Azizah Mohd Dun
Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun merupakan seorang Menteri Muda bagi Negeri Sabah.Beliau juga merupakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.[1] Selain itu juga beliau merupakan Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk kabinet Malaysia 2013.[2]
YB Datuk Azizah Mohd Dun PGDK (Sabah) | |
---|---|
![]() | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Beaufort, Sabah | |
Memegang jawatan 2013 | |
Didahului oleh | Lajim Ukin |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Anifah Aman |
Digantikan oleh | Lajim Ukin |
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat | |
Memegang jawatan 1 Mei 2020 | |
Didahului oleh | Dr. Hanita Dato' Hashim |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Klias | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Lajim Ukin |
Digantikan oleh | Lajim Ukin |
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Didahului oleh | Heng Seai Kie |
Digantikan oleh | Hannah Yeoh |
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaaan Tempatan | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Peter Chin Fah Kui |
Digantikan oleh | Hamzah Zainuddin |
Butiran peribadi | |
Lahir | Beaufort, Sabah, Malaysia | 4 November 1960
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Datuk Haji Paiman Abdul Karim |
Anak-anak | 2 |
Menentang Penderaan Wanita Dan Kanak-kanakSunting
Azizah adalah seorang yang sangat menentang terhadap penderaan kanak-kanak dan penyalahgunaan wanita. Semasa pencalonan beliau, beliau menganjurkan seminar, ceramah dan pelan tindakan untuk memerangi jenayah dalam negeri melibatkan kanak-kanak dan wanita.[3] .Beliau juga memaklumkan kepada rakyat Malaysia peningkatan kes dera kanak-kanak dan jenayah terhadap bayi, mesti dihentikan. Beliau juga menambah bahawa kanak-kanak dan wanita tidak harus dijadikan subjek kepada keganasan domestik.[4]
Azizah Mohd Dun juga merupakan salah seorang yang memulakan jawatankuasa negeri untuk menyelaras aktiviti wanita sejajar dengan negara 1 program Malaysia. Tindakan yang diambil oleh Azizah dianggap sebagai penanda aras untuk semua program wanita yang berpangkalan di negeri Sabah. Penyelarasan program-program ini akan meningkatkan Pelan Tahunan Sabah 10 tahun yang merangkumi lebih ramai wanita dalam proses membuat keputusan.[5]
Sokongan untuk orang kurang upayaSunting
Azizah menyatakan bahawa beliau secara peribadi memuji Datuk Bandar Kota Kinabalu yang menyediakan kemudahan yang lebih kepada orang-orang yang mempunyai keperluan khas. Pergerakan yang dibuat oleh Datuk Bandar itu dikatakan telah memberi sumbangan yang baik untuk negara dan Azizah adalah salah satu daripada pemimpin-pemimpin politik yang penting di Sabah yang menyokong langkah oleh Datuk Bandar. Dalam perkembangan baru-baru ini, dengan bantuan daripada kerajaan negeri, Sabah akan menjadi salah satu bandar yang paling mesra untuk orang kurang upaya di Malaysia.[6]
PRU-13Sunting
Azizah Mohd Dun merupakan calon yang menentang Lajim Ukin bagi kerusi parlimen Beaufort.Sebelum ini beliau merupakan pemegang Kerusi bagi DUN Klias.[7] [8]
RujukanSunting
- ^ http://ms.wikipedia.org/wiki/Kabinet_Negeri_Sabah
- ^ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SenaraipenuhbarisanKabinet2013/pilihanraya/PRU13/Article/index_html
- ^ http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/11/21/nation/20101121130201&sec=nation
- ^ http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/23/nation/7855829&sec=nation
- ^ http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/5/9/southneast/3858538&sec=southneast
- ^ http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/8/17/southneast/6827305
- ^ http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130415/px_45/BN-Beaufort-yakin-pertahan-kerusi-Parlimen-dan-DUN
- ^ http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130416/px_108/PRU-13:-Senarai-calon-BN-bagi-negeri-Sabah