Buka menu utama
Bagi istilah yang sama dari sudut pandang Agama Yahudi, Nasrani dan Kristian, lihat Azazel.
Sebuah gambaran tentang Azazel dalam bentuk yang sangat dikenali, iaitu bentuk syaitan-kambing jantan, karya Collin de Plancy Dictionnaire Infernal (Paris,1825).

`Azâzîl (Arab: عزازل ‘Azāzīl, Inggeris: Azazel, Izazil) merupakan nama asli dari Iblis[1] yang merupakan ketua daripada bangsa jin,[2]sedangkan pendapat lain mengatakan bahawa nama asli bagi Iblis adalah al-Harits.[1] Menurut syariat Islam `Azâzîl adalah pemimpin kelompok syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Sebelum diciptakannya Adam, Azâzîl pernah menjadi Imam para Malaikat (Sayyid al-Malaikat)[3][4] dan Khazin al-Jannah (Bendaharawan Syurga), selama beberapa puluh ribu tahun sebelum menderhaka kepada Allah. Nama Azazil dapat ditemui dalam beberapa kitab tafsir, diantaranya dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir, (Mujallad I-1/76 – 77), Tafsir Al- Khozin – Tafsir Al- Baghowi (I-1/48).

Isi kandungan

EtimologiSunting

 
Gunung Azazil (Jabal Muntar) di Gurun Yudea, Suriah, yang dianggap sebagai tempat dimana Azazil dibuang ke bumi.

Perkataan Azazil merupakan bahasa Arab Kuno yang terdiri daripada dua suku kata iaitu Aziz (عزيز) yang bermaksud terhormat, berharga, sangat kuat dan (ال) Eil yang merupakan penamaan Allah pada zaman Arab Kuno. Azazil secara harfiah bermaksud Makhluk kuat Allah atau Makhluk terhormat Allah.

Azâzîl terdiri atas al-‘azâz yang bermaksud 'hamba' dan al-îl yang bermaksud 'Allah' . Perkataan al-‘azâz berasal daripada al-‘izzah yang bermaksud kebanggaan atau kesombongan atau dapat dimaksudkan sebagai mahluk yang membawa kesombongannya milik Allah. Dinamakan demikian kerana ia tercipta daripada api. Perkataan al-‘azâz (العزاز) terdiri daripada empat huruf, iaitu huruf ‘ain, zây, alif, dan zây yang kedua. Masing-masing huruf menunjukkan sepak terjang iblis, kerana setiap nama itu menunjukkan perbuatan pemiliknya.

Daripada huruf ‘ain muncul perkataan ‘ulluw ‘kesombongan’, daripada huruf zây muncul perkataan zuhw ‘sikap takabur’, daripada huruf alif muncul perkataan ibâ’ ‘penentangan’ dan istikbâr ‘sifat angkuh’. Kesombongan, sikap takabur, penentangan, dan sifat angkuh merupakan sifat-sifat yang dimiliki iblis. Inilah tafsir nama asli iblis iaitu Azâzîl.

JolokanSunting

Azâzîl terlalu banyak memiliki jolokan, seperti Sayid al-Malaikat dan Khazin al-Jannah.

Di setiap langit ia memiliki jolokan yang sangat bagus,[5] adalah :

  • Langit pertama ar-Rafii'ah, Ahli ibadah (al-Abid),
  • Langit kedua al-Maa'uun, Ahli ruku (ar-Raki),
  • Langit ketiga al-Maziinah, Ahli sujud (as-Saajid),
  • Langit keempat az-Zahirah, Selalu merendah dan takluk kepada Allah (al-Khaasyi),
  • Langit kelima al-Muniirah, Selalu ta'at (al-Qaanit),
  • Langit keenam al-Khaliishah, Bersungguh-sungguh dalam beribadah (al-Mujtahid),
  • Langit ketujuh al-Ajiibah, Sederhana dalam menggunakan sarana hidup (az-Zahid).

Wujud fizikalSunting

Sebelum Penciptaan AdamSunting

Sebelum dilaknat oleh Allah, Azâzîl memiliki wajah rupawan cemerlang, mempunyai empat sayap, banyak ilmu, terbanyak dalam hal ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyyuun, memiliki tempat dibeberapa langit, mendengarkan berita-berita rahasia Tuhan dan masih banyak lagi.

...dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang[6] barangsiapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya) (Al-Jin 9:72)

Setelah Penciptaan AdamSunting

Setelah ia enggan untuk bersujud kepada Adam, Allah memanggilnya Iblis dan mengubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan menjadi bentuk seperti babi hutan. Allah mengubah kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti ketel tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Pendapat kedua adalah, "Nur" atau cahaya iman telah ditarik balik dari wajah nya. Wajah nya masih sama seperti dahulu. Hanya tidak bercahaya.

Penangguhan UmurSunting

Azâzîl diberi umur sehingga pada hari kiamat. Dia janji untuk menyesatkan manusia sebanyak mungkin dan untuk menemaninya di neraka Jahannam kelak.

Permintaan Azâzîl kepada Allah:

Berkata iblis: Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan.(Al-Hijr, 15:36)

Lalu Allah menjawab:

Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka Jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya. (Shaad, 38:85)

Kisah AzazilSunting

Diriwayatkan, bahawa Malaikat Israfil telah membaca tulisan di Luh Mahfuz tentang seorang hamba Allah yang telah beramal ibadat kepada Allah selama lapan puluh ribu tahun, tetapi ibadatnya itu ditolak dan dia dilaknat oleh Allah. Nama hamba Allah itu tidak dijelaskan dalam catatan tersebut. Oleh sebab itu, Israfil terlalu dukacita dan menangis karena khuatirkan dirinya sendiri yang dimaksudkan dengan hamba Allah tersebut.

Para malaikat bertanya kepada Israfil untuk mengetahui kenapa dia menangis. Lalu Israfil menyatakan apa yang telah dilihatnya (dibacanya) di Luh Mahfuz itu. Para malaikat semuanya turut menangis. Masing-masing khuatir kalau-kalau keadaan yang amat malang itu akan berlaku ke atas diri mereka.

Dalam keadaan berdukacita itu, para malaikat itu tiba-tiba teringat kepada Azazil, hamba Allah yang terkenal dengan doanya yang paling mustajab. Lalu mereka mengambil keputusan untuk pergi meminta pertolongan kawan mereka yang bernama Azazil itu. Secara beramai-ramai mereka pergi menemui Azazil. Kepada Azazil mereka ceritakan masalah yang mereka hadapi itu dan seterusnya meminta Izazil berdoa supaya nasib yang malang itu tidak melibatkan mereka. Azazil pun berdoa untuk para malaikat itu, tetapi terlupa hendak mendoakan dirinya sendiri.

Sebenarnya, Azazil sendiri pernah melihat satu surat di atas pintu syurga yang mengisahkan tentang seorang hamba Allah, diantara hamba-hamba Allah yang Muqarrabin, yang enggan mematuhi satu perintah Allah. Lalu Azazil mengutuk hamba Allah yang ingkar itu, selepas memohon keizinan untuk berbuat demikian daripada Allah. Maka terlaknatlah hamba Allah itu selama seribu tahun. Tidak disangkanya, bahawa hamba Allah itu ialah dirinya sendiri.

Kedua-dua suratan yang tercatat di Luh Mahfuz dan di atas pintu syurga itu sebenarnya mengenai diri Azazil sendiri, yaitu apabila dia enggan mematuhi perintah Allah supaya sujud kepada Adam. Sejak itulah namanya diubah daripada "Azazil" kepada "Iblis", dan seterusnya, Iblis atau Azazil ditolak dari pintu rahmat Allah untuk selama-lamanya.

Azazel dalam pandangan KristenSunting

Rencana utama: Azazel

Azazel dalam Perjanjian Lama adalah kambing jantan yang akan digunakan sebagai korban untuk penghapus dosa. Upacara penyucian dosa ini pertama kali diberikan oleh Allah kepada Adam setelah manusia terjerumus ke dalam dosa, dan di lanjutkan kembali oleh Nabi Musa pada saat umat Israel keluar dari perbudakan bangsa Mesir. Imamat 16.

