Azi Shahril Azmi (lahir pada September 20, 1985) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama pasukan Perlis FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Azi Shahril Azmi
Maklumat peribadi
Nama penuh Azi Shahril Azmi
Ketinggian 1.74 m (5 ka ​8 12 in)
Posisi permainan Tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Perlis FA
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006- Perlis FA 00 (4)
Pasukan kebangsaan
2005-
2008
2006-
Malaysia Malaysia B-23
Malaysia Malaysia
Malaysia Malaysia

1 (0)[1]
6 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 7 Mac, 2009
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20 Oktober, 2008

Azi membuat penampilan pertama bersama pasukan utama Malaysia ketika menentang New Zealand pada 23 Februari 2006 sebagai pemain gantian. Dia juga diberi tugas selaku ketua pasukan menggantikan ketua pasukan yang tercedera, Shukor Adan ketika perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2007 menentang Myanmar.

Azi turut membuat penampilan bersama pilihan Malaysia atau Malaysia XI ketika menentang Chelsea F.C.. Pada perlawanan tersebut, Malaysia XI tewas 0-2. Selepas perlawanan berakhir, pemain utama Chelsea Frank Lampard datang bertemu Azi dan memberikan jersinya kepada Azi.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Bukan perlawanan FIFA 'A'
  2. ^ "Azi's moments with Lampard". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-13. Dicapai pada 2008-08-31.

Pautan Luar sunting