Awang Sariyan

ahli bahasa Malaysia

Yang Berhormat Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr. Haji Awang bin Sariyan (lahir 20 Oktober 1953) ialah ahli bahasa Melayu di Malaysia yang telah banyak menulis buku ilmiah, buku umum, buku teks, kamus dan buku kumpulan puisi serta ratusan rencana dalam jurnal, majalah, akhbar, kata penghantar/pengenalan dan bab dalam buku. Beliau telah menyampaikan syarahan dan kertas kerja di belasan negara sedunia, selain di Malaysia, iaitu di Australia, Brunei Darussalam, Indonesia, Jepun, Jerman, Kampuchea, Korea Selatan, Netherlands, Perancis, Republik Rakyat China, Rusia, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan United Kingdom. Selain mengembangkan bahasa dan persuratan Melayu di peringkat negara, beliau bergerak aktif di peringkat serantau dan antarabangsa sama ada melalui pelbagai persidangan ilmiah, kerja perundingan, kursus, promosi mahupun melalui tugasnya sebagai Penyandang Kursi Pengajian Melayu kerajaan Malaysia di luar negara (Republik Rakyat China sebanyak dua kali), perunding seperti di Kementerian Pendidikan Singapura dan Profesor Tamu seperti di Universiti Goethe, Frankfurt, Jerman. Beliau pernah menjadi Setiausaha Eksekutif dan kemudian Pengerusi Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengembangkan bahasa dan persuratan Melayu di peringkat antarabangsa. Atas jawatannya sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (2012-2016), beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Malaysia dan Ketua Perwakilan Malaysia dalam Sidang Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA).

YB Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Haji

Awang Sariyan

PJN, SMW, DSPN, KMN
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
20 Mac 2023 – 19 Mac 2026
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka
Memegang jawatan
22 Mei 2020
Didahului olehMohamed Hatta Shaharom
Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dalam jawatan
1 Februari 2012 – 31 Disember 2015
Didahului olehTermuzi Abdul Aziz
Digantikan olehAbdul Adzis Abas
Butiran peribadi
LahirAwang bin Sariyan
(1953-10-20) 20 Oktober 1953 (umur 70)
Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor
KediamanHulu Kelang, Selangor
PekerjaanAhli akademik

Beliau berpengalaman luas dalam bidang akademik dan pentadbiran, antaranya sebagai profesor bahasa di Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, penyandang kursi akademik (Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Beijing Foreign Studies sebanyak dua kali dan Kursi Za`ba Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan pengarah institut serta ketua pengarah agensi kerajaan. Beliau pernah menjadi profesor bahasa di enam buah universiti, termasuk di sebuah universiti di luar negara dan pernah menjadi Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia. Di agensi kerajaan, beliau merupakan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang ke-10 mulai 1 Februari 2012 sehingga 31 Januari 2016, setelah 22 hari menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Dasar (9 Januari - 31 Januari 2012). Jawatan kehormat yang pernah disandangnya ialah Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (22 Mei 2000-20 Mei 2023). Mulai Disember 2024, beliau dilantik menjadi Profesor Pelawat di Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia.

Awang telah dilantik sebagai ahli Dewan Negara bermula 20 Mac 2023 oleh Yang di-Pertuan Agong[1].

