Azan Addin bin Abdul Wahab

Azan Addin bin Abdul Wahab atau juga dikenali sebagai Azan merupakan salah seorang dari anggota kumpulan Ruffedge.[1]

Azan Addin
Nama lahirAzan Addin bin Abdul Wahab
Juga dikenali sebagai
Azan
Kelahiran (1974-07-11) 11 Julai 1974 (umur 49)
Perak Perak
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi, Penggubah lagu
InstrumenVokal
Tahun aktif1998 - sekarang
Pengkarya berkait
Ruffedge, Al-Mawlid
PasanganSyazreen Shaik Rahmat (k. 2003)

Beliau juga merupakan salah seorang komposer bagi kumpulan Ruffedge. Di antara hasil karya beliau ialah lagu hit Ruffedge bertajuk Bila Rindu.


Kehidupan Awal

Dilahirkan pada 11 Julai 1974 di Ipoh, Perak, Malaysia. Ayah beliau Abdul Wahab Hashim merupakan seorang guru yang di akhir perkhidmatan merupakan salah seorang pengarah di Kementerian Pendidikan. Ibu pula seorang ahli masakan yang menjalankan perniagaan penyediaan makanan katering. Beliau merupakan anak ketiga dari lima adik-beradik.

Bakat awal beliau lebih cenderung kepada bidang senilukis yang menjurus kepada seni komik.

Abang kandung beliau turut terlibat dalam bidang seni iaitu Pot Amir (bekas anggota kumpulan Innuendo).


Kehidupan Peribadi

Setelah berkenalan semenjak tahun 1994 Azan akhirnya mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihannya Syazreen Shaik Rahmat pada 31 Ogos 2003 dan telah dikurniakan seramai lima orang cahayamata, tiga lelaki dan dua perempuan.


Kerjaya

Pernah bekerja sebagai pelukis komik di bahagian publikasi dan komik Anak-anak Sidek (J.A.S)

Kemudian pada tahun 1997 di bahagian publikasi dan komik di Keluang Man (UAS Animation Studios)

Tahun 1998 akhirnya beliau membuat keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada minat terhadap seni nyanyian bersama kumpulan yang ditubuhkan bersama kenalan-kenalan hip-hop dan r&b di arena “underground”. Kumpulan itu bernama Vibe pada asalnya ditukarkan nama kepada Ruffedge. Beliau beraksi bersama Ruffedge sehingga tahun 2009 apabila anggota-anggota kumpulan membuat keputusan untuk berehat.

Setelah kumpulan Ruffedge bercuti pada tahun 2009 beliau kemudian bersama beberapa orang rakan dari kumpulan Ruffedge, VE dan Innuendo bersama-sama menerajui kumpulan Al-Mawlid yang menyampaikan lagu-lagu kerohanian pada tahun 2010.

Pada tahun 2017, beliau kembali bersama Ruffedge dan terus beraksi sehingga kini.

Artikel utama: Ruffedge

The Masked Singer Malaysia

Pada hujung tahun 2023, beliau telah menyertai program realiti nyanyian The Masked Singer Malaysia musim keempat dengan mengenakan kostum berbentuk jagung yang diberi nama Abang Jagung. Beliau berjaya bertahan sehingga minggu keenam sebelum tersingkir.

Diskografi sunting

Album bersama Ruffedge
Album bersama Al-Mawlid
  • Al-Mawlid (2010)

Lihat juga:

Ruffedge

Rujukan sunting

  1. ^ "Zain tumpu dunia lakonan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 2017-08-12.

Pautan luar sunting