Aziz Desa

Pengacara TV, wartawan, ahli perniagaan dan aktivis pelancongan Malaysia

Abdul Azid Desa, juga lebih dikenali sebagai Aziz Desa (lahir 15 Januari 1965)[1] merupakan seorang pengacara TV, wartawan, ahli perniagaan dan aktivis pelancongan Malaysia. Beliau dikenali dalam bidang pengacaraan dengan sikap ramah, petah dan jiwa Melayu yang tinggi dengan bait-bait ayat perangsang, "Cermin-cerminkan diri anda" .[2] Antara program TV popular kendaliannya ialah Malaysia Hari Ini dan Seulas Pinang di TV3 dan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Beliau juga mengacarakan slot "Jejak Kasih" yang yang cukup ditunggu-tunggu penonton suatu ketika dahulu dan antara ayat yang sering diungkapkan ialah "Yang jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang mesra kita serasikan".

Aziz Desa
Aziz Desa pada 2011.
Kelahiran
Abdul Azid bin Desa

(1965-01-15) 15 Januari 1965 (umur 59)
Pekerjaan
Tahun aktif1985–kini
PasanganRaden Nor Azlina Raden Jumari (k. 1990)
Anak-anak
  • Mas Zharif Zhafri Abdul Aziz
  • Mas Zahiah Zafirah Abdul Azid
  • Mas Zhafir Zhikri Abdul Azid
  • Mas Zhamir Zhakwan Abdul Azid
  • Mas Zhaeim Zhiddin Abdul Azid
  • Mas Zhiddin Zhiddan Abdul Azid
SaudaraAzri Desa (adik)

Beliau memilih untuk menetap di Langkawi bersama keluarganya dan mengendalikan perniagaan sendiri. Pada tahun 2014, beliau disahkan menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang.

Kehidupan peribadi sunting

Aziz dilahirkan pada 15 Januari 1965 di Mukim Kuah, Langkawi, Kedah. Beliau berkahwin dengan Raden Norazlina Raden Jumari pada 1990 dan dikurniakan enam anak—Mas Zharif Zhafri, Mas Zhaiah Zhafirah, Mas Zhafir Zhikri, Mas Zhamir Zhakwan, Mas Zhaiem Zhiddin dan Mas Zhiddin Zhiddan. Anak sulung beliau, Mas Zharif Zafri turut mengikut jejak langkah beliau dalam bidang penyiaran dan kini berkhidmat sebagai wartawan penyiaran di TV9.

Kerjaya sunting

 
Aziz Desa di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama.

Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai wartawan di akhbar Berita Harian dari tahun 1985 hingga 1987, dan kemudiannya menyertai TV3 sebagai pengacara rancangan Seulas Pinang bersama Datin Seri Normala Samsudin. Beliau juga antara pengacara terawal di rancangan bual bicara pagi TV3, Malaysia Hari Ini pada 1994, sebaris dengan nama-nama besar seperti Omar Abdullah, Mahadzir Lokman dan Hasbullah Awang. Beliau juga pernah menjadi pegawai media kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.[3]

Aziz pernah berkhidmat sebagai pengacara bersama Astro Oasis melalui rancangan Zuriat Kita dan Dahsyat 13. Profilnya dalam bidang penyiaran juga pernah dilebarkan sebagai penyampai radio di Radio Langkawi, yang merupakan kampung halamannya. Beliau juga seorang ahli perniagaan berjaya dan menguruskan dua buah syarikat, Aziz Desa Holidays & Consultancy dan Media Glokal Sendirian Berhad. Beliau pernah menjawat sebagai Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Centre (KTC) selama empat bulan pada 2012 sebelum meninggalkan pusat itu antaranya atas faktor kesihatan.[4]

Pengalaman kerja sunting

  • Penerbit kanan (siaran langsung) Jabatan Majalah TV3.
  • Pengurus media dan komunikasi kepada bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid.
  • Pengurus program pelancongan pelajar dan pembangunan perniagaan Malaysia Travel Business, anak syarikat Pempena, milik Tourism Malaysia.
  • Juruhebah Radio Pelancongan Langkawi, (kini Langkawi FM).
  • Juruacara, pengerusi dan fasilitator lebih 2,000 acara dan majlis peringkat negeri dan kebangsaan termasuk membabitkan keraian peringkat istana negara dan kerajaan.
  • Pengacara rancangan Seulas Pinang, Malaysia Hari Ini, segmen Jejak Kasih di TV3
  • Perantara rancangan Forum Perdana Ehwal Islam, Cermin Desa dan Hati-Hati Balik Kampung di RTM.
  • Pengarah Media dan Komunikasi Korporat Buraq Oil.

Kematian sunting

Aziz meninggal dunia pada Ahad, 27 Disember 2015 di kediamannya di Taman Seri Dayang, Mukim Kuah, Langkawi, akibat masalah buah pinggang kronik, kencing manis dan jantung, pada 50 tahun. Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya ke Masjid Al-Hana, Kuah pada jam 4:45 petang dan tiba di Masjid Al-Tasnim Kampung Bayas pada jam 5:15 petang untuk disembahyangkan.

Jenazah Allahyarham dikebumikan pada jam 6:20 petang selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bayas, yang juga kampung halamannya. Difahamkan, sebelum menghembuskan nafasnya terakhir, Allahyarham Aziz sempat bercuti bersama keluarganya di Phuket, Thailand.[5]

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Raden Nor azlina Raden Jumari dan 6 orang anak yang berusia 15 hingga 22 tahun.

Kredit televisyen sunting

TV3 sunting

  • Seulas Pinang
  • Al-Kuliyyah
  • Jendela Pagi
  • Malaysia Hari Ini (segmen Sekapur Sireh dan Jejak Kasih)

TV9 sunting

RTM sunting

  • Forum Perdana Ehwal Islam
  • Cermin Desa
  • Hati-Hati Balik Kampung

Astro Oasis sunting

  • Dahsyat 13
  • Zuriat Kita[6]

Bernama TV sunting

  • Hello Bernama

Siri TV sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Othman, Hamzah (27 Disember 2015). "Aziz Desa meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 2016-05-15.
  2. ^ Mustaza, Aqmar (28 Disember 2015). "'Cermin-cerminkan diri anda' tagline gamit nostalgia". Sinar Harian. Dicapai pada 16 Mei 2016.
  3. ^ Ismail, Saodah (8 Julai 2014). "Cerita Aziz Desa yang sudah lama menyepi..." Agenda Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-16. Dicapai pada 15 Mei 2016.
  4. ^ Sinar Harian, Wartawan (27 Disember 2015). "Aziz Desa kembali ke Rahmatullah". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Mei 2016.
  5. ^ Nasiruddin, Nazmil (28 Disember 2015). "Aziz Desa sempat bercuti bersama keluarga". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Mei 2016.
  6. ^ "Zuriat Kita suntik kesedaran". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-15. Dicapai pada 25 Mei 2010.
  7. ^ "Pi Mai Pi Mai Tang Tu - Lambaian Kasih". YouTube. Dicapai pada 2017-03-14.

Pautan luar sunting