Aymeric Laporte

pemain bola sepak

Aymeric Jean Louis Gérard Alphonse Laporte (Sebutan bahasa Perancis: [ɛməʁik lapɔʁt]; lahir 27 Mei 1994) merupakan pemain bola sepak profesional yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Arab Saudi, Al Nassr dan pasukan kebangsaan Sepanyol.

Aymeric Laporte
Laporte pada 2023
Maklumat peribadi
Nama penuh Aymeric Jean Louis Gérard Alphonse Laporte[1]
Tarikh lahir (1994-05-27) 27 Mei 1994 (umur 29)[2]
Tempat lahir Agen, Perancis
Ketinggian 1.91 m (6 ka 3 in)[3]
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al-Nassr
Nombor 27
Kerjaya remaja
2000–2009 SU Agen
2009–2010 Bayonne
2010–2011 Athletic Bilbao
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2012 Basconia 33 (2)
2012 Bilbao Athletic 8 (0)
2012–2018 Athletic Bilbao 161 (7)
2018–2023 Manchester City 121 (8)
2023– Al Nassr 5 (0)
Pasukan kebangsaan
2011 Perancis B17 11 (1)
2011–2012 Perancis B18 9 (0)
2012–2013 Perancis B19 12 (1)
2013–2016 Perancis B21 19 (1)
2021– Sepanyol 24 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:54, 22 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:55, 12 September 2023 (UTC)

Selepas menyertai kelab Athletic Bilbao pada tahun 2010 semasa berumur 16 tahun, beliau menjadi pemain kedua Perancis selepas Bixente Lizarazu yang beraksi untuk kelab itu[4] sebelum beliau tampil dalam 220 perlawanan kompetitif dan menjaringkan sepuluh gol. Pada Januari 2018, beliau melakukan perpindahan ke Manchester City.[5] Beliau ialah sebahagian daripada pasukan yang mencapai "treble" domestik buat kali pertama dalam bola sepak Inggeris pada tahun 2019.

Laporte telah melakukan 51 kemunculan untuk pasukan belia Perancis.

Kerjaya kelab sunting

Athletic Bilbao sunting

Laporte telah dilahirkan di Agen, Aquitaine dan mempunyai darah Basque melalui moyangnya.[6] Beliau mula bermain bola sepak dan ragbi ketika berusia lima tahun dan memulakan perkembangannya di kelab SU Agen Football.[7][8][9] Pada tahun 2009, beliau telah dijemput untuk menyertai Athletic Bilbao selepas bakatnya diperhatikan. Melalui rundingan bersama pihak kelab, beliau menghabiskan masa selama satu musim bersama Aviron Bayonnais FC kerana beliau terlalu muda untuk berpindah keluar dari Perancis pada masa itu.

Laporte secara rasminya tiba di Bilbao pada tahun 2010 dengan menyertai pasukan belia Athletic di Lezama sekali gus telah menimbulkan pertikaian bahawa kemasukannya telah melanggar polisi kelab yang hanya berkait rapat dengan kawasan Basque.[10] Beliau seterusnya beraksi untuk kelab Basconia dan pasukan simpanan Athletic.[11] Pada 28 November 2012, beliau diber peluang untuk melakukan kemunculan sulungnya oleh pengurus Marcelo Bielsa.[12] Beliau beraksi sehingga wisel penamat dalam aksi kemenangan 2-0 ke atas Hapoel Irani Kiryat Shmona dalam kejohanan Liga Europa.[13]

Laporte melakukan penampilan pertamanya di La Liga pada 9 Disember 2012 dengan beraksi selama satu minit ketika pasukannya meraih kemenangan 1-0 ke atas Celta Vigo.[14] Beliau juga telah disenaraikan ke dalam kesebelasan utama pasukan pada minggu berikutnya dengan membantu pasukan Lions meraih keputusan yang sama ke atas Mallorca[15] sebelum beliau ditawarkan ke skuad utama tidak lama kemudian. Beliau juga telah menandatangani kontrak baru sehingga tahun 2015.[16] Pada 14 Januari 2013, beliau telah diberi jersi nombor 4 yang sebelum ini disarung oleh Ustaritz.[17] Pada hujung bulan, beliau telah memperbaharui kontraknya yang berlanjutan sehingga tahun 2016 yang disertakan klausa pelepasan bernilai 27.5 juta euro.[18]

Laporte menjadi tonggak utama pasukan di bawah kendalian jurulatih baru Ernesto Valverde. Beliau juga beraksi di posisi bek kiri dalam sesetengah perlawanan.[19][20][21] Beliau menjaringkan gol pertama dalam kariernya pada 28 Oktober 2013 dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menentang Getafe.[22] Pada penghujung kempen, beliau telah diundi untuk menjadi pemain dalam Pasukan Pilihan La Liga oleh wartawan dari Liga de Fútbol Profesional.[23][24]

