Buka menu utama

BiodataSunting

Azilah lahir pada 28 Mac 1976 di Sarikei, Sarawak memegang kad pengenalan 760328-13-6051. Ibunya bernama Latiffah Abdullah (55).Beliau anak sulung daripada 12 adik-beradik. Mendapat pendidikan hingga tahap Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sarikei.Oleh kerana dia berasal dari keluarga miskin, dia terpaksa membawa ibu bapanya yang sudah tua dan tidak bekerja tinggal di Sepang , Selangor berdekatan Balai Polis Sepang, tempat beliau bertugas.

Azilah masih bujang tetapi mempunyai seorang anak angkat lelaki 4 tahun bernama Muhammad Azizul Azilah Hadri. Azizul memanggil Nor Azila sebagai mummy manakala Azilah pula sebagai abah.

Azilah sudah bertunang dengan Norazila Baharudin (29). Dalam pada itu atau sebelum itu mempunyai seorang kekasih iaitu Ani (Lans Koperal Rohaniza Roslan yang ketika itu bertugas di Cawangan D7 IPD Petaling Jaya)

Sebelum ditangkap , Azilah tinggal di mes bujang Bukit Aman.

Kegemaran Azilah ialah 'window shopping'(bersiar-siar di pusat beli-belah) dan berhibur namun dalam masa yang sama dia suka berpuasa. Menurut DSP Zainudin lagi, ketika ditahan reman, Azilah berpuasa setiap hari.Azilah juga asyik dengan permainan Sudoku. Hal ini terbukti ketika Lans Koperal Rohaniza memberikan keterangan, dia tunduk dan leka bermain Sudoku. Kerana kelekaan itu juga dia tidak menunjukkan sebarang emosi sungguhpun ketawa kecil ketika kekasihnya, Lans Koperal Rohaniza menjadikan kerusi Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin sebagai tempat permulaan ukuran bagi menjelaskan keterangannya.

KerjayaSunting

Azilah pernah bekerja di Johor sebelum menjadi polis.Setelah tamat latihan, tugas pertama Azilah ialah sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah di IPD Sepang sebelum diserapkan di cawangan Unit Tindakan Khas(UTK) Bukit Aman pada 8 Januari 2003 sehingga sekarang.

Dalam UTK dipecahkan banyak unit. Antara unit-unit itu adalah unit keselamatan kepada menteri dan Azilah dari unit keselamatan kepada Timbalan Perdana Menteri. Azilah bertugas sebagai OCBG (Officer in Charge Body Guard) kepada TPM. OCBG adalah ketua kepada unit ini. Ini bermakna, Azilah sebagai OCBG ialah ketua kepada unit ini.

Dalam UTK, Azilah berada dalam Gerakan Unit Selam Tempur (combat diver) setelah unit ini ditubuhkan pada Mac 2006. Menurut ACP Mastor, ketika dalam UTK, dia tidak pernah mendapat sebarang aduan mengenai Azilah yang ketika itu berpangkat Inspektor Percubaan sehinggalah dinaikkan pangkatnya kepada Cif Inspektor.

DSP Zainudin menyatakan bahawa Azilah yang bertugas sebagai pengawal pengiring Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan tugasnya malah berasa seronok kerana kerap dapat ke luar negara.

Perbicaraan di mahkamahSunting

Azilah (32) dan Sirul Azhar (36) dituduh membunuh Altantuya, ketika itu berumur 28 tahun di lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735 di atas bukit Puncak Alam Mukim Bukit Raja, Shah Alam, Selangor antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Jika sabit kesalahan, pertuduhan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwaraya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup dan Hanim Rashid. Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar. Sirul diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Merican dan Ahmad Zaidi Zainal. Razak diwakili oleh peguam Wong Kian Kheong. Peguam Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo dan Ram Karpal Singh pula bertindak peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya.

Pada 31 Oktober 2008, Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin di Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak Baginda kerana tidak ada prima facie. Tetapi Azilah dan Sirul diperintah membela diri pada 10 November 2008 kerana ada prima facie. [1]

Tiada bukti di Puncak AlamSunting

Pada malam 19 Oktober 2006 ketika Altantuya diletupkan di Puncak Alam, tiada bukti DNA dan saksi Azilah berada di sana. Sebaliknya beliau berada di Bukit Aman mengambil pistolnya.[2]

Rekod panggilan dari CelcomSunting

Rekod transaksi Celcom itu adalah sahih dan tidak boleh dipertikaikan. Penganalisis Teknologi Maklumat Celcom Malaysia Berhad (Celcom), Syed Mustaqim Syed Yusoff, tidak memanipulasi data di dalam log berkenaan seperti yang didakwa peguam Azilah, J Kuldeep Kumar, kerana semua data itu datang daripada ibu sawat (switch) Celcom dan ia tidak boleh diubah suai. [3] Log telefon Azilah pula menunjukkan transaksi yang selari dengan rekod penggunaan kad touch n go dan smart tag milik Sirul Azhar sehingga ke tempat kejadian di Puncak Alam [4].

