Ayie Ibrahim, merupakan seorang Penerbit, Pengarah Animasi, Animator dan Storyboard Artist dari Malaysia. Lahir pada 1976 dan dibesarkan di Johor, kini menetap di Kuala Lumpur. Beliau merupakan salah "key player" industri animasi Malaysia, dan mengasaskan Creatvtoon Studio & Training Centre. Beliau adalah pereka dan pelukis animasi yang memfokuskan Animasi 2D (2 Dimensi).

Mohamed Khairi bin Ibrahim
Nama lainAyie Ibrahim
PendidikanDiploma Lanjutan 2D

Diploma Lanjutan 3D

Ijazah Sarjana Kebudayaan & Industri Kreatif
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (2021)
Pekerjaan
  • Producer
  • Director
  • Animator
  • Storyboard Artist
  • Voice Actor
  • Animation Lecturer
Tahun aktif1995–present
OrganisasiCreaTVtoon Studio
Karya terkenal
The Pillar of Strength
AnugerahBest Animation Director, Malaysia Animation Award 2011

Pengenalan sunting

Menurut Amir Hamzah, Presiden Persatuan Animasi Malaysia, animasi 2D adalah salah satu daripada pelbagai genre penghasilan animasi di dunia. Animasi 2D berkehendakkan perekanya melukis helaian-demi helaian bagi menghasilkan ilusi pergerakan yang menghasilkan sesebuah persembahan animasi. Biasanya sesebuah animasi dimainkan dalam kiraan 12-25 frame sesaat (12-25 fps) untuk menyajikan satu persembahan animasi yang baik.

Sesebuah animasi yang baik memerlukan ketelitian penghasilan terutamanya memahami dan menguasai 12 prinsip animasi yang telah digariskan oleh penerbitan Walt Disney selain prinsip-prinsip asas pergerakan animasi yang lain. Di sinilah kehebatan dan keupayaan Saudara Ayie Ibrahim. Beliau sangat menguasai kemahiran animasi serta prinsip-prinsip animasi berkenaan. Maka tidak hairanlah sentuhan dan buah tangan animasi beliau sangat mahal dan sering menjadi contoh ikutan kepada penerbit animasi yang lain. Dengan kepakaran dan kehebatan beliau sepanjang menyusur arus Industri Animasi Malaysia, kini beliau adalah pengasas dan teraju utama di CreaTVtoon Sdn Bhd. Selain itu beliau juga menyumbang buah fikir dan kemahiran beliau melalui pendidikan dalam usaha meramaikan lagi pelapis dalam industri animasi terutamanya animasi 2D Malaysia.

Kerjaya Animasi sunting

Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1995, Ayie terus berkecimpung di dalam dunia animasi dengan menyertai produksi animasi Usop Sontorian dibawah bimbingan Ibrahim Anon @ Ujang. Beliau terus menerus belajar dan menimba ilmu melalui alam pekerjaan. Antara guru bagi beliau dalam animasi adalah Allahyarham Kamn Ismail dan Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon di penerbitan Kharisma Pictures (penerbit animasi Usop Sontorian).

Pada 1996, beliau berguru pula dengan Pak Hassan Abdul Muthalib melalui penerbitan animasi Silat Legenda sebuah Filem Cereka Animasi Pertama di Malaysia. Selain itu, sepanjang berkarya, nama Mike Ibrahim dan CD Hamdan juga tidak dapat dinafikan sebagai antara guru-guru beliau. Ayie terus aktif berkarya dan melibatkan diri dalam pelbagai produksi animasi dan studio.

Tahun 2003 hingga 2006 merupakan peluang beliau mengemudi produksi sebagai Pengarah Animasi. Ini melonjakkan nama beliau di persada industri animasi tempatan, seterusnya membuka peluang lebih luas kepada beliau untuk produksi animasi lain.

