Awang Hassan
Tun Dato' Dr. Haji Awang bin Hassan (9 November 1910 – 12 September 1998) ialah seorang ahli politik Malaysia kelahiran Muar, Johor. Beliau merupakan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-5 dan bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia.
Awang Hassan | |
---|---|
![]() | |
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-5 | |
Dalam jawatan 1 Mei 1981 – 30 April 1989 | |
Didahului oleh | Tun Sardon Jubir |
Digantikan oleh | Tun Hamdan Sheikh Tahir |
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia | |
Dalam jawatan 1973–1980 | |
Didahului oleh | Tun Fuad Stephens |
Digantikan oleh | Tan Sri Datuk Lim Taik Choon |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Muar Selatan, Johor | |
Dalam jawatan 1963–1974 | |
Didahului oleh | Dato' Suleiman Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Awang bin Hassan 9 November 1910 ![]() |
Meninggal dunia | 12 September 1998 Johor Bahru, Johor | (umur 87)
Tempat persemadian | Makam Diraja Bukit Mahmoodiah |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Pasangan | Toh Puan Khadijah Abdul Rahman (k. 1934; m. 1987) Toh Puan Dr. Zubaidah Abdul Rahman (k. 1989; kematiannya 1998) |
Hubungan | Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin (bapa mertua) Dato' Suleiman Abdul Rahman (abang ipar) Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (abang ipar) Tun Hussein Onn (besan) |
Anak-anak | 7 |
Kediaman | Seri Mutiara |
Alma mater | Kolej Perubatan Raja Edward VII |
Profesion | Doktor |
PendidikanSunting
Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Bukit Zahrah, Johor Bahru dan pendidikan menengah di English College Johor Bahru (kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar). Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura (kini dikenali sebagai Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1934.[1]
PolitikSunting
Tun Dr. Awang memulakan penglibatannya dalam bidang politik pada tahun 1946, dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Muar. Beliau merupakan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia sebelum dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-5. Tun Dr. Awang bersama-sama abang iparnya, Dato' Suleiman Abdul Rahman dan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman memainkan peranan penting dalam mengasaskan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).[2]
Beliau juga merupakan salah seorang daripada ‘Orang Tujuh’ atau ‘Kumpulan Tujuh’ yang menandatangani surat bantahan kepada Sultan Johor yang menandatangani Perjanjian Malayan Union pada 1946. Enam yang lain ialah Dato' Abdul Rahman Mohamed Yassin (Ketua), Kosai Muhammad Salleh (Dato’), Hassan Yunus (Tan Sri), Suleiman Abdul Rahman (Dato’), Cikgu Ahmad Sulaiman dan Safiah Sulaiman.
Kehidupan peribadiSunting
Tun Dr. Awang Hassan berkahwin dengan Toh Puan Khadijah Abdul Rahman, adik perempuan kepada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-2. Mereka mempunyai empat anak lelaki dan tiga anak perempuan. Tun Dr. Awang berkahwin buat kali kedua dengan adik iparnya, Dr. Zubaidah Abdul Rahman pada tahun 1989 selepas kematian Toh Puan Khadijah.[3]
Meninggal duniaSunting
Tun Dr. Awang Hassan meninggal dunia pada 12 September 1998 dan telah disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.
Darjah KebesaranSunting
Kehormatan Pulau PinangSunting
- Sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-5 (1 Mei 1981 – 1 Mei 1989)
- Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) – Dato' Seri Utama (1981)
Kehormatan MalaysiaSunting
- Malaysia :
- Pingat Peringatan Malaysia - Perak (PPM) (1965)[4]
- Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) – Tun (1982)[5]
- Johor :
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama (SPMJ) – Dato' (1977)[6]
Tempat dinamakan sempena nama beliauSunting
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Faridah Abdul Rashid (2012). Biography of the early Malay doctors 1900-1957 : Malaya and Singapore (dalam bahasa Inggeris). [Bloomington, IN]: Xlibris Corporation. m/s. 384. ISBN 978-1-4771-5995-8. OCLC 819718028.
- ^ Faridah Abdul Rashid (2012). Biography of the early Malay doctors 1900-1957 : Malaya and Singapore (dalam bahasa Inggeris). [Bloomington, IN]: Xlibris Corporation. m/s. 385. ISBN 978-1-4771-5995-8. OCLC 819718028.
- ^ Faridah Abdul Rashid (2012). Biography of the early Malay doctors 1900-1957 : Malaya and Singapore (dalam bahasa Inggeris). [Bloomington, IN]: Xlibris Corporation. m/s. 395. ISBN 978-1-4771-5995-8. OCLC 819718028.
- ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 24 December 2020.
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1982" (PDF).
- ^ Mohamed Yasin, Norashid (2012). "Tun Dr. Awang Hassan". Dalam A. Hamid, Abu Bakar; Zamzam, Md. Ismail; Kamil, Kamdi (para penyunting). Pengemudi Bahtera Merdeka Johor. Yayasan Warisan Johor. halaman 185–193. ISBN 978-983-2440-46-8.
Didahului oleh Tun Sardon Jubir |
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang 1981-1989 |
Diikuti oleh: Tun Hamdan Sheikh Tahir |