Haji Aziz bin Ishak adalah merupakan mantan Ahli Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia bagi Muar Dalam.[1]

Yang Berhormat Haji

Aziz bin Ishak

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
Dalam jawatan
11 Mei 1969 – 30 April 1974
SultanSultan Ismail
Menteri BesarOthman Saat
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Parit Bakar
Dalam jawatan
11 Mei 1969 – 30 April 1974
Didahului olehKosai Mohamed Salleh
Digantikan olehMohamed Zin Maidin
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Muar Dalam, Johor
Dalam jawatan
18 Mei 1964 – 20 Mac 1969
Digantikan olehSyed Nasir Syed Ismail
Ahli Parlimen Persekutuan Tanah Melayu
untuk Muar Dalam, Johor
Dalam jawatan
11 September 1959 – 1 Mac 1964
Didahului olehKonstituensi diwujudkan
Butiran peribadi
Lahir1 April 1930
Muar, Johor
Meninggal dunia30 April 1974(1974-04-30) (umur 44)
Muar, Johor
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Parit Bakar, Muar
Parti politik UMNO
PasanganHajah Zainab Ahmad
PekerjaanAhli politik

Politik sunting

Dewan Rakyat Malaysia sunting

Aziz telah bertanding di kerusi Parlimen Persekutuan Tanah Melayu untuk Muar Dalam yang baru sahaja diwujudkan bagi mewakili masyarakat yang tinggal di sekitar Pagoh dan sekitarnya. Pada Pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu 1959, beliau telah memenangi kerusi tersebut dan kekal hingga 1963.

Pada 1963, Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar nama menjadi Malaysia dan beliau terus menjadi Ahli Parlimen Malaysia untuk Muar Dalam dalam Pilihan raya umum Malaysia 1964.[2]

Beliau sekali lagi menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1964 dan berkhidmat sehingga akhir penggal pada 1969 lalu.[3] Tempat beliau telah digantikan oleh Tun Syed Nasir Syed Ismail pada 1971 selepas Parlimen Malaysia dibubarkan pada 1969-1971 lalu.[4]

Setiausaha Politik sunting

Aziz pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan kemudiannya kepada Menteri Besar Johor, Tan Sri Othman Saat.[5]

Dewan Negeri Johor sunting

Beliau telah memenangi kerusi Dewan Negeri Parit Bakar pada Pilihan raya negeri Johor 1969 lalu.

Kerajaan Negeri Johor sunting

Menteri Besar Johor Tan Sri Othman Saat telah melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dari tahun 1969 hingga kematiannya pada tahun 1974 lalu.[6]

Meninggal dunia sunting

Aziz telah meninggal dunia pada usia 44 tahun selepas ditemui mati lemas di Sungai Muar pada 30 April 1974 lalu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Bakar, Muar.

Penghargaan sunting

Pingat yang pernah dikurniakan kepada beliau[7]

Rujukan sunting