Kerana menentang hukum Allah menuntut nyawa dari si pelanggar. Darah yang melambangkan hutang nyawa orang yang berdosa yang kesalahannya ditanggungkan kepada korban, lalu dibawa imam ke dalam bilik yang kudus dan memercikannya di hadapan tirai penghubung, yang di belakangnya terdapat tabut perjanjian yang berisi hukum yang dilanggar oleh orang yang berdosa itu. Dengan upacara ini dosa-dosa melalui darah, dipindahkan secara simbolis ke tempat kudus. Dalam beberapa kes, darah tidak dibawa ke dalam bilik yang suci, tetapi dagingnya kemudian akan dimakan oleh imam, sebagaimana Musa memberi petunjuk kepada anak-anak Harun dengan mengatakan,"Tuhan memberikan kepadamu, supaya kamu mengangkut kesalahan umat." Imamat 10:17.

Dengan demikian dosa-dosa umat Israel dipindahkan. Sekali setahun, pada hari besar pendamaian, imam memasuki bilik yang maha kudus untuk membersihkan dan memulihkan tempat kudus. Pekerjaan ini dilakukan untuk mengakhiri pelayanan tahunan. Pada hari pendamaian dua ekor kambing jantan (=yang akan ditentukan bagi Azazel atau Mesias) dibawa ke pintu kemah suci, lalu dibuang undi bagi keduanya, sebuah undi bagi TUHAN, dan sebuah lagi bagi Azazel (pembuangan total).(Imamat 16:8). "Kambing yang terundi bagi Tuhan akan disembelih sebagai korban persembahan banyak orang.Dan imam akan membawa darahnya ke dalam tirai selubung, dan memercikan ke atas mezbah pedupaan yang dihadapan tirai selubunng.

Korban yang menjadi undi Mesias yang disembelih dan dagingnya dimakan itu merupakan lambang bahwa umat Israel sudah menjadi satu dengan Mesias yang selalu memuliakan hukum Allah dan darah yang di percik itu adalah darah yang menguduskan dan mendamaikan manusia dari dosanya.

Dan Harun harus meletakkan kedua tangannya ke atas kepala kambing jantan yang hidup itu dan mengakui di atas kambing itu segala kesalahan umat Israel dan segala pelanggaran mereka, apapun juga dosa mereka; ia harus menanggungkan semuanya itu ke atas kepala kambing jantan (Azazel) itu dan kemudian melepaskannya ke padang gurun dengan perantaraan seseorang yang sudah siap sedia dengan itu. Demikianlah kambing jantan itu (Azazel) harus mengangkut segala kesalahan Israel ke tanah yang tandus dan kambing itu harus dilepaskan di padang gurun (Imamat 16:21,22). Orang yang menggiringnya ke padang gurun harus membasuh dirinya dan pakaiannya dengan air sebelum kembali ke perkemahan.

Seluruh upacara itu dimaksudkan untuk memberi kesan kepada orang Israel mengenai kekudusan Allah dan kebencianNya kepada dosa. Dan lebih jauh, untuk menunjukkan kepada mereka bahwa mereka tidak boleh berhubungan dengan dosa tanpa menjadi cemar dan najis. Karena Allah tidak pernah sedikitpun mengijinkan dosa, walaupun umatNya sering melakukan amal dan berprilaku sangat baik, hanya dengan setitik dosa saja manusia tetap tidak berkenan di hadapan Allah.

Lihat jugaSunting

Nota kakiSunting

  1. ^ a b Ibnu Abbas berkata: "Nama Iblis tersebut adalah `Azâzîl." Sedangkan dalam sebuah riwayat yang diriwayatkan darinya disebutkan bahawa nama Iblis tersebut adalah al-Harits. Kisah para Nabi & Rasul karya Ibnu Katsir, hal.26, penulis Abu al-Fida` Ahmad bin Badruddin, 5 September 2011, Penerbit Pustaka as-Sunnah, Jakarta.
  2. ^ Abul Jan disebut Iblis kerana menentang perintah Allah ketika diperintahkan untuk bersujud dihadapan Adam.
  3. ^ Sayyidul Malaikat
  4. ^ Azâzîl sebagai Sayyidul Malaikat
  5. ^ akan tetapi ia tetap sahaja konotasinya adalah sebagai penggoda manusia, diantaranya Julukan Azazil
  6. ^ Yang dimaksudkan dengan sekarang, ialah waktu sesudah Nabi Muhammad s.a.w. diutus menjadi rasul.

RujukanSunting

  1. Tafsir Nama Iblis di situs kampusislam.com
  2. Kisah Azazil disitus akmaliah.com

Templat:Makhluk-legendaris-stub