Azimat Maut adalah tiga objek sihir dalam buku Harry Potter dengan Azimat Maut oleh J. K. Rowling. Dalam novel tersebut, mereka dikaitkan dengan nama ini hanya apabila mereka disebutkan secara keseluruhan. Tiga objek itu ialah Tongkat Elder, Batu Kebangkitan dan Jubah Halimunan. Dalam novel itu dikatakan sesiapa yang mampu mengumpulkan ketiga-tiganya mampu "mengalahkan maut".

Lambang Azimat Maut yang mewakili ketiga-tiga objeknya: Tongkat, Batu dan Jubah.

Menurut Rowling, kisah ini muncul "mungkin" berdasarkan kisah "The Pardoner's Tale" oleh Geoffrey Chaucer.[1]

Lambang Azimat Maut sunting

Azimat Maut wakili di dalam novel sebagai sebuah bulatan tertutup di dalam segi tiga sama sisi yang ditengahnya mempunyai garisan menegak. Bulatan itu mewakili Batu Kebangkitan, segi tiga pula mewakili Jubah Halimunan manakala garisan itu mewakili Tongkat Elder[HP7] Disebabkan lambang ini sering digunakan oleh Gellert Grindelwald, ahli sihir jahat sebelum zaman Harry Potter, ramai yang menyangka bahawa ia adalah lambang Grindelwald.[HP7] Ketika perkahwinan Bill dan Fleur Weasley, sebagai contoh, Viktor Krum terkejut dengan Xenophilius yang memakai lambang ahli sihir yang membunuh datuknya enam puluh tahun sebelum itu.

Ahli sihir yang didapati menggunakan lambang ini sunting

Dalam buku, ahli sihir jahat Gellert Grindelwald menayangkan lambang itu ketika dia berkuasa.[HP7] Albus Dumbledore, pengetua sekolah sihir yang dihadiri Harry, juga pernah menggunakan lambang itu sebagai tanda tangannya (i.e., lambang itu boleh mewakili huruf "A" dalam "Albus"). Dumbledore enggan menggunakannya lagi selepas tidak mahu mencari Azimat lagi. Xenophilius Lovegood turut memakai lambang itu di lehernya ketika majlis perkahwinan Bill Weasley dan Fleur Delacour sebagai menandakan bahawa dia mempercayai cerita begitu.[HP7]

Tempat atau barang yang didapati mempunyai lambang ini sunting

Dalam novel, lambang ini muncul dalam buku cerita kanak-kanak sihir, Kisah Beedle Si Pujangga, tertera di bahagian atas muka surat "Kisah Tiga Beradik",[HP7] dan juga di dinding Institut Durmstrang, salah sebuah sekolah sihir, yang telah diukir oleh Gellert Grindelwald.[HP7] Lambang yang sama juga tertera di sebuah kubur Godric's Hollow iaitu di nesan leluhur Harry Potter, Ignotus Peverell, yang telah dilawati Harry di dalam novel.[HP7] Juga, lambang itu diukir pada cincin Marvolo Gaunt, yang mempunyai "Batu Kebangkitan" dan diwarisi turun-temurun dalam keluarganya oleh Cadmus Peverell, yang menunjukkan bahawa dalam kisah Harry Potter, Lord Voldemort dan Harry Potter adalah saudara jauh melalui keluarga Peverell. Walau bagaimanapun, Rowling telahpun menyatakan bahawa semua keluarga sihir memang berhubung kait.

