Azean Irdawaty

Pelakon dan penyanyi veteran Malaysia

Azean Irdawaty Yusoef (27 Februari 1950 - 17 Disember 2013) ialah seorang pelakon Malaysia yang mula mencipta nama sebagai penyanyi era 1970-an dan kemudian meledak sebagai primadona layar perak akhir 70-an dan awal 80-an.

Azean Irdawaty
AzeanIrdawaty.png
Azean dalam satu sesi fotografi pada 2011, semasa bertarung dengan kanser.
Kelahiran
Azean Irdawaty binti Yusoef

(1950-02-27)27 Februari 1950
Meninggal dunia17 Disember 2013(2013-12-17) (umur 63)
Sebab kematianTumor, limfedema
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lainKak Yan
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1979–2013
PasanganKhairil Anwar Z.M Rashidi
Anak2 (termasuk Benjy)

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Yan, meninggal dunia pada Selasa 17 Disember 2013 akibat penyakit tumor dan limfedema.[1]

Kehidupan awalSunting

Beliau dilahirkan pada 27 Februari 1950 di Alor Setar, Kedah.

KerjayaSunting

Azean Irdawaty, mencipta nama di layar perak pada akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an. Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Pertama pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982 pada FFM3.

Sepanjang penglibatannya dalam seni, beliau banyak berlakon filem termasuklah filem Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan.

Beliau juga dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008. Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, beliau turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

KematianSunting

Azean Irdawaty yang menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema. Pelakon itu yang sering keluar masuk hospital sebelum ini menghidap penyakit kanser payudara sehingga ia menjadi kritikal apabila ia merebak kepada barah tumor.

Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 8.30 malam Selasa, 17 Disember 2013 di depan suaminya, Khairil Anwar dan juga anak-anak.

Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Kayu Ara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada hari Rabu. Beliau meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1979 Esok Masih Ada Faridah Filem pertama
1981 Perjanjian Syaitan Ribut
Mama Oh Mama Ani
1982 Langit Petang Ruby
1988 Perempuan Mahani
1991 Bintang Malam
1995 Amelia Najihah
1996 Sutera Putih Shalin
1997 Gemerlapan Ibu Mimi
Layar Lara Auntie Zai
Baginda Cikgu Azean
1999 Burung Besi My Lady
2000 Anaknya Sazali Maria
2003 Laila Isabella Datin Jasmine
2005 Kemarau Cinta
Anak Mami Kembali Mak Bee
2006 Main-Main Cinta
Diva Popular Julia Gautiasana Larva
2007 Waris Jari Hantu Tok Wan Rimau
Otai Puan Farah
Nana Tanjung 2 Mami Jay
2009 Talentime Embun Filem terakhir

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1975 Dadah TV1
1978 Aku Anak Wayang
1983 Panggilan Pusara Kakak bergandingan dengan Uji Rashid-adik ipar & Allahyarham Mustaffa Noor- Adik
1999 Idaman Datin Ruby Astro Ria
2003 Orang Gaji 41 Azizah TV3
2004 Sephia
2005–2006 Salina
2006 Mya Zara Datin Aisyah Pelakon undangan
2007 Datin Diaries Datin Mary

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1985 Satu Pegangan
1990 Tackle Suami TV3
Hanya Kerana Aku Seorang Perempuan TV1
1997 Kompromi
2003 Aduhai Esah Ibu Esah TV3
Kondo Madu
Aisah Lima Puluh Sen Aisah Astro Ria
2004 Orang Gaji 2 (Bomoh) VCD
Tanah Kubur Datin Yvonne Astro Ria
2011 Hati Seorang Ibu Mak Som Astro Prima

DiskografiSunting

  • Rahsiaku Laguku (WEA - 1979)
  • Kesedihan Di Matamu (WEA - 1980)

Anugerah dan pencalonanSunting

RujukanSunting

  1. ^ Muzaffar Mustapa (18 Disember 2013). "Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 18 Disember 2013.

Pautan luarSunting