Azizah Ariffin

Pengacara televisyen Malaysia

Azizah Ariffin (lahir 10 Jun 1969) merupakan seorang penyampai berita dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau terkenal sebagai personaliti TV3 yang mana beliau telah berkhidmat di TV3 selama 20 tahun, dari 1996 hingga 2016.[1]

Azizah Ariffin
Kelahiran (1969-06-10) 10 Jun 1969 (umur 54)
Pekerjaan
  • Penyampai berita
  • Pengacara
Tahun aktif1990–kini
Majikan
PasanganMohd Khafairil Mohd Khalil (k. 2007)
Anak-anak3

Kerjaya sunting

Azizah memulakan kerjaya awalnya sebagai penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari 1990 sehingga 1995. Beliau kemudiannya menyertai TV3 pada 1996 sebagai penyampai beritanya, kemudian diserap sebagai pengacara untuk beberapa rancangan TV3 termasuk Nona dan Wanita Hari Ini sehingga tamat kontrak pada 2016. Sejak 2017, Azizah berkhidmat di TV AlHijrah.[2]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Mohd Khafairil Mohd Khalil, rakan setugasnya di Media Prima pada 20 Ogos 2007. Azizah mempunyai tiga anak dari perkahwinan terdahulu.[3] Azizah mula memakai tudung pada 10 Jun 2008, sempena ulang tahun kelahiran beliau ke-39.

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV
1990–1995 Berita Perdana Penyampai berita TV1
1996–2002 Buletin Utama TV3
2004–2005 Nona Pengacara
2008–2016 Wanita Hari Ini
2017–kini Berita Alhijrah Penyampai berita TV AlHijrah

Rujukan sunting

  1. ^ Metra Syahril Mohamed (13 Jun 2009). Azizah temui ketenangan Diarkibkan 2018-11-01 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 November 2009.
  2. ^ Wan Kamaruddin & Azizah Ariffin sertai Berita AlHijrah My News Hub (4 Julai 2017). Dicapai pada 1 November 2017.
  3. ^ Wanda Idris (26 Ogos 2008). Restu keluarga membahagiakan Azizah Diarkibkan 2018-11-01 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 November 2008.

Pautan luar sunting