Aziz Harun

Penyanyi lelaki Brunei

Abdul Aziz Harun (Jawi: عزيز هارون; lahir 2 Disember 1998) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Brunei Darussalam.

Aziz Harun
Nama lahirAbdul Aziz bin Harun
Kelahiran (1998-12-02) 2 Disember 1998 (umur 25)
Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
GenrePop
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif2014–kini
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia (2014-2019)
Faithful Music
Universal Music Malaysia (2019-kini)
Pengkarya berkait
Elizabeth Tan, Hannah Delisha, Siti Nordiana, Faizal Tahir, Wany Hasrita

Beliau mula dikenali menerusi single pertama beliau di Malaysia iaitu "Senyum" yang dikeluarkan pada tahun 2014. Pada tahun 2019, beliau merupakan salah seorang daripada 12 peserta Big Stage musim kedua.

Kehidupan awal sunting

Aziz merupakan anak bongsu daripada enam adik beradik[1] dan berasal dari Brunei Darussalam. Beliau juga pernah bersekolah di Sekolah Antarabangsa Jerudong, Brunei.

Kerjaya sunting

Aziz mula aktif dalam bidang nyanyian sejak berusia tiga tahun dan beliau banyak terdedah dengan dunia muzik terutama nyanyian daripada keluarga beliau.[2] Pada tahun 2014, Aziz telah mengeluarkan single pertama beliau di Malaysia berjudul "Senyum". Lagu ini yang telah membuatkan beliau popular di kalangan peminat di Malaysia.

Pada 22 September 2017, Aziz telah kembali dengan lagu baharu yang diberi judul "Jangan" selepas setahun tidak mengeluarkan sebarang lagu. Hal ini demikian kerana, Aziz sedang sibuk fokus kepada pelajaran di peringkat A-Level sepanjang tempoh setahun tersebut[3].

Aziz bakal berehat sebentar dalam bidang nyanyian setelah membuat keputusan melanjutkan pelajaran ke UK (United Kingdom) bermula September 2019. Beliau yang ketika ini sedang menuntut Ijazah Sarjana Muda di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya akan terbang ke UK menjelang tahun kedua pelajaran September ini. Namun, beliau mengatakan ini bukan bermaksud ia akan berhenti berkarya dan akan tetap menghasilkan lagu di masa hadapan [4].

Aziz kini bernaung di bawah pengurusan syarikat Universal Music selepas berada bawah syarikat Warner Music sejak 2014.[5]

Aziz menyertai program realiti hiburan Big Stage musim kedua sebagai peserta yang akan mewakili negara kelahiran beliau iaitu Brunei[6]. Namun, Aziz telah menarik diri dari pertandingan tersebut setelah mendapat tawaran sambung belajar [7].

Pada 13 Disember 2019, Youtube akaun rasmi Faithful telah memuat naik lagu baru dari Aziz Harun yang bertajuk "Kembali".[8]

Big Stage (musim 2) sunting

Persembahan dan keputusan
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Sendiri & Cover "Jauh" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Hype Beat "Seberapa Pantas" Sheila on 7 TERSELAMAT
Minggu 3 Glocal Hits "Beautiful" Bazzi & Camila Cabello MENARIK DIRI

Diskografi sunting

Single sunting

Tahun Tajuk Album Nota
2012 "Peace and Harmony" Tiada album single
2013 "Never Gonna Stop"
2014 "Senyum"
2015 "Beautiful"
2016 "Mama" menampilkan Elizabeth Tan
2017 "Jangan"
2018 "Hana" menampilkan Hannah Delisha & OST Alamatnya Cinta
2019 "Jauh"
"Menuju Baitullah" menampilkan Siti Nordiana, Wany Hasrita dan Hannah Delisha
"Kembali"
2020 "Chica"
"Dua Puluh Dua Puluh"
2021 "Sayang Kau Tercipta"
2022 KAN
2023 Too Good at Telling Lies menampilkan Karazey
2023 011
JARAK Yang Benar, Aziz Harun menampilkan Aisha Retno
Hanya Mahukan Bye Yang Benar, Aziz Harun

Album sunting

Tahun Tajuk
2023 Yang Benar, Aziz Harun

Sebagai artis yang ditampilkan sunting

Tahun Tajuk Album Ruj.
2020 "IFWYV" (Asmai menampilkan WAZ, Swanz, Aziz Harun) Confessions [9]

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2019 Big Stage 2 Peserta Astro Ria mewakili Brunei

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Mami Jarum Kembali Haikal Filem pertama
TBA Tanah Kubur Aieman Dalam perancangan
Nur Irfan Dalam perancangan
Vektor Daniel Dalam perancangan
Farid Maliq Dalam perancangan

Rujukan sunting

  1. ^ Aziz pertaruh Senyum. hmetro. Dicapai pada 22 Julai 2019.
  2. ^ Aziz Harun ayah letak syarat. utusan. Dicapai pada 22 Julai 2019.
  3. ^ Aziz Harun fokus nyanyian sebelum masuk universiti. utusan. Dicapai pada 26 Julai 2019.
  4. ^ Aziz Harun kejar bekas kekasih sampai ke UK. mstar. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  5. ^ 'Hijrah' Aziz Harun. Diarkibkan 2019-08-10 di Wayback Machine kosmo. Dicapai pada 10 Ogos 2019.
  6. ^ Big Stage kembali, BBNU Korea Selatan jadi tumpuan. mstar. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  7. ^ Drama Big Stage bermula, Aziz Harun umum tarik diri… “Saya tengok muka awak dah pucat” mstar. Dicapai pada 12 Disember 2019.
  8. ^ Kembali - Aziz Harun (Official Lyric). faithful. Dicapai pada 23 Disember 2019.
  9. ^ ASMAI - IFWYV feat. WAZ, Swanz, Aziz Harun (Official Music Video) Mancientry Original Film Youtube.

Pautan luar sunting