Keterangan tidak dipaksaSunting

Azilah yang berkhidmat sebagai pegawai polis selama sembilan tahun dengan pengalaman enam tahun sebagai pegawai penyiasat dan tiga tahun di Unit Tindakan Khas (UTK), Bukit Aman, dan dia tahu mengenai haknya sebagai suspek ketika berada dalam tahanan. Beliau tidak pernah didera, diugut, dimaki dan dipaksa untuk membuat pengakuan berhubung kes itu oleh pegawai polis yang menyoal siasatnya, Deputi Superintendan (DSP) Zainudin Abdul Samad .Azilah tidak membuat laporan polis terhadap Zainudin. [5] 16 November 2007 di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur.

Berlegar di Hotel MalayaSunting

Azilah dan Sirul Azhar turut dilihat berada di tempat penginapan mangsa di Hotel Malaya pada hari sama Azilah bertemu dengan Abdul Razak di pejabatnya di Bangunan Getah Asli Jalan Ampang di sini dan wujud komunikasi antara mereka ketika Azilah membawa mangsa dari pekarangan rumah Abdul Razak pada 19 Oktober 2006 (malam sama mangsa hilang).


Keterangan Koh ditolakSunting

Keterangan Cif Inspektor Koh Fei Cheow tidak berwibawa dan ditolak. Kononnya Azilah boleh mencari tempat kejadian perempuan Mongolia itu dibunuh dan menunjukkan tempat perempuan itu diletup serta ditembak. Perlakuan dan tindakan Azilah menunjukkan tempat kejadian bunuh kepada polis amat meragukan.

Perintah membela diriSunting

Perbicaran di mahkamah selama 151 dari 4 Jun 2008 hingga 27 Jun 2008 melibatkan 84 saksi dan 6,000 halaman nota prosiding dan hujah bertulis pendakwaan dan pembelaan yang perlu diperiksa. Antara saksi yang dipanggil ialah pegawai penyiasat, pakar bom, pakar senjata api, ahli kimia, forensik, pegawai perubatan dan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) serta kakitangan Celcom.[6]

Pada 31 Oktober 2008, Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin di Mahkamah Tinggi Shah Alam menerima keterangan bercanggah yang diberikan oleh Lans Koperal Rohaniza Roslan dan Deputi Supritendan Mohd. Yusri Hassan Basri. Yusri ialah anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman . Percanggahan itu berlaku kerana pembunuhan berlaku 10 bulan sebelum itu. Namun keterangan Rohaniza dan Yusri adalah berwibawa.

Azilah dan Sirul Azhar mempunyai tiga pilihan untuk membela diri iaitu memberi keterangan bersumpah, memberi keterangan dalam kandang tertuduh atau berdiam diri.Kedua-duanya memilih untuk memberi keterangan bersumpah. Dengan itu tertuduh boleh diperiksa balas oleh pendakwaan. Keterangan yang diberikan dalam kandang tertuduh pula tidak akan diperiksa balas oleh pendakwaan.

Jika tertuduh memilih berdiam diri, tertuduh akan disabitkan dan dihukum mengikut penalti yang ditetapkan dalam seksyen yang tertuduh didakwa. Dalam kes ini, hukumannya ialah mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. [7]

Peguam bela Peguam Datuk Hazman Ahmad akan memangil tujuh saksi, iaitu Ketua Jabatan Digital Forensik di CyberSecurity Malaysia (NISER), Dr Aswami Fadillah Mohd Ariffin; DSP Musa Mohd Safri, bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Brickfields, DSP Idris Abdul Karim serta tiga anggota polis lain dan seorang lagi teman wanita Azilah, Norazila Baharudin. Peluang Azilah bebas tuduhan membunuh Altantuya adalah “50-50”. [8]

Peguam bela Kamarul Hisham akan memanggil semula Balasubramaniam dan pengendali serta penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin untuk memberi keterangan berkaitan akuan bersumpah mereka. [9] Semua saksi berwibawa dan kelemahan teknikal akan digunakan bagi membebaskan Azilah Hadri.

Akuan bersumpah Raja Petra KamaruddinSunting

Hazman selaku peguam bela Azilah Hadri akan memanggil penulis blog Raja Petra Kamarudin yang sedang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau telah membuat akuan bersumpah mengaitkan seorang ahli politik kanan dan isterinya dalam pembunuhan itu. Surat mohon kebenaran akan dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar .

Akuan bersumpah P BalasubramaniamSunting

Hazman juga akan memanggil semula penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk memberikan keterangan. Balasubramaniam membuat akuan bersumpah serupa tetapi menarik balik akuan itu tiga hari kemudian dalam satu lagi akuan bersumpah.

RujukanSunting