Biografi ringkas

sunting

Dilahirkan di Kampung Rambah dan dibesarkan di Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor dan mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Teluk Kerang dan Sekolah Agama Teluk Kerang, Pontian, Johor dan kemudian di Sekolah Menengah Teluk Kerang dan Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. ,Awang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Persuratan (Kepujian) serta Diploma Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977. Pada tahun 1984, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan kemudian memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang falsafah pendidikan bahasa dari universiti yang sama. Ia beralih daripada bidang perguruan apabila dilantik menjadi Editor dan kemudian Ketua Editor di Far Eastern Publishers International pada tahun 1977. Pada tahun 1978, beliau mula bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai editor Jurnal Dewan Bahasa dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Penyelidik Kanan (Bahasa). Dalam tempoh 1986-1988 beliau dipinjamkan ke Universiti Pertanian Malaysia sebagai pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Pengajian Pendidikan dan kemudian kembali ke DBP sebelum dilantik oleh Kementerian Pendidikan sebagai pensyarah dan kemudian Penolong Profesor Pusat Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa (1988-1997). Sesudah itu beliau menjadi Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Bahasa Universiti Brunei Darussalam, Profesor Madya Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pengarah Jabatan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, Profesor Bahasa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, Profesor Bahasa Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Profsor Penyandang Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Beijing Foreign Studies University, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Penyandang Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Beijng Foreign Studies University (kali kedua), Profesor Pengajian Dunia Melayu Institut Antarabangsa Falsafah dan Tamadun Islam (ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Penyandang Kursi Za`ba Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia. Awang juga bertugas sebagai pensyarah sambilan di Program Penulisan Kreatif dan Deskriptif, Jabatan Pengajian Melayu, dan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya dari 1978 hingga 2004, di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1977 hingga 1990-an, di Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebagai penghormatan, kerajaan melantik beliau menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (Mei 2020-Mei 2023) dan kemudian Senator, Ahli Dewan Negara Parlimen Malaysia bagi tempoh tiga tahun, bermula pada 20 Mac 2023.


Karya Awang meliputi puluhan buku ilmiah, buku umum, buku teks, buku kumpulan puisi dan kamus, ratusan rencana ilmiah dan umum dalam pelbagai jurnal, majalah, akhbar dan bab dalam buku, serta melebihi 200 kertas kerja seminar di dalam dan di luar negara, antaranya Australia, Brunei Darussalam, Indonesia, Jepun, Jerman, Kampuchea, Korea Selatan, Netherlands, Perancis, Republik Rakyat China, Rusia, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan United Kingdom. Sebahagian kertas kerja itu merupakan ucap utama, kertas kerja utama, syarahan dan kertas dasar.

Antara buku beliau termasuklah:

  • Asraf Raja Bahasa tanpa Mahkota (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2024)
  • Riwayat Pencinta Bahasa: Bahasaku Jiwaku (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2024)
  • Kesantunan Bahasa Etnik-etnik Utama di Malaysia (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2023)
  • Catatan Kembara: Islam di China (Penerbit Nuha, 2023)
  • Teras Pendidikan Bahasa Melayu (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2018)
  • Mencari Makna Diri Melayu, Renungan untuk Bangsaku (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2018)
  • Pemikiran Awang Sariyan dalam Pemartabatan Bahasa Melayu (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017)
  • Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2016)
  • Santun Berbahasa Edisi Kedua (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015)
  • Sintaksis Bahasa Melayu Bersumberkan Karya Sastera (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015)
  • Di Denai Kehidupan (Kumpulan Puisi) (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015)
  • Mencari Makna Diri (Kumpulan Puisi) (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2012, 2013)
  • Kesantunan Bahasa (Beijing Foreign Studies University, 2009)
  • Mencari Makna Diri Melayu: Renungan untuk Bangsaku Edisi Awal (PLM, 2009)
  • Falsafah dan Logika Melayu (Synergymate, 2007)
  • Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran dalam Linguistik (Sasbadi, 2007)
  • Santun Berbahasa (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007)
  • Tertib Mengarang (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007)
  • Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006)
  • Tuntunan Bahasa (Pearson, 2006)
  • Ujana Minda, Jilid 1 dan II (editor) (Sasbadi, 2006)
  • Ceritera Bahasa (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005)
  • Suara Pejuang Bahasa, editor bersama (Persatuan Linguistik Malaysia dan Dawama, 2005)
  • Hakikat Bahasa dan Realisasinya dalam Pembinaan Tamadun Bangsa (Persatuan Linguistik Malaysia, 2005)
  • Konsep Kesalahan Bahasa (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003)
  • Kesinambungan Bahasa dalam Sastera Melayu (Fajar Bakti, 1986)
  • Isu-isu Bahasa Malaysia (Fajar Bakti, 1985) - Pemenang Hadiah Bahasa PLM-Public Bank 1985
  • Kunci Bahasa Malaysia (Sasbadi, 1985)
  • Bahasa Malaysia Tingkatan 3 (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990)
  • Bahasa Malaysia Progresif Tingkatan 2 (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988)
  • Bahasa Malaysia Progresif Tingkatan 2 (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988)
  • Sejarah Malaysia Tingkatan 1 (Analekta, 1978)
  • Sejarah Malaysia Tingkatan 2 (Analekta, 1979)
  • Sejarah Malaysia Tingkatan 3 (Analekta, 1980)
  • Tatarakyat Tingkatan 4 (Analekta, 1979)
  • Tatarakyat Tingkatan 5(Analekta, 1980)
  • Kamus Bahasa Melayu KBSR (Fajar Bakti (1988, 1990)
  • Kamus Bahasa Malaysia, bersama Lutfi Abas (Pustaka Delta, 1987)
  • Belasan buku kecil/booklet dalam Siri Khazanah Bahasa (1980-an dan 1990-an) dan Siri Bicara Bahasa (1990-an hingga 2004)
  • Puluhan buku bimbingan peperiksaan Bahasa Melayu