Pada Jun 2015, Laporte melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2019 bersama klausa pelepasan sebanyak 50 juta euro.[25] Selepas mengalami kekalahan kepada Barcelona dalam aksi final Copa del Rey,[26] beliau beraksi dalam kedua-dua perlawanan Piala Super Sepanyol menentang lawan yang sama sebelum mereka meraih kemenangan. Pencapaian itu merupakan kejayaan pertama Athletic dalam mana-mana kejohanan untuk tempoh 31 tahun.[27][28]

Pada 13 Jun 2016, Laporte melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2020 bersama klausa pelepasannya yang meningkat sehingga 65 juta euro.[29]

Manchester City sunting

Menjelang penghujung jendela perpindahan musim sejuk pada Januari 2018, Laporte menyertai Manchester City dengan nilai perpindahan yang dilaporkan sebanyak 57 juta euro (jumlah kontraktual klausa pelepasannya serta meleburkan rekod bagi kedua-dua kelab yang terbabit). Beliau telah diberi jersi nombor 14[30] manakala Athletic melaburkan separuh daripada jumlah bayaran itu untuk membawa masuk Iñigo Martínez sebagai pengganti.[31] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Liga Perdana Inggeris pada hari berikutnya dengan beraksi sehingga wisel penamat ketika pasukannya menundukkan West Bromwich Albion 3-0.[32]

Laporte menjaringkan gol pertamanya untuk City pada 25 Ogos 2018 dengan menyamakan kedudukan perlawanan semasa menentang Wolverhampton Wanderers yang berakhir dengan keputusan seri 1–1.[33] Beliau seterusnya melakukan 51 penampilan ketika musim 2018–19 yang menyaksikan City melengkapkan "treble" dometsik pertama dalam sejarah bola sepak Inggeris iaitu Liga Perdana Inggeris, Piala FA Inggeris, Piala EFL dan ditambah lagi dengan Perisai Komuniti.

Pada 31 Ogos 2019, Laporte telah mengalmai kecederaan pada lutut kanannya yang memaksa beliau terpaksa diusung keluar.[34] Beliau menjalani pembedahan pada September 2019.[35]

Kerjaya antarabangsa sunting

Laporte telah mewakili Perancis di peringkat bawah-18, bawah-19 dan bawah-21[36] dengan menjadi kapten bagi tiap-tiap pasukan tersebut.[37] Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan bawah-19 yang bergelar naib-juara selepas tewas kepada Serbia dalam Kejohanan Eropah 2013 di Lithuania dan beliau telah dipilih ke dalam "Pasukan Pilihan Kejohanan".[38]

Pada 24 Mac 2016, semasa kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-21 2017 menentang Scotland di Angers, Laporte telah diusung keluar selepas fibula dan buku lali kanannya telah retak dan terkehel lalu menyebabkan beliau terpaksa menamatkan musim dengan lebih awal.[39] Sebelum itu iaitu pada Oktober 2015, beliau menyatakan hasratnya untuk mewakili Sepanyol sekiranya Perancis menolak penglibatannya untuk kejohanan UEFA Euro 2016.

Pada Ogos 2016, di bawah kendalian jurulatih baru Julen Lopetegui, Laporte telah memulakan proses untuk melayakkan dirinya mewakili pasukan Sepanyol.[40] Pada sebulan kemudian, beliau telah dipanggil oleh skuad senior Perancis untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Bulgaria dan Belanda pada bulan Oktober.[41] Beliau mengambil keputusan untuk tidak terus memohon kerakyatan Sepanyol untuk menumpukan aksi bersama Perancis.[42] Beliau tidak mengambil bahagian dalam kedua-dua perlawanan itu.

Pada Ogos 2019, beliau telah dipanggil oleh Perancis untuk menghadapi perlawanan kelayakan Euro 2020 menentang Albania dan Andorra.[43] Namun selepas dua hari kemudian, beliau mengalami kecederaan ketika beraksi untuk kelab lalu digugurkan daripada penglibatannya.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 26 Februari 2020
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Basconia 2011–12 33 2 33 2
  Bilbao Athletic 2012–13 8 0 0 0 8 0
  Athletic Bilbao 2012–13 15 0 0 0 2[b] 0 17 0
2013–14 35 2 3 0 38 2
2014–15 33 0 7 0 9[c] 0 49 2
2015–16 26 3 5 2 12[b] 0 2[d] 0 45 5
2016–17 33 2 4 0 6[b] 0 43 2
2017–18 19 0 1 0 10[b] 1 30 1
Jumlah 161 7 20 2 39 1 2 0 222 10
  Manchester City 2017–18 9 0 1 0 0 0 3[e] 0 13 0
2018–19 35 3 4 0 1 0 10[e] 2 1[f] 0 51 5
2019–20 7 0 0 0 0 0 1[e] 0 0 0 8 0
Jumlah 51 3 5 0 1 0 14 2 1 0 72 5
Jumlah kerjaya 253 12 25 2 1 0 53 3 3 0 335 17
  1. ^ Termasuk Copa del Rey dan Piala FA Inggeris.
  2. ^ a b c d Penampilan di Liga Europa UEFA
  3. ^ Tujuh penampilan di Liga Juara-Juara UEFA, dua penampilan di Liga Europa UEFA .
  4. ^ Penampilan di Piala Super Sepanyol.
  5. ^ a b c Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  6. ^ Penampilan di Perisai Komuniti FA.