Berbekalkan kepakaran, skill dan pengalaman yang beliau perolehi, pada 2010 beliau mengasaskan CreaTVtoon Studio, sebuah produksi yang menyediakan perkhidmatan produksi seperti penyediaan fasa pra-produksi, rekabentuk produksi, papan cerita & animatic, animation production pipeline dan pasca produksi. Terbaharu pada 2020, beliau sedang mengusahakan penerbitan sebuah filem animasi pendek The Pillar of Strength, iaitu sebuah animasi mengangkat kehidupan pahlawan Iban sebagai sebuah khazanah baharu animasi tanah air. Filem animasi pendek ini mendapat anugerah dan perhatian dari festival filem & animasi dari dalam dan luar negara. [1]

Kerjaya Akademik sunting

Kepakaran dan pengalaman Ayie Ibrahim sepanjang berkecimpung di dalam industri animasi menjadikan beliau antara rujukan utama sebagai tenaga pengajar. Beliau mendapat tawaran mengajar secara sambilan di beberapa institusi pendidikan bermula 2009 hingga kini, 2021.


Tahun Institusi Pendidikan Jawatan Kursus
2009 - 2011 The One Academy,

Sunway & Penang

Pensyarah Jemputan Animasi 2D
2011 - 2013 Dasein Acedemy 0f Art,

Kuala Lumpur

Pensyarah Sambilan Animasi 2D
2016 - 2017 Point College,

Kota Damansara

Pensyarah Sambilan Projek Akhir Animasi
2017 - 2019 The One Acedemy,

Penang

Pensyarah Jemputan Animasi 2D
2009 - kini Fakulti Teater, Filem & Animasi,

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Pensyarah Kanan Animasi 2D.

Rekabentuk Karekter Animasi

2021 - kini CreaTVtoon Academy Pengasas, Master Trainer Animasi

Selain mengajar di institusi pendidikan awam dan swasta, beliau turut menyumbang pengetahuan, pengalaman dan kepakaran sebagai Panel Penasihat Industri, dan Panel Penilai Luar bagi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) di dalam bidang Animasi.

Pendidikan dan Akademik sunting

Dengan pengalaman, kepakaran yang beliau miliki beliau memperolehi Sijil "Certified Toon Boom Trainer" pada 2016. Pada tahun yang sama beliau menyambung pengajian di peringkat Diploma Lanjutan 2D, dan Diploma Lanjutan 3D (Tahap 5) di bawah kelolaan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pembelajaran sepanjang hayat menjadi tunjang inspirasi beliau. Walaupun sudah mempunyai kepakaran yang tinggi di dalam bidang animasi, beliau terus mencari ilmu. Beliau mendapatkan pensijilan APEL C daripada MQA, dan melayakkan beliau menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana. Ayie Ibrahim seterusnya melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Kebudayaan dan Industri Kreatif (Master of Cultural & Creative Industry) di Universiti Teknologi MARA (UiTM)


Filemografi sunting

Berikut merupakan senarai animasi bersiri dan filem sepanjang penglibatan beliau di dalam industri animasi.

Tahun Tajuk Studio Jenis Penglibatan
1995 - 1996 Usop Sontorian Kharisma Pictures Animasi Bersiri Junior Animator
1996 - 1998 Silat Lagenda Peninsula Animation Feature Film 2D Assistant Animator, & Lead Clean Up Artist
1999 - 2000 Putih Fine Animation Feature Film Character Layout Artist
2000 - 2003 Nestle Dumex 6 Plus TVC,

Dumex Honey TVC, Raid Insect Killer Campaign TVC, Staedtler Luna TVC , Kit Car Wax TV, Double Decker TVC, Nestle Chamyto TVC