Pencapaian di peringkat negara

sunting

Di peringkat negara, Dr. Awang pernah menjadi:

  • Pengerusi dan Anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM), iaitu badan tertinggi bahasa yang dilantik oleh Menteri Pendidikan
  • Anggota Jawatankuasa Bahasa Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Perunding di beberapa bahagian dalam Kementerian Pelajaran dan kementerian-kementerian yang lain, Dewan Bahasa dan Pustaka serta firma penerbitan;
  • Pemeriksa luar tesis pascasiswazah (Sarjana dan Doktor Falsaafah beberapa buah universiti seperti UKM, UM, UPSI, USM,UPM);
  • Editor perunding Jurnal Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka;
  • Hakim pelbagai pertandingan penulisan dan pengucapan awam (pernah menjadi Ketua Juri dan juri Pertandingan Antarabangsa Pidato Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri Malaysia);
  • Penatar bahasa dan penulisan di pelbagai jabatan kerajaan, firma swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.
  • Penyampai syarahan perdana, ucap utama, kertas kerja utama, kertas dasar dan kertas kerja pelbagai persidangan dan seminar tentang bahasa, pendidikan, falsafah, persuratan dan isu sosiobudaya.
  • Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (2000-2008) dan aktif dalam gerakan perjuangan bahasa, selain menganjurkan kursus bahasa dan penulisan untuk golongan profesional dan menganjurkan seminar di dalam dan di luar negara, serta menerbitkan buku dan jurnal bahasa.
  • diiktiraf sebagai seorang daripada 100 orang siswazah UKM yang cemerlang sempena Perayaan 35 tahun UKM (2006)dan biodatanya diterbitkan dalam buku "Pengiktirafan Kecemerlangan/A Tribute to Excellence)yang dilancrkan oleh Canselor UKM, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
  • dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Bahasa oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris sebanyak dua kali, Pusat Pengajian Pendidikan, Bahasa dan Tamadun Universiti Utara Malaysia, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia)

Pencapaian di peringkat antarabangsa

sunting

Di peringkat serantau dan antarabangsa, Dr. Awang pernah menjadi:

