Datuk Abdul Aziz Singah (3 Oktober 1941 – 1 Julai 2016) merupakan pelakon lelaki Malaysia yang bergiat aktif di televisyen dan filem. Dengan kerjayanya yang bertahan selama lima dekad, beliau telah membintangi lebih 500 drama dan 13 filem sepanjang hayatnya.[1]


Aziz Singah
Kelahiran
Abdul Aziz bin Singah

(1941-10-03)3 Oktober 1941
Meninggal dunia1 Julai 2016(2016-07-01) (umur 74)
Sebab kematianKanser prostat
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Bongek Acheh Rembau
PekerjaanPelakon, penyampai radio, suara latar, penerbit
Tahun aktif1965–2016
Terkenal keranaPJ Holdings, Maria Mariana & Impian
Pasangan
Anak-anak6 (termasuk Bob Singah)
Ibu bapaPrebet Singah Ujid (bapa)

Kehidupan dan kerjaya

sunting

Dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan, Aziz meniti kehidupan ketika kanak-kanak tanpa belaian seorang bapa.[2] Dalam temuramah pada Ogos 1998, beliau menceritakan yang bapanya seorang askar sama unit dengan Leftenan Adnan terkorban pada usia 24 tahun dibunuh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Usia Aziz ketika itu dua bulan.[2] Aziz memulakan kerjaya awal sebagai Penyelia Kolej Makmal Dockyard, Sembawang, Singapura (1960-1965), Juruhebah Radio Televisyen Singapura (1965-1971), Juruhebah, Penerbit Drama Radio, Penyelia dan Ketua Unit Kasting RTM (1971-1992).[2]

Bakat lakonan Aziz mula diuji pengarah M. Amin dalam filem Jahanam pada 1971. Selama menjawat Ketua Unit Kasting RTM, Aziz melahirkan ramai dramatis baru dan salah seorangnya Fauziah Nawi melalui drama Tahan Kinabalu. Lebih 500 drama dibintangi bermula dengan Malam Tiada Bintang pada 1965, lakonan Aziz cukup sinonim sebagai "datuk" atau "tokoh korporat". Watak Rosman yang dipegang dalam drama PJ mengaitkannya dengan JR Ewing (lakonan Larry Hagman) dalam Dallas.[2]

Aziz dipilih menjadi Presiden Persatuan Seniman Malaysia pada 3 Julai 1999 untuk sesi 1999/2001, cabarannya cukup getir apabila beberapa AJK lama persatuan itu menghantar surat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan meminta Mesyuarat Agung Seniman itu dibatalkan. Di bawah kepimpinan beliau juga Seniman dengan kerjasama ACS Production melancarkan projek Hari Seniman pada 22 Mac 2000. Selaku Presiden, Aziz mahukan seniman tanah air diiktiraf.[2] Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman telah berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Setia Negri Sembilan (DSNS), yang membawa gelaran "Datuk" kepada beliau pada 18 Julai 2005.

Kehidupan peribadi dan kematian

sunting

Aziz telah berkahwin sebanyak dua kali, beliau berkahwin dengan pelakon Khatijah Abu Hassan pada 1967 dan bercerai pada 1990, pasangan ini dikurniakan tiga anak. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Datin Zunita Mohamed pada 1991 dan dikurniakan tiga lagi anak.[3] Beliau meninggal dunia akibat kanser prostat di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada jam 11 malam, 1 Julai 2016 pada usia 75 tahun.[4] Beliau meninggalkan balu, Datin Zunita dan enam anak yang semuanya lelaki. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor dan disembahyangkan sekali lagi di Masjid Kariah Kampung Bongek dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bongek Acheh, Rembau.[5][6] [7]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1971 Jahanam Pak Unggar Filem pertama
1981 Bintang Pujaan Penerbit
1988 Bayi Tabung Filem usahasama Malaysia-Indonesia
1990 Suci Dalam Debu Tengku Aziz
Riang Tirana Dr Rashid
1992 Ops Belantara
1996 Amelia Aminuddin
Maria Mariana Haji Baharom
Impian Tan Sri Azman
1997 Sate Pak Ibrahim
2005 Sembilu 2005 Hamdan
Kemarau Cinta Zulfikar
2009 Pulau Asmara Osman Juga sebagai penerbit
2011 Abuya Khong Keat Quat
2012 8 Jam Hakim Penampilan khas
2013 Paku Tuan Kamil
2017 Balun Orang Kaya Seman Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1965 Malam Tiada Bintang TV1
1973 Tahan Kinabalu
1978 Potret Pekerti
Belum Ajal
1983–1984 PJ Holdings Encik Osman
2004–2006 Sembilu Osman TV2
2006 Sembilu Kasih Dato' Osman TV3
2009–2011 Si Capik Datuk Hazim TV2
2013 Metro Skuad (Musim 2) TV2 Episod: "Cinta Awang Hitam"
Tanah Kubur (Musim 7) Pak Ali Astro Oasis Episod: "Suami Dayus"
2014 Tanah Kubur (Musim 10) Tok Penghulu Astro Oasis Episod: "Hakim Buta Hati"
Jalan Kembali TV2
2015 Tanah Kubur (Musim 14) Haji Jamil Astro Oasis Episod: "Jihad Samurah bin Jundur"
Nyiur Nan Setandan Amar TV2

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Cinta Si Penggali Kubur TV3
2012 Runtuhnya Sebuah Dosa
2013 Abu Dato' Sadali TV2
2015 Selamat Hari Jadi Abah Abah Unifi TV
2016 Kau IIhamku Cikgu Kassim TV3

Rujukan

sunting
  1. ^ Farhana Ab Rahman (2 Julai 2016). Aziz Singah sukar dicari ganti - Yusof Haslam Berita Harian. Dicapai pada 24 November 2016.
  2. ^ a b c d e Adam Salleh (20 Julai 2016). Asal usul nama Singah, rahsia nombor 383 Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2016.
  3. ^ Pelakon Aziz Singah Meninggal Dunia Akibat Kanser Prostat mStar Online (1 Julai 2016). Dicapai pada 1 Ogos 2016.
  4. ^ Aziz Singah meninggal dunia Berita Harian (2 Julai 2016). Dicapai pada 22 Mei 2018.
  5. ^ Jenazah pelakon Aziz Singah selamat dikebumikan di Rembau Astro Awani (2 Julai 2016). Dicapai pada 24 November 2016.
  6. ^ Jenazah Pelakon Veteran Aziz Singah Selamat Dikebumikan Di Rembau mStar Online (2 Julai 2016). Dicapai pada 24 November 2016.
  7. ^ Tuty Haryanti Ahmad Rodzi (2 Julai 2016). Jenazah Aziz Singah selamat dikebumikan Berita Harian. Dicapai pada 24 November 2016.

Pautan luar

sunting