tahun bermula pada tahun 1996.
Politik
suntingAwang Adek mula bergiat serius dalam politik apabila dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok pada tahun 2001.
Selain itu beliau turut diberi amanah memegang jawatan Bendahari UMNO Kelantan sejak tahun 2003. Pada tahun 2003 juga beliau dilantik sebagai Ketua Penaja UMNO bahagian Bachok dan menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan peringkat bahagian tahun ini.
Pada pilihan raya umum 2004 Awang Adek telah diberi kepercayaan bertanding kerusi Parlimen Bachok dan berjaya menewaskan Wan Nik Wan Yusoff (Pas) dengan majoriti 6,272 undi.
Manakala pada pilihanraya umum tahun 2008, beliau bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen dan DUN. Namun beliau kalah di kedua-dua kerusi terbabit.
Keluarga
suntingBeliau berkahwin dengan Datin Latifah Mohd Yusof dan dikurniakan lima orang anak iaitu Abdul Aziz, Norjasara, Ahmad Azran, Nur Ain dan Nur Nadira.
Isu kontroversi
suntingLesen judi Piala Dunia
suntingPada 6 Mei 2010, Awang Adek selaku Timbalan Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan mungkin mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Tujuannya bagi mengekang perjudian dan pertaruhan haram yang tetap akan berlaku dan tanpa kawalan. Hasil judi itu dapat digunakan untuk pembangunan sukan.Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.[2]
Sumbangan masuk akaun peribadi
suntingPada 21 Disember 2011, Datuk Dr Awang Adek menjelaskan bahawa isu rasuah yang dibangkitkan oleh blog bernama 'Thewhistleblower711' pada 27 November 2011.Satu kontrak Jabatan Kerja Raya didakwa diberikan kepada satu syarikat milik seorang pemimpin bahagian Umno Johor. Kontrak itu menyediakan perkhidmatan kepada Bangunan Sultan Iskandar(Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin -CIQ). RM100,000 telah dibayar kepada akaun peribadi Awang secara berperingkat-peringkat untuk kontrak yang diluluskan pada November 2010 . Wang tunai itu dimasukksn ke akaun peribadi di sebuah bank di Bachok,Kelantan. Akaun bank peribadi itu dibuka pada 2004. Sumbangan dari syarikat dan individu itu dalam bentuk cek dan tunai itu digunakan untuk program seperti bantuan Hari Raya RM100 untuk seramai 4,000 keluarga dan juga kelas tuisyen pelajar di 33 sekolah rendah. Beliau mengakui tidak ada kena mengena dengan penganugerahan kontrak di Johor itu kerana ianya dibuat pada peringkat jawatankuasa dan beliau hanyalah seorang timbalan menteri. [3][4]
Rujukan
sunting- ^ https://www.eng.usm.my/index.php/en/berita2/news/876-dato-seri-dr-awang-adek-hussin-dilantik-semula-pengerusi-lgu-usm
- ^ "Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-07. Dicapai pada 2010-05-06.
- ^ Timbalan menteri nafi dakwaan rasuah
- ^ Awang Adek akui terima deposit, tapi...