  • Wakil negara dan kemudian Ketua Perwakilan negara dalam Majlis Bahasa Brunei Darussalam–Indonesia–Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM);
  • Anggota Jawatankuasa Eksekutif MABM; dan
  • Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kegiatan MABM.
  • Profesor Tamu Pusat Pengajian Asia Tenggara, UniversitiGoethe, Franfkurt, Jerman (Musim gugur 2006 dan Musim bunga 2007).
  • Profesor Tamu Pusat Pascasiswazah Jurusan Linguistik,Universiti Sumatera Utara, Medan, Indonesia (2006 dan 2007)
  • Penatar Kursus Sebutan Baku dan Tatabahasa kepada guru Bahasa Melayu Singapura (1992-2004)
  • Penyelenggara bersama beberapa program ilmiah bahasa dan persuratan Melayu seperti persidangan dan seminar (termasuk di Australia, di Belanda, di Jerman, di Perancis, di Korea, di Indonesia, di Thailand, di Kampuchea, di Sri Lanka dan di Republik Rakyat China)
  • Pembentang kertas kerja utama, kertas kerja, syarahan dan panelis dalam seminar dan persidangan antarabangsa tentang bahasa, sastera, kebudayaan dan pendidikan (yang diadakan di Australia, di Belanda, di Brunei Darussalam, di Indonesia, di Jepun, di Jerman, di Kampuchea, di Korea Selatan, di Perancis, di Republik Rakyat China, di Rusia, di Singapura, di Sri Lanka, di Thailand dan di United Kingdom)
  • Editor Perunding dan Penjulis Residen Jurnal Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam.
  • Pemeriksa Luar Tesis Pascasiswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) National University of Singapore, National Institute of Education, Nanyang Technological University of Singapore dan Universiti Brunei Darussalam.
  • Menggerakkan program Kursus Bahasa Melayu untuk Pelajar Deakin University, Australia di Universiti Putra Malaysia (2005 dan 2006)

Sejak tahun 1992, Dr. Awang telah dilantik menjadi Perunding Seberang Laut Kementerian Pendidikan Singapura dalam bidang pengajaran bahasa Melayu (sebutan dan tatabahasa)dan pada tahun 2001-2006 sebagai perunding projek penyediaan bahan pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah Singapaura.

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (DBP), Ensiklopedia Malaysiana, Ensiklopedia Wikipedia telah memasukkan biografi beliau sebagai ahli bahasa. Buku Penghargaan Kecemerlangan (A Tribute to Excellence) 35 Tahun UKM memasukkan biografi beliau sebagai salah seorang bekas pelajar kumpulan awal UKM yang diiktiraf cemerlang. Namanya tersenarai juga sebagai ahli bahasa dalam Direktori Persatuan Pengajian Melayu Malaysia dan Direktori Penulis Malaysia DBP. Beberapa kajian ilmiah di peringkat sarjana muda dan sarjana sastera menjadikan sumbangan dan pemikiran beliau sebagai tajuk tesis.

Sejak awal tahun 2008, beliau menjadi Penyandang Pertama Kerusi Pengajian Melayu China yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dan Universiti Penganjian Asing Beijing (Beijing Foreign Studies University), Republik Rakyat China. Beliau dilantik kali kedua ke jawatan itu oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (Julai 2016-Mac 2018) sesudah tamat menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anugerah

sunting

Antara anugerah dan hadiah yang diperoleh oleh Dr. Awang termasuklah:

  • Hadiah Persuratan 10 Tahun UKM
  • Hadiah Penghargaan Dua Dekad Pengajaran UPM
  • Hadiah Bahasa PLM-Public Bank
  • Hadiah Tinta Kencana (Kategori Makalah Ilmiah) DBP
  • Anugerah Khidmat Cemerlang DBP
  • Profesor Kehormat Pendidikan Bahasa dan Kebudayaan Beijing Foreign Studies University (2012)
  • Ijazah Kehormat Doktor Keusasteraan World Academy of Arts, California (2013)
  • Anugerah Pejuang Bahasa Persatuan Linguistik Malaysia (2016)
  • Anugerah Tokoh Buku Negara UNESCO-KLWBC (2021)
  • Anugerah Peringatan Rabindranath Tagore, Motivational Strips Oman (2021)
  • Anugerah Penggiat Sastera Johor 2021
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Bidang Persuratan bersempena dengan Hari Kemerdekaan India Ke-75 (2022)
  • Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI 2023
  • Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Sultan Zainal Abidin (2023)
  • Profesor Emeritus Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (2023)
  • Kesatria Mangku Negara (Yang di-Pertuan Agong)
  • Seri Mahkota Wilayah (Yang di-Pertuan Agong)
  • Panglima Jasa Negara (Yang di-Pertuan Agong)
  • Darjah Seri Setia Negeri (Pulau Pinang)

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Bernama (20 Mac 2023). "16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara". Astro Awani. Dicapai pada 3 April 2023.