YBhg Datuk Azhar bin Azizan @ Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun adalah bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang telah dilantik pada 21 September 2018[1] lalu. Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan dalam bidang undang-undang dan adalah seorang peguam secara profesion. Pada 13 Julai 2020, beliau mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[2]

YBhg Datuk

Azhar bin Azizan @ Harun

PJN
Datuk Azhar Azizan @ Harun.jpg
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Memegang jawatan
13 Julai 2020
Didahului olehMohamad Ariff Md Yusof
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Dalam jawatan
21 September 2018 – 29 Jun 2020
Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
Tun Dr Mahathir Mohamad
Didahului olehChe Mohd Hashim Abdullah
Digantikan olehDatuk Abdul Ghani Salleh
Butiran peribadi
LahirAzhar bin Azizan @ Harun
(1962-10-26) 26 Oktober 1962 (umur 57)
Kampung Sanglang, Kedah
PasanganDatin Simla Bidi Abdul Gani
HubunganIdrus Harun (abang)
Alma materUniversiti Malaya (LLB)
King's College London (LLM)
ProfesionPeguam

KerjayaSunting

Beliau bermula sebagai pengamal undang-undang selepas menyertai firma Allen & Gledhill pada 1987, seterusnya di Tetuan KH Koh, Azhar & Koh pada 1992. Selepas itu, beliau telah berkhidmat dengan pelbagai firma guaman terkemuka termasuklah, Tetuan Khaw & Hussein, Tetuan TH Su & Partners, Tetuan Lamin & Co, Tetuan Hisham Sobri & Kadir, Tetuan Shafee & Co dan Tetuan Cheang & Ariff (firma milik Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof). Beliau juga adalah peguam bela dan peguam cara di Tetuan Azhar & Goh.[3]

Azhar telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada 21 September 2018 selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu.[4]

Selepas kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan pada 2020, beliau telah dicalonkan oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Perdana Menteri Malaysia untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu dan memenangi undian sebanyak 111 undi berbanding menentang adalah 109 undi pada 13 Julai 2020 lalu.[5]

PenghargaanSunting

RujukanSunting

  1. ^ Azhar Azizan lawyer appointed chairman-KSN
  2. ^ "Parlimen: Art Harun Speaker baharu". 13 Julai 2020. Dicapai pada 13 Julai 2020.
  3. ^ KSN press conference on appointment of Chairman
  4. ^ -Art Harun's lawyer appointed chairman
  5. ^ Azhar Azizan was appointed Speaker of the new House of Representatives
  6. ^ Tengku Maimun keharvest 795 Medal recipient