Awang Isa bin Awang Ibrahim

Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa bin Awang Ibrahim ialah seorang pembesar Brunei. Pada masa ini, beliau memegang jawatan sebagai Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kerajaan Brunei.[1][2] Beliau juga merupakan seorang Manteri, iaitu golongan pembesar diraja, dengan gelaran 'Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja'.[3]

Nama sunting

Nama penuh beliau dengan terasul yang digunakan dalam persuratan rasmi bahasa Melayu di Brunei ialah 'Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim'. Nama ini juga digunakan dalam persuratan bahasa Inggeris tempatan.

Rujukan sunting

  1. ^ Asgar, Abdullah (30 Januari 2018). "Berkenan umumkan pelantikan kabinet baharu". Pelita Brunei. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  2. ^ Sim, Y.H.; Yahya, Salawati (31 Januari 2018). "Kabinet dirombak". Media Permata Online. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  3. ^ "Senarai Gelaran Pehin-Pehin Manteri Dan Manteri Ugama" (PDF). m/s. 2. Dicapai pada 21 Ogos 2018.