Azhar Idrus

Penceramah bebas Malaysia

Ustaz Azhar Idrus (lahir 12 Februari 1964) ialah seorang penceramah bebas Malaysia. Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena serta pekat dengan slanga Terengganu.


Azhar Idrus
KelahiranUstaz Azhar Idrus
(1964-02-12) 12 Februari 1964 (umur 56)
Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Nama lainUAI
PekerjaanPendakwah bebas
Kampung asalKuala Terengganu
Pasangan3
Anak7
Laman webwww.ustazazharidrus.com

Kehidupan awal dan pendidikanSunting

Ustaz Azhar Idrus lahir pada 12 Februari 1964 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Ustaz Azhar mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6. Oleh yang demikian, beliau tidak pernah belajar ke Sekolah Arab, Sekolah Pondok, Madrasah atau Sekolah Agama. Hakikatnya, Azhar Idrus tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang pengajian Islam.

Beliau telah mendapat pendidikan agama secara talaqqi dengan beberapa orang guru agama di sekitar Kuala Terengganu[1]. Antaranya ialah:

  • Guru pertama: Tuan Guru Haji Syed Mokhtar - Tamat lebih kurang 40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi
  • Guru kedua: Tuan Guru Mohd Tahir - Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah
  • Guru ketiga: Tuan Guru Mohd Hakim - Mula mendalami kitab-kitab bahasa arab seperti Nahu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh
  • Guru keempat: Tuan Guru Haji Hasyim - Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh
  • Guru kelima:  Tuan Guru Haji Ibrahim Mesir - Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah
  • Guru keenam: Tuan Guru Haji Muhammad Zubir - Mendalami ilmu fiqh & nahu
  • Guru ketujuh: Tuan Guru Haji Mohd Zain (Pondok Lubuk Pandan) - Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh

KerjayaSunting

Ustaz Azhar sebelum ini ialah seorang pemain gitar dalam satu kumpulan muzik sekitar Kuala Terengganu[perlu rujukan] dan sempat mengadakan beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik, bukannya untuk mencari glamor. Beliau pernah menjadi guru muzik pada tahun 1985.

Beliau juga seorang jurugambar yang baik. Oleh itu beliau mesra dan serasi dengan orang muda. Ceramah beliau yang disertai pelawak Zizan Raja Lawak cukup menarik perhatian ramai. Beliau turut aktif di internet seperti di http://ustazazhar.net/ dan fotografi di http://www.digitalmukmin.com/.

Ustaz juga aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.[2] Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau sendiri pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah atau pondok guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang bekas ketua kumpulan “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali, kawannya ini telah berubah dengan perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkah lakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar agama di Patani selama "kehilangannya". Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi seperti rakannya juga, maka Ustaz Azhar pun mula mendalami ilmu agama.

Kehidupan peribadiSunting

Ustaz Azhar telah berkahwin dan mempunyai tiga isteri serta tujuh anak.[3][4]

Pada 4 November 2019, Ustaz Azhar patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh basikal ketika perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pusara. Sebelum kejadian itu, beliau menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah di sekitar bandar raya Kuala Terengganu.[5] Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika UAI dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum basikal ditungganginya tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terjatuh atas jalan. Beliau dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan[6] dan dibenarkan keluar dari hospital selepas keadaan fizikal beliau pulih sepenuhnya.[7][8]

BibliografiSunting

  • Azhar Idrus (2011). Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa. Malaysia: PTS Islamika. ISBN 978-967-366-102-2.
  • Azhar Idrus (2012). Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat. Malaysia: PTS Islamika. ISBN 978-967-366-164-0.
  • Azhar Idrus & Kartunis Athool (2013). Ustaz Azhar Idrus Live!. Malaysia: Telaga Biru Sdn. Bhd. ISBN 978-967-388-114-7.
  • Azhar Idrus (2014). Deme Wasap, Ambe Reply. Malaysia: PTS Publishing House. ISBN 978-967-411-368-1.
  • Azhar Idrus & Halim Hafidz (2015). Tazkirah Senafas. Malaysia: PTS Publishing House. ISBN 978-967-411-514-2.
  • Azhar Idrus (2015). Jihazul Madihah (Persiapan yang Terpuji). Malaysia: PTS Publishing House. ISBN 978-967-411-585-2.
  • Azhar Idrus & Imran Burhanuddin (2015). Fotografi Gaya Mukmin. Malaysia: PTS Publishing House. ISBN 978-967-411-706-1.

FilemografiSunting

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Kemang-Keming UAI Dirinya sendiri Astro Oasis

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2013 Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang Dirinya sendiri

RujukanSunting

  1. ^ Biodata Ustaz Azhar Idrus Bookcafe
  2. ^ Fenomena Ustaz Azhar Idrus Harakah Daily. Dicapai pada 14 Disember 2015.
  3. ^ Preacher's wives stand by him despite scandal The Star Online (27 Oktober 2014). Dicapai pada 14 Disember 2014.
  4. ^ Zalikha Ameera (26 Oktober 2014). UAI’s wives staying strough tough times The Rakyat Post. Dicapai pada 14 Disember 2014.
  5. ^ Ahmad Rabiul Zulkifli (4 November 2019). Ustaz Azhar Idrus patah tangan dan hidung Berita Harian. Dicapai pada 14 Disember 2019.
  6. ^ Azhar Idrus jalani pembedahan lengan Malaysiakini (5 November 2019). Dicapai pada 14 Disember 2019.
  7. ^ Ahmad Rabiul Zulkifli (11 November 2019). Ustaz Azhar Idrus keluar wad hospital hari ini Berita Harian. Dicapai pada 14 Disember 2019.
  8. ^ Rahayu Mustaffa (11 November 2019). Ustaz Azhar Idrus dibenar keluar wad Sinar Harian. Dicapai pada 14 Disember 2019.

Pautan luarSunting