Fat Lizard Iklan Komersil Televisyen 2D Animator, & Clean Up Artist
2003 - 2004 Johan The Young Scientist Inspidea Animasi Bersiri Pengarah Animasi
2005 - 2006 Mustang Mama Football Fever Inspidea Animasi Bersiri Pendek Pengarah Animasi
2007 - 2009 CJ the DJ KAPOW Pictures (Australia) & Vision Animation, (Malaysia) Animasi Bersiri Pengarah Animasi
2011 - 2012 Buzzy Bee Lion Rock Ventures (New Zealand) & Lemon Sky, (Malaysia) Animasi Bersiri Pengarah Animasi & Pelukis Papan Cerita
2013 - 2015 Truck Town Nelvana Production (Canada) & Lemon Sky, (Malaysia) Animasi Bersiri Pendek Penyelia Animasi & Penyelia Kesan Khas 2D
2013 - 2016 Zero Hero Creatvtoon Studios Animasi Bersiri Pendek Pencipta, Pengarah
2016 - 2017 The Adventures of Laok, Paok & Ulam One Step Digital Animasi Pendek Pencipta, Pengarah
2016 - 2017 Astrolology Lemon Sky Animasi Bersiri Pendek Pengarah Animasi
2016 Star Wars Lego Anima Vitae & Anima Point Animasi Pendek Konsultant
2017 - 2018 Astrolology Lemon Sky Animasi Bersiri Pendek Penyelia Papan Cerita & Animatic
2018 - 2019 KiddyZuzza (Season 2) WildBrain & Lil Critter Workshop Animasi Bersiri Penyelia Animatic
2019 - 2020 S.A.L.E.M.: The Secret Archive of Legends, Enchantments, and Monsters Surfer Jack (USA) Pilot Pengarah Animasi
2021 The Pillar of Strength Creatvtoon Studio Filem Pendek Penerbit, Pengarah, Penulis

Pencapaian & Anugerah sunting

Berikut merupakan pencapaian dan anugerah yang telah beliau terima sepanjang karier dalam industri animasi.

Tahun Anugerah Harta Intelek Kategori Peranan
2005 1st Runner up,

Super Pitch Competition, Singapore

Mustang Mama Animasi Pengarah Animasi
2010 Intellectual Property Creators Challenge (IPCC 2010) Animasi Pencipta, Pengarah
2011 Malaysia Animation Award 2011 Zero Hero Best 2D Animator Animator
2011 Malaysia Animation Award 2011 Zero Hero Best Animation Director Pengarah
2011 2nd Place

Animation "Super Pitch" IPCC Malaysia

Zero Hero Animasi Pencipta, Pengarah
2011 TBS DIGICON6 Regional Award Recognition
2012 Highest Votes Winner,

The Next Big Thing 'Bananana'

Zero Hero Pencipta, Pengarah
2015 Intellectual Property Creators Challenge (IPCC 2010) Animasi Pencipta, Pengarah
2018 1 st Prize Winner

‘StreetSmart’ Petronas Video Online Programme

Animasi
2020 Digital Content Creators Challenge (DC3) The Pillar of Strength Animasi Pencipta, Pengarah
2021 Official Selection,

Lift Off Global Network

The Pillar of Strength First-Time Filmmakers Pencipta, Pengarah
2021 Europe Film Festival The Pillar of Strength Best Animation Film November 2021 Penerbit, Pengarah
2021 Official Selection

Tbilisi 2nd International Short Film Internet Festival "Diogenes 2021"

The Pillar of Strength Video Art & Animation Penerbit, Pengarah
2021 Official Selection

Golden FEMI Film Festival Bulgaria

The Pillar of Strength Penerbit, Pengarah
2021 Indo-Singapore International Festival The Pillar of Strength Best Animated Short Penerbit, Pengarah
2021 Official Selection

Prix Du Festival Napoleon 2021

The Pillar of Strength Short Film Penerbit, Pengarah
2021 Honorable Mention

Cannes Short 2021

The Pillar of Strength Short Film Penerbit, Pengarah
2021 Official Selection

Larissa International Film Festival, Greece 2021

The Pillar of Strength Short Film Penerbit, Pengarah
2021 Award Winner

Golden Eagle Indie Film Festival 2021

The Pillar of Strength Best Animated Short Penerbit, Pengarah
2021 December Edition Winners

ARG International Film Festival

The Pillar of Strength Best Animation Penerbit, Pengarah

Pautan Luar sunting

Ayie Ibrahim di Pengkalan Data Filem Internet (IMDb)
Ayie Ibrahim di LinkedIn



  1. ^ Pencapaian & Anugerah