Legenda Azimat Maut sunting

Kisah Tiga Beradik sunting

Menurut novel, Albus Dumbledore meninggalkan Hermione Granger sebuah buku lama yang bertajuk Kisah Beedle Si Pujangga di dalam wasiatnya. Apabila Hermione melihat buku itu, dia mendapati satu lambang pelik yang tertera pada sehelai muka surat. Untuk mengetahui maknanya, Harry Potter, Ron Weasley dan Hermione Granger melawat Xenophilius Lovegood. Xenophilius Lovegood memberitahu mereka bagaimana tiga orang adik beradik berjalan melalui sebuah hutan dan berhadapan sebatang sungai yang seluas mata memandang. Memandankan mereka merupakan ahli sihir, ketiga-tiga beradik itu menjelmakan jambatan dengan sihir dan menyeberanginya dengan selamat ke seberang sungai. Maut, yang dinyatakan dalam bentuk manusia, sangat marah kerana ditipu oleh mereka yang sepatutnya menjadi mangsa, tetapi berpura-pura megucapkan tahniah kerana kemahiran mereka. Sebagai balasan, Maut menawarkan mereka ganjaran kerana mampu mengatasinya. Abang yang sulung meminta sebatang tongkat yang akan memenangi sebarang perlawanan. Pada keesokan harinya, si abang yang sulung itu mengadakan pertarungan dan menang. Dia meraikannya dan menginap di rumah tumpangan buat satu malam tetapi ketika tidur, terdapat seseorang yang menyelinap masuk ke dalam biliknya dan membunuhnya. Tongkat itu dinamakan Tongkat Elder — ia dimiliki oleh Albus Dumbledore hinggalah kematiannya. Abang yang tengah meminta sebiji batu yang mampu membangkitkan mereka yang telah mati. Da menerima sebiji batu daripada Maut dan menggunakannya untuk menyeru orang yang tersayang, yang telah mati tidak berapa lama dahulu. Masalahnya ialah dia tidak berada di tempat yang sepatutnya dan dia tidak gembira. Abang yang tengah itu membunuh dirinya untuk bersama dengan yang tersayang. Batu itu dikenali sebagai Batu Kebangkitan, dan telah dijadikan cincin dan dimilik oleh Marvolo Gaunt. Adik yang bongsu pula meminta barang yang membuatkan Maut tidak dapat mengikutinya dan Maut memberikannya jubah halimunan yang dipakainya. Ia kemudian dikenali sebagai Jubah Halimunan. Harry telahpun mempunyai jubah itu yang telah diwarisi turun-temurun yang bermaksud dia adalah keturunan Ignotus Peverell.

Pengenalan Tiga Beradik sunting

Selepas Hermione melihat lambang Azimat Maut pada kubur Ignotus Peverell di Godric's Hollow, Harry kembali teringat Marvolo Gaunt yang bangga bahawa cincinnya mengandungi jata keluarga Peverell, mereka sedar bahawa adik-beradik itu ialah adik-beradik Peverell; Antioch (sulung), Cadmus (tengah), dan Ignotus (bongsu). Harry percaya dia merupakan keturunan Ignotus, kerana jubah itu diwarisi dalam keluarganya. Roh Albus Dumbledore juga mengesahkannya apabila berjumpa dengan Harry. Sebab yang sama juga merujuk kepada Voldemort, yang juga ahli keluarga Gaunt, sebagai keturunan Cadmus. Rowling mengesahkan bahawa Harry dan Voldemort sebenarnya berhubungan dengan keluarga Peverell, kerana kebanyakan keluarga masyarakat sihir mempunyai leluhur yang sama.[2]

Penemuramah: Dengan membaca tentang pemilik asal Azimat Maut, adik beradik Peverell, saya tertanya jika Harry dan Voldemort adalah saudara jauh: datuk Voldemort, Marvolo Gaunt mempunyai Batu Kebangkitan.
J. K. Rowling: Ya, Harry dan Voldemort adalah saudara jauh melalui keluarga Peverell. Sudah tentu, hampir kesemua keluarga sihir berkaitan, jika kamu jejaki balik berkurun sebelumnya. Setelah jelas dalam Azimat Maut, darah Peverell akan mengalir dalam banyak keluarga ahli sihir.

Pencarian Azimat sunting

J. K. Rowling mendedahkan dalam satu temuramah bahawa salah satu tajuk bagi Azimat Mauts ialah Harry Potter dan Pemburuan Peverell. Sepanjang sejarah novel, banyak ahli sihir mencari-cari Azimat berlegenda dalam apa yang dirujuk oleh Xenophilius sebagai Pemburuan. Jelasnya, tidak ramai yang berjaya menjumpai Azimat Maut. Mereka, apapun, tiada bukti tentang kedudukan Azimat dan tiada buktipun tentang kewujudan mereka.

Azimat sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Online Chat Transcript". Bloomsbury. 2007-07-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 2007-07-31. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "JK Rowling web chat transcript now online". MuggleNet. Jul 30th 2007. Dicapai pada 2008-02-27. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)


Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

The Sorcerer's/Philosopher's Stone buku filem
The Chamber of Secrets buku filem
The Prisoner of Azkaban buku filem
The Goblet of Fire buku filem
Order of the Phoenix buku filem  
The Half-Blood Prince buku filem  
The Deathly Hallows buku filem pertama dan kedua  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku