Azharuddin Abdul Rahman

Dato' Sri Azharuddin Abdul Rahman adalah mantan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) . Berusia 60 tahun berasal dari Temerloh, Pahang. Azharuddin merupakan seorang jurutera dan mengetuai DCA sejak 2008.

Isu dan kontroversi sunting

Beliau berhadapan tugas berat mengendalikan tragedi misteri kehilangan pesawat MH370 MAS pada Mac 2014 sehingga kini. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Operasi Menyelamat penerbangan MH370.[1]

Kemudian beliau berhadapan dan mengendalikan kes pesawat MH17 MAS yang ditembak dan jatuh terhempas di Donetsk, Ukraine.[2]

MH370 sunting

Ketika berhadapan dengan tragedi MH370 , beliau memberikan sidang akhbar di beberapa tempat di Kuala Lumpur. Taklimat dan sidang akhbar berhadapan dengan wartawan tempatan dan media asing yang ingin maklumat lanjut dan tepat tentang MH370. Di Hotel Sama-Sama atau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sidang media diadakan bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. Sidang akhbar turut diberi atau disertai oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Hishammuddin Tun Hussein, Abdul Aziz Kaprawi, Abdul Rahim Bakri dan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.[3] Pertemuan turut diadakan dengan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Rod Smith dan Ketua Pesuruhjaya Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Martin Dolan kerana rakyat Australia turut menjadi mangsa selain China, Amerika Syarikat, Indonesia dan lain-lain. Duta Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting turut hadir kerana ramai waris dari China yang penuh emosi mahukan jawapan segera.[4] Misteri MH370 terus menjadi bualan dan kecaman media massa. Contohnya akhbar China, South China Morning Pos yang tidak puas hati dengan kehadiran rakyat Iran dalam pesawat MH370.[5]

MH17 sunting

Meletak jawatan sunting

Pada 31 Julai 2018, beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Malaysia berkuatkuasa 14 Ogos 2018. Beliau telah berkhidmat selama 40 tahun di dalam industri penerbangan sama ada untuk domestik mahupun antarabangsa.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Global focus also on DCA, The Star, Dicapai pada 11 Mac 2014
  2. ^ MH17: Liow, delegasi Malaysia tiba di Kiev
  3. ^ Masa semakin suntuk cari MH370
  4. ^ "Malaysia yakin petunjuk dari Australia, [[Utusan Malaysia]], Dicapai pada". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-12. Dicapai pada 2014-07-20.
  5. ^ MH370 conspiracies: what happened to the missing plane? The Week Dicapai pada 9 Mac 2020
  6. ^ Azharuddin resigns as Civil Aviation Authority Director General, New Straits Times Dicapai pada 31 Jukai 2018