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Athletic Bilbao
Manchester City

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ "List of Players under Written Contract Registered Between 01/01/2018 and 31/01/2018". The Football Association. m/s. 5. Dicapai pada 21 April 2018.
  2. ^ "Aymeric Laporte". 11v11.com. AFS Enterprises. Dicapai pada 11 July 2018.
  3. ^ "A. Laporte: Summary". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 17 June 2019.
  4. ^ "Athletic Bilbao makes easy work of Hapoel IKS". Fox Sports. 29 November 2012. Dicapai pada 8 December 2012.
  5. ^ "Laporte ya posa como jugador del Manchester City" [Laporte already posing as a Manchester City player]. ABC (dalam bahasa Spanish). Madrid. 30 January 2018. Dicapai pada 30 January 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Beltrán, Javi (25 July 2013). "Laporte: "Tengo sangre vasca por parte de mis bisabuelos"" [Laporte: "I have Basque blood through my great-grandparents"] (dalam bahasa Spanish). El Desmarque. Dicapai pada 11 April 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Karouri, Khaled (4 November 2012). "Entretien avec... Aymeric Laporte" [Interview with... Aymeric Laporte]. Foot Mercato (dalam bahasa French). Dicapai pada 26 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Aymeric Laporte, un Basque parmi les Basques" [Aymeric Laporte, a Basque among the Basques]. Only Football (dalam bahasa French). 14 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 12 July 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Biography – Athletic Bilbao signing and beginnings". Official website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-28. Dicapai pada 22 June 2017.
  10. ^ "Aymeric Laporte a "arrêté de regarder les papillons"" [Aymeric Laporte "stopped watching the butterflies"]. So Foot (dalam bahasa French). 26 September 2013. Dicapai pada 12 July 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ Rodríguez, Roberto (28 April 2012). "Aymeric Laporte, el cachorro más valioso" [Aymeric Laporte, most valuable pup]. La Vanguardia (dalam bahasa Spanish). Barcelona. Dicapai pada 15 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "De Bielsa à Guardiola: Laporte raconte ses mentors" [From Bielsa to Guardiola: Laporte tells his mentors] (dalam bahasa French). SFR. 25 February 2018. Dicapai pada 5 June 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Athletic post comfortable Kiryat Shmona win". UEFA. 28 November 2012. Dicapai pada 5 December 2012.
  14. ^ Melero, Delfín (9 December 2012). "El Athletic tiene suficiente con Aduriz" [Athletic have enough with Aduriz]. Marca (dalam bahasa Spanish). Madrid. Dicapai pada 10 December 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Aduriz wins it for Bilbao". ESPN Soccernet. 15 December 2012. Dicapai pada 16 December 2012.
  16. ^ "Laporte, jugador de la primera plantilla" [Laporte, first-team player] (dalam bahasa Spanish). Athletic Bilbao. 17 December 2012. Dicapai pada 21 January 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "Dorsal de Aymeric Laporte" [Aymeric Laporte's number] (dalam bahasa Spanish). Athletic Bilbao. 14 January 2013. Dicapai pada 21 January 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ Beato, Rafa (28 January 2013). "Laporte renueva hasta 2016" [Laporte renews until 2016]. Marca (dalam bahasa Spanish). Madrid. Dicapai pada 22 April 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "Valverde prueba a Laporte de lateral y Saborit de interior" [Valverde tries Laporte as fullback and Saborit as winger] (dalam bahasa Spanish). Liga BBVA. 6 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2013. Dicapai pada 22 October 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ Uriarte, M. (3 October 2013). "Charla de Valverde con Laporte" [Valverde lectures Laporte]. Marca (dalam bahasa Spanish). Madrid. Dicapai pada 12 December 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ García, Alberto (7 December 2013). "Un descanso para Laporte y entran Aduriz, Morán y Etxeita" [Rest for Laporte, in with Aduriz, Morán and Etxeita]. Mundo Deportivo (dalam bahasa Spanish). Barcelona. Dicapai pada 12 December 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  22. ^ "Laporte earns win for Bilbao". ESPN FC. 28 October 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2013. Dicapai pada 22 October 2016.
  23. ^ "The Liga BBVA team of the season". La Liga. 19 May 2014. Dicapai pada 24 January 2016.
  24. ^ Chesters, Heath (19 May 2014). "LFP reporters choose their La Liga 'Ideal Eleven' for 2013–14". Inside Spanish Football. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 January 2016. Dicapai pada 24 January 2016.
  25. ^ "Aymeric Laporte signs four-year deal to remain at Athletic Bilbao". ESPN FC. 5 June 2015. Dicapai pada 28 August 2015.
  26. ^ Lowe, Sid (30 May 2015). "Lionel Messi double gives Barcelona Cup final win over Athletic Bilbao". The Guardian. Dicapai pada 31 January 2018.
  27. ^ "Barcelona stunned 4–0 by Athletic Bilbao in first leg of Super Cup". ESPN FC. 14 August 2015. Dicapai pada 11 April 2016.
  28. ^ "Athletic Bilbao manage draw at Barcelona to win Spanish Super Cup". ESPN FC. 17 August 2015. Dicapai pada 11 April 2016.
  29. ^ "Aymeric Laporte signs new Athletic Bilbao contract until 2020". ESPN FC. 13 June 2016. Dicapai pada 14 June 2016.
  30. ^ "Aymeric Laporte: Manchester City sign French defender for club-record £57m". BBC Sport. 30 January 2018. Dicapai pada 30 January 2018.
  31. ^ "Athletic Bilbao sign Inigo Martinez to replace Aymeric Laporte". Goal. 30 January 2018. Dicapai pada 30 January 2018.
  32. ^ Henson, Mike (31 January 2018). "Manchester City 3–0 West Bromwich Albion". BBC Sport. Dicapai pada 31 January 2018.
  33. ^ McNulty, Phil (25 August 2018). "Wolverhampton Wanderers 1–1 Manchester City". BBC Sport. Dicapai pada 25 August 2018.
  34. ^ City fear Laporte out 'for a while' with knee injury, ESPN, 31 August 2019
  35. ^ "Aymeric Laporte: Manchester City defender has surgery on right knee". 4 September 2019 – melalui www.bbc.co.uk.
  36. ^ "Laporte, convocado para la sub 21 por Francia" [Laporte, called up to France under-21]. Mundo Deportivo (dalam bahasa Spanish). Barcelona. 27 February 2014. Dicapai pada 22 April 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  37. ^ "Athletic Bilbao's Aymeric Laporte would consider Spain call". ESPN FC. 7 October 2015. Dicapai pada 11 April 2016.
  38. ^ "Technical report" (PDF). UEFA. m/s. 18–19. Dicapai pada 11 April 2016.
  39. ^ De Menezes, Jack (25 March 2016). "Aymeric Laporte injury: Manchester City transfer plans dealt a blow as top target suffers fractured ankle". The Independent. London. Dicapai pada 11 April 2016.
  40. ^ Ortego, Enrique (30 August 2016). "Lopetegui 'ficha' a Laporte" [Lopetegui 'signs' Laporte]. Marca (dalam bahasa Spanish). Madrid. Dicapai pada 18 September 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  41. ^ "Équipe de France: Laporte arrive, Fekir revient" [France team: Laporte arrives, Fekir returns]. Le Figaro (dalam bahasa French). Paris. 29 September 2016. Dicapai pada 30 September 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  42. ^ "Aymeric Laporte: "Je pouvais prendre la nationalité espagnole, je ne l'ai pas fait"" [Aymeric Laporte: "I could take Spanish nationality, I did not do so"] (dalam bahasa French). BFM TV. 3 October 2016. Dicapai pada 16 June 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  43. ^ "Laporte included in France squad for Euro 2020 qualifiers". Yahoo Sports. 29 August 2019. Dicapai pada 29 August 2019.
  44. ^ "Aymeric Laporte: Overview". Premier League. Dicapai pada 17 May 2019.
  45. ^ McNulty, Phil (18 May 2019). "Manchester City 6–0 Watford". BBC Sport. Dicapai pada 18 May 2019.
  46. ^ McNulty, Phil (25 February 2018). "Arsenal 0–3 Manchester City". BBC Sport. Dicapai pada 25 February 2018.
  47. ^ McNulty, Phil (24 February 2019). "Chelsea 0–0 Manchester City". BBC Sport. Dicapai pada 24 February 2019.
  48. ^ Bevan, Chris (5 August 2018). "Chelsea 0–2 Manchester City". BBC Sport. Dicapai pada 7 August 2018.
  49. ^ "PFA Team of the Year: Paul Pogba, Raheem Sterling and Sadio Mane included in side". BBC Sport. 25 April 2019. Dicapai pada 25 April 2019.
  50. ^ "Rankings: How All 55 Male Players Finished". FIFPro World Players' Union. 23 September 2019.

Pautan luar sunting

Templat:Skuad Al Nassr FC