Ayam goreng Korea, juga dikenali sebagai chikin (Korea: 치킨, daripada perkataan bahasa Inggeris; chicken) di Korea merujuk kepada pelbagai hidangan ayam goreng yang dibuat serta diproses di Korea Selatan, termasuk huraideu-chicken (후라이드 치킨; "ayam goreng" serta ayam yangnyeom (양념 치킨; "ayam berbumbu").[1] Di Korea Selatan, ia dimakan sebagai makanan pembuka, anju iaitu makanan yang disajikan dan dimakan bersamam minuman atau sebagai makanan ringan.[2]

Ayam goreng Korea
Ayam goreng Banban (kiri: ayam yangnyeom; kanan: huraideu-chicken)
Nama alternatifChikin, 치킨
JenisHidangan ayam, Ayam goreng Sunting ini di Wikidata
Tempat asalKorea Selatan Sunting ini di Wikidata
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaDaging ayam Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ayam biasanya dibumbui dengan rempah, gula dan garam, sebelum dan sesudah digoreng rendam. Restoran ayam goreng Korea biasanya menggunakan ayam bersaiz kecil atau sederhana; ayam yang lebih muda akan menghasilkan daging ayam yang lebih lembut. Setelah digoreng, ayam biasanya dicelup dengan sos menggunakan tangan untuk melapisi ayam dengan lapisan nipis. Acar lobak dan bir atau minuman berkarbonat selalunya disajikan bersama dengan ayam goreng Korea.

Rujukan sunting

  1. ^ Kim, Violet (2015-06-22). "Watch your wing, KFC! Korean fried chicken (and beer) is here". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-11. Dicapai pada 2017-02-10.
  2. ^ Moskin, Julia (February 7, 2007). "Koreans Share Their Secret for Chicken With a Crunch". The New York Times. Dicapai pada March